Saturday, October 30, 2010

Cyber Cafe Terbuka (CCT) di Laluan Patriotik


Sebagaimana yang telah dimaklumi, terdapat 4 buah PC yang diletakkan di Laluan Patriotik untuk kegunaan umum sama ada murid-murid mahupun guru. Selain boleh menggunakannya untuk mencapai inetrnet, murid-murid juga boleh mengakses bahan P&P yang pihak sekolah tempatkan khusus untuk kegunaan murid-murid. Bahan-bahan P&P yang meliputi mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan lain-lain boleh digunakan oleh murid-murid untuk mengulangkaji.

Pihak sekolah dari masa ke semasa mengingatkan murid-murid agar sama-sama menjaga kemudahan yang disediakan ini. Diharap juga ibubapa dapat mengingatkan anak masing-masing agar nilai dan etika yang ingin dicapai dapat diperkukuhkan lagi.

No comments:

Post a Comment