... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, January 30, 2026

 LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE -3 BAGI SESI 2026 

Kumpulan Bertugas: C

Minggu: 3

Tarikh: 26 Januari 2026 hingga 30 Januari 2026


Senarai Nama Guru Bertugas :

1. Noriza Binti Md Nor (K)

2. Nur Murni Binti Abdullah (P)

3. Mas Ayu Binti Arifin

4. Hanifah Binti Ramlee

5. Nur Zakiah Binti Md Diat

6. Salina Binti Hashim

7. Safinatunajakh Binti Md Som

8. Siti Rabiaah Binti Mohammad

9. Nur Dalida Zakirah Binti Zainol

10. Rafidah Binti Salleh

11. Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif

12. Ahamd Syahir Bin Tohit


Perhimpunan rasmi sesi pagi bagi kali ketiga (26 Januari 2026) ditunda untuk memberi laluan kepada Program Mentor- Mentee kendalian Bimbingan dan Kaunseling (B & K).


Rangkuman aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ketiga sesi persekolahan 2026 :

1. Program Mentor -Mentee (26 Januari 2026)

2. Latihan Merentas Desa (28 Januari 2026)

3. Merentas Desa Akhir ( 30 Januari 2026)


Gambar- gambar aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu :








Pagar B (Waktu datang dan  pulang dari sekolah )




Pagar A (waktu datang dan pulang dari sekolah)



Alhamdulillah,  semuanya berjalan lancar sepanjang minggu. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru bertugas kumpulan C.
















Monday, January 26, 2026

Aktiviti Mentor Mentee (Siri 2 /2026)

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Melalui program ini diharapkan murid dapat;

1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-                    menghormati antara mentor dan mentee.

2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.

3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan      sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap               kebajikan mereka.

Pelaksanaan aktiviti mentor mentee di SKTPP bermula dari minggu pertama persekolahan iaitu sesi pengenalan bersama guru kelas dan guru pembantu. Pada kali ini aktiviti mentor mentee siri 2/2026 telah diadakan pada ketetapan seperti berikut ;

Tarikh    : 26 Januari 2026 (Isnin)

Masa      : 7.30 pagi hingga 7.30 pagi (sesi pagi)/1.00 petang hingga 1.30 petang                 (sesi petang).

Tempat    : Kelas masing-masing

Tajuk       : "Saya hadir, Saya Berjaya"

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti dijalankan.































Monday, January 19, 2026

Laporan Bertugas Minggu 2 (Sesi Pagi) Tarikh : 19hb - 23hb Januari 2026 Kumpulan : B













Majlis Peluncuran Pembugaran Program Guru Penyayang Tahun 2026

Tarikh    : 19 Januari 2026 (Isnin)

Masa      : 7.30 pagi (sesi pagi) & 1.00 petang (sesi petang)

Tempat   : Dataran Perhimpunan/ Dewan Perdana, SKTPP

Majlis Peluncuran Pembugaran Program Guru Penyayang ini adalah bertujuan untuk menyebar luas dan membugarkan pelaksanaan aktiviti program guru penyayang tahun 2026 kepada semua murid dan guru di SK Taman Putra Perdana (SKTPP) serta meningkatkan keprihatinan guru terhada keperluan murid dan menunjukkan sikap penyayang dalam usaha membentuk dan mendidik murid-murid dari segi sahsiah dan akademik.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis berlangsung

Buku Program

Ucapan aluan pengerusi majlis, Pn Nor Arzah dan 
Ucapan Perasmian oleh En. Mohd Izzuddin bin Yoop, Guru Besar SKTPP

Gimik peluncuran (sesi pagi)

Taklimat program oleh Cikgu Daeng dan AJK Guru Penyayang Sesi pagi
Ucapan aluan majlis oleh Cikgu Nurulhuda Amirah

Ucapan perasmian di sesi petang oleh En. Mohd Zaini bin Yas, GPK Petang

Video Gimik Peluncuran Pembugaran Program Guru Penyayang (sesi petang)

Taklimat program oleh Cikgu Rozimah dan AJK Guru Penyayang (sesi petang)

















Friday, January 16, 2026

Program Santun Penyayang Madani SKTPP 2026

Program Santun Madani Penyayang (SPM) merupakan satu program wajib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang perlu diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan di semua sekolah-sekolah di bawah kelolaan KPM.

Tarikh    : 12 hingga 16 Januari 2026 (Isnin - Jumaat)

Masa     : 7.30 pagi -12.50 tengah hari (Sesi pagi)

             : 1.00 tengah hari - 6.20 petang (Sesi petang)

Tempat   : Bilik Darjah/ Dewan Perdana/ Dataran Perhimpunan

Kumpulan Sasaran : Murid Tahun 2,3,4,5,6 dan Pra Sekolah

Ojektif program ini diadakan adalah untuk :

1) Menyemarakkan semula keinginan dan semangat untuk belajar dalam diri murid-murid setelah bercuti.

2) Sebagai medium awal dalam mengukuhkan hubungan guru dan murid.

3) Memupuk nilai kasih sayang, empati dan kesejahteraan dalam ekosistem sekolah selari dengan semangat madani.

Poster Selamat Kembali Ke Sekolah 




                Boleh klik link di bawah untuk dapat buku pautan buku program

                👉 https://online.anyflip.com/cxhpc/pqfi/mobile/index.html

        Gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada hari pertama program di sesi pagi   

Menyambut kehadiran murid

Perhimpunan mingguan

Aktiviti Pendidikan Seni Visual

Aktiviti Slot Panitia Matematik

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan di hari pertama di sesi petang

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) membantu guru penyayang menyambut kehadiran murid dan mengedarkan cenderahati kepada murid-murid di pagar A & B

Taklimat Program Santun Penyayang Madani oleh Cikgu Nurulhuda Amirah & Penyampaian sijil serta cenderahati kepada 10 orang murid terawal datang ke sekolah pada hari ini.

Aktiviti suai kenal bersama guru kelas dan guru pembantu

Slot Bimbingan & Kaunseling (Bagaimana Diri saya Hari Ini?)

Bagi melihat gambar-gambar aktiviti seterusnya boleh klik video berikut






    Disediakan oleh :
    Rozimah binti Yaaakob
    Nur Zakiah binti Md Diat
    Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
    Noor Azlinda binti Kasmin