Monday, August 16, 2010

TEMPAT LETAK BASIKAL MURID (BARU)

Murid mengambil basikal dari tempat lama untuk dialihkan ke tempat baru

Murid mula menyusun basikal di tempat baru


Mulai hari ini, 16 Ogos 2010 (Isnin), murid-murid SKTPP yang berbasikal dikehendaki meletakkan basikal di tempat baru yang telah disediakan. Tempat basikal baru ialah di tepi pagar berhampiran Pintu Pagar C. Murid-murid yang terlibat telah diajar cara-cara untuk meletak basikal dengan betul.

Tuan Guru Besar, Encik Sukimin telah memberi taklimat tentang ciri-ciri keselamatan basikal. Di antara perkara yang disampaikan ialah :

  1. Basikal mesti berkunci.
  2. Setiap basikal mesti mempunyai tongkat dan brek.
  3. Basikal mesti disusun dengan elok mengikut turutan
  4. Pastikan jarak antara basikal berdekatan agar tidak membazir ruang
Pengawal keselamatan akan memeriksa basikal setiap pagi dan petang. Basiakl yang tidak berkunci dan tidak mematuhi ciri keselamatan basikal akan diambil dan dikunci di dataran perhimpunan. Untuk mendapatkan semula basikal tersebut, pelajar dikenakan denda. Bentuk dendaan telah ditetapkan oleh pelajar sendiri iaitu dikenakan bayaran RM1.00. Denda yang dikenakan adalah bertujuan untuk memastikan murid-murid sentiasa menjaga keselamatan basikal masing-masing.

No comments:

Post a Comment