Monday, April 5, 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN (Minggu ke-13)

Perhimpunan hari ini dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor & lagu SKTPP.

Guru bertugas minggu ini:-
  1. Cikgu Hafiz
  2. Cikgu Astina
  3. Cikgu Jumilah
  4. Cikgu Linda
  5. Cikgu Norliza
  6. Cikgu Noriza
  7. Cikgu Zulastri
Ucapan guru bertugas minggu lepas (Cikgu Julaili)
  1. Murid-murid tidak makan & minum dikantin sewaktu rehat.
  2. Kebersihan kelas pula ada sedikit peningkatan terutamanya kelas Tahun 1. Murid harus bekerjasama dalam menjaga kebersihan kelas.
  3. Anugerah Kebersihan:-
  • Tahun 1 - 1 Myvi
  • Tahun 5 - 5 Lotus
  • Tahun 6 - 6 Kuprum
Pemenang 3 kali berturut-turut:-
  • Tahun 5 Lotus
  • Tahun 6 Argentum
Ucapan guru bertugas minggu ini:-
  1. Jika murid-murid berasa kurang sihat, sila beritahu ibu bapa dan berehat dirumah.
  2. Jangan berlari-lari dikawasan sekolah terutamanya murid Tahun 1.
  3. Jangan cari masalah & bergaduh.
  4. Jangan bising sewaktu pertukaran waktu, rehat dan waktu balik.
Pengumuman
  1. Kepada ahli Tunas Puteri, sila hantar borang ke Bagan lalang dan borang keahlian kepada Cikgu Ainul.
  2. Guru kelas yang belum mengambil buku Keselamatan Jalan Raya, sila ambil di bilik BOSS.
  3. Kegiatan Kokurikulum hari Rabu ini - Latihan rumah sukan.
Cikgu Julaili
  1. Kempen Galakan Membaca telah mula dijalankan.
  2. Murid-murid digalakkan membaca sekurang-kurangnya 1 buah buku (perlu dicatat dalam buku NILAM).
  3. Sila catat tarikh dan judul dalam borang peraduan (borang boleh didapati di pusat sumber sekolah).
  4. Jika murid membaca lebih daripada 20 buah buku dalam tempoh tertentu, hadiah akan diberikan.
  5. Mulai hari ini, murid Tahun 5 & 6 dibenarkan meminjam buku di perpustakaan.
Pn. Jamilah (PK HEM)
  1. Wabak H1N1 gelombang ke-2 sedang melanda. Murid-murid diminta menjaga kesihatan mereka.
  2. Wabak Denggi juga sedang melanda. Murid-murid perlu berhati-hati. Jika demam yang berpanjangan, sila dapatkan rawatan di hospital secepat yang mungkin.
  3. Tandas lelaki yang baru dibaiki telah pun rosak semula. Murid-murid dinasihatkan supaya menggunakannya dengan baik dan cermat. Kemudahan yang diberikan perlu dijaga dengan baik.
Pn. Siti Habsah (PK 1)
  1. Program Galakan Membaca telah dilancarkan. Ada 3 peringkat semuanya. Setiap peringkat ada 3 orang pemenang.
  2. Kepada murid-murid, sila tulis tarikh, tajuk & maklumat tentang buku didalam borang yang disediakan (ada diperpustakaan).
  3. Borang itu kemudiannya hendaklah dimasukkan kedalam kotak yang disediakan.
  4. AJK akan memilih pemenangnya berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
  5. Hadiah utama akan diberikan pada akhir tahun (hadiah akan dipamerkan di pusat sumber sekolah).
  6. Tempoh program adalah sehingga bulan Oktober 2010.

Lain-lain
2 orang guru dari SKTPP akan mula berpindah hari ini.
  1. Wan Ahmad Rithaudin - berpindah ke SK Puchong Perdana.
  2. Wan Nawawi - berpindah ke SK Taman Medan.
  3. Pn Ummi Maslinda akan ambil-alih semua jadual Wan Nawawi bermula 5/4/2010.

No comments:

Post a Comment