Monday, October 4, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (MINGGU 36) - SESI PETANG

Hari : ISNIN
Tarikh : 04 OKTOBER 2010
Masa : 6.00 – 6.30 pm
Guru Bertugas :
1. Pn. Zabedah
2. Pn. Ummi Maslinda
3. Pn. Nurazlin
4. Pn. Hasmawate
5. Pn. Norazah
6. Cik Syakila
7. En. Illias
Laporan/Ulasan
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2. Bacaan doa
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :( Pn. Fadhillah )
4.1 Murid-murid diingatkan supaya menggunakan air secara berhemah semasa mengambil wuduk. Pembaziran air perlu dielakkan kerana membazir adalah amalan syaitan.
4.2 Murid-murid juga diingatkan supaya tidak berlari-lari semasa hendak ke sesuatu tempat, cth: tandas, surau atau kantin. Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang buruk berlaku kepada murid.
5.Ucapan Guru Bertugas : (En. Illias)
5.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
6.Ucapan Guru Disiplin (Pn. Yani)
6.1 Murid-murid telah dimaklumkan sebelum ini tentang pemakaian pakaian sukan dari rumah jika PJK dijalankan. Bagaimanapun, pemakaian pakaian sukan ini perlu mengikut peraturan yang ditetapkan. Murid-murid hanya di benarkan memakai T-shirt sekolah atau T-shirt berwarna putih, seluar track bottom berwarna gelap (hitam atau biru gelap) dan kasut sekolah sahaja.
7. Ucapan Pn Salwana
7.1 Murid-murid dimaklumkan tentang Karnival Keluarga pada 9/10/2010 (Sabtu) serta perincian aktiviti semasa carnival. Murid-murid dipelawa untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan sepanjang carnival berlangsung.
7.2 Penjualan kupon bagi carnival ini masih lagi berjalan. Murid-murid bolehlah membuat pembelian kupon di kaunter yang disediakan.
7.3 Gerai Tetrapak juga akan dibuka pada carnival sabtu ini, murid-murid bolehlah menukar kotak minuman terpakai yang telah dikumpul dengan barangan yang pihak Tetrapak sediakan.

8.0 Ucapan Guru Kaunseling (Pn. Arzah)
8.1 Murid-murid diberikan penerangan tentang kepentingan pengurusan masa terutamanya persediaan untuk mengulangkaji bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun yang bakal diduduki tidak lama lagi.
8.2 Kelab Pencegahan Jenayah mempelawa ahli-ahlinya yang berminat untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Petrosains dan Kilang Coklat. Bayaran lawatan adalah RM 25.00, sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang dari Pn. Arzah di Bilik Kaunseling mulai esok.

No comments:

Post a Comment