Pada hari sabtu bersamaan 8 Mei 2010 yang lalu, pihak sekolah di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat Siri 1 bagi murid-murid tahun 3. Program ini telah berlangsung daripada jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Kehadiran murid amat memuaskan. Seramai 175 murid telah hadir untuk menyertai kem ini. Diharapkan selepas ini, mereka dapat menghayati dan mengamalkan solat 5 waktu secara berterusan dengan lebih baik. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kem Bestari Solat ini.
Berikut adalah sebahagian daripada perjalanan kem tersebut :-

Sesi pendaftaran sedang berlangsung

Peserta sedang mendengar taklimat

Fasilitator sedang mendengar taklimat daripada urusetia program

Peserta sedang menonton tayangan video

Peserta sedang beratur untuk mengambil makanan

Peserta sedang berehat dan menikmati makanan yang disediakan

Fasilitator sedang memberikan penerangan berkaitan solat

Peserta sedang melakukan amali solat


Peserta sedang menyiapkan latihan pengukuhan
No comments:
Post a Comment