Sunday, May 16, 2010

‧∴°*╮*SELAMAT HARI GURU*╭*°∴‧

Apakah cita-cita anda sebelum menjadi guru? Mejistret? Lawyer? Engineer? Anda menyesal menjadi GURU? Cuba lihat ada tak Lawyer yang sanggup pakai topi Arkitek? Ada tak Mejistret yang berani sarung kot Doktor? Tapi GURU adalah SEMUA itu. Kitalah Doktor bila budak sakit, Lawyer bila ibubapa soal, Mejistret bila budak bergaduh. Hatta Security Guard dan AHLI NUJUM pun kita! Hari ini pula jadi Tukang Kebun pula, Gotong Royong Perdana... Oleh itu, berbanggalah menjadi GURU....

Dulu, murid hormat dan takut GURU, kini... GURU takut murid.
Dulu, GURU chalk and talk, kini... GURU kena slow talk.
Dulu, GURU boleh claim, kini... tak boleh komplen.
Dulu, Hari Guru dapat wang saku, kini... Hari Guru dapat penyapu... kena gotong royong...

Guru bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU.
Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU.
Yang pasti, Guru juga bagaikan TV9 kerana DEKAT DIHATI.
Dan yang paling penting, GURU juga bagaikan ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA!

Mak cakap CIKGU tu macam MAGGIE, makanan rutin time susah.
Ayah cakap CIKGU tu macam The SEEKERS, menakutkan.
Atuk cakap CIKGU tu macam ASTRO, macam-macam ada...
Tapi bagi saya CIKGU tu macam L'OREAL, Kerana Dirimu Begitu Berharga!

Guru dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra, dalam diamnya ada bijaksana, dalam tangannya, insan terbina.....

Be a CANDLE, Be a LIGHT, Be a TWINKLE, in the dark.
Be a HOPE, Be an INSPIRATION and make a different in other's heart!

A Teacher takes a hand... opens a mind... and touches a heart.
Teachers that love to teach... create kids that love to learn...

GURU... bukan 1 tapi beribu, bukan sementara tapi selamanya, bukan dimusuhi tapi disayangi, bukan dilupai tapi diingati, bukan hanya disini tapi dimana-mana, bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa.....

Jadilah GURU yang hadirnya diTUNGGU, hilangnya diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkahlakunya diTIRU dan KEHILANGANNYA diiringi doa restu...

Buat rakan guru, semoga kita semua ikhlas dalam memberikan ilmu, bukan ganjaran dunia yang diharapkan. Semoga ganjaran diakhirat untuk kehidupan yang abadi.
‧∴°*╮*SELAMAT HARI GURU*╭*°∴‧

No comments:

Post a Comment