Tuesday, August 17, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 30 ( SESI PETANG)

Tarikh : 16 Ogos 2010
Masa : 5.05 - 5.40 petang.
Guru Bertugas :
1. Pn. Roseniza(K)
2. Pn Nurul Ain
3. Pn Nik Rosmaliza
4. Pn. Rosmaria
5. Pn. Nurhayu
6. Cik Mazni
7. En. Aspal
Laporan perhimpunan:
Murid beratur dataran perhimpunan biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :
1. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2.Bacaan doa oleh adik Abdul Wafy b. Helmi dari kelas 4 Unix.
3. Upacara menaikkan bendera oleh wakil unit beruniform.
4. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Pn Nik Rosmaliza dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas iaitu adik Muhammad Zulhilmi b. Zainul dari kelas 4 Unix.
5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn. Noorhafizan) :
- Teguran penggunaan surau pada bulan Ramadhan.
* Murid perlu mengikut arah kiblat yang betul ketika menunaikan solat di surau.
* Murid boleh bertanya kepada guru yang berada di dalam surau jika tidak tahu arah kiblat.
- Kecurian barang
* Murid-murid perlu membuat laporan kepada guru-guru displin mengikut tahun.
Tahun 2: Pn. Zabedah
Tahun 3: Pn. Azura
Tahun 4 : En. Illias
* Bagi kes-kes yang serius, murid-murid boleh terus melapor kepada Pn. Yani.
6. LAWAD:
B. Melayu: koronari
B. Inggeris: fable
B. Arab: tobi'un (setem)
7.Ucapan guru bertugas (Pn. Nik Rosmaliza):
- Pn. Nik Rosmaliza mengumumkan nama guru bertugas.
8. Ucapan Pn Yani:
- Kehilangan basikal
* Murid-murid yang menaiki basikal ke sekolah perlu mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan iaitu:
i) setiap basikal perlu dikunci.
ii) basikal perlu mempunyai tongkat.
* Basikal yang tidak dikunci akan diambil dan dirantai.
* Tuntutan basikal-bayar kompaun dikenakan sebanyak RM 1.
- Rekod basikal di pondok pengawal.
* Murid yang membawa basikal di luar waktu persekolahan perlu direkod di pondok pengawal.
* Murid yang keluar dengan kebenaran (yang membawa basikal) juga perlu direkod di pondok pengawal.
9. Penyampaian hadiah:
- Kelas terbersih.
* Tahun 2: 2 Almon
* Tahun 3: 3 Tiung
* Tahun 4: 4 Linux
- Folio Kerjaya.
* Pemenang Folio Kerjaya
1) Amiruddin b. Ozman (4Linux)
2) Muhammad Miza A'sri (4 Linux)
3) Nur Syahirah bt. Mohd Zaimi (4 MacOS)
* Saguhati
1) Nur Amiera Sofea bt. Zawawi (4Palm)
2) Nur Nabihah Amira bt. Mohd Supandi (4 Linux)
3) Wan Nuramni Nadia Putri bt Wan Norkihin ( 4 Linux)
* Cenderamata
1) Atiqah An-Nur (4 Windows)
2) Nur Saffanah Zaina (4 Xenix)
3) Muhammad Aqief (4 Windows)
- Bacaan NILAM terbanyak
* Tahun 2: Nur Syafiqah bt. Mat Hussin (2 Merbau) sebanyak 122 buah buku.
* Tahun 3: Nurul Ezza bt. Abu (3 Nuri) sebanyak 174 buah buku.
* Tahun 4: Nik Marrisya bt. Nik Mood Jaizati (4 Palm) sebanyak 36 buah buku.
10. Ucapan PK Petang (Pn. Siti Hanim bt. Sungit)
- PKSR 2
* Semua murid mesti bersedia.
- Aktiviti di bulan Ramadhan
* Murid-murid perlu isikan masa yang terluang dengan membaca buku. Kotak buku disediakan.

Perhimpunan tamat pada pukul 5.40 petang.

No comments:

Post a Comment