Monday, October 5, 2009

Salam Perkenalan

Selamat berkenalan dengan warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Mulai 1 Oktober 2009 saya Sukimin bin Juki memulakan tugas sebagai guru besar sekolah ini bagi menggantikan Tuan Haji Harun yang bersara. Saya sebelum ini bertugas di Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara. Namun demikian, saya hanya dapat memulakan tugas secara rasmi mulai 1 November 2009 memandangkan sepanjang bulan Oktober saya akan berada di UKM. Semoga kehadiran saya menerajui sekolah ini mampu dapat memberi dimensi baru dalam membangunkan sekolah. Maka dengan ini diwujudkan blog sekolah agar dapat menjadi wadah perkongsian maklumat dan ilmu untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment