Monday, May 9, 2011

Tahun 1: Peperiksaan Pertengahan Tahun

Untuk makluman kepada semua, murid Tahun 1 yang merupakan perintis terhadap pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah tidak akan menduduki peperiksaan PPT sebagaimana murid-murid lain. Namun demikian mereka akan menjalani pentaksiran formatif bersama guru-guru mata pelajaran masing-masing mengikut jadual biasa.

Guru setiap mata pelajaran akan memberi band berdasarkan penguasaan murid bermula dengan band 1 hingga band 6. Secara umumnya tafsiran band adalah seperti berikut:


BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
1
TAHU
Band 1 adalah pada peringkat tahu.
Berdasarkan domain mata pelajaran, Band 1 adalah pada peringkat murid-murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara-perkara yang asas.
2
TAHU DAN FAHAM
Murid mempunyai  kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran  dalam suatu situasi
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menganalisis  tugasan dalam sesuatu situasi baru  dengan nilai secara sistematik atau mengikut prosedur
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid menggunakan pengetahuan sedia ada  untuk menganalisis dan menilai tugasan dalam sesuatu situasi baru  secara sistematik atau mengikut prosedur dan menunjukkan nilai dan sikap yang positif secara tekal
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid-murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,  mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan standard prestasi bagi setiap mata pelajaran Tahun 1 sila download fail zipnya di sini. Di dalamnya juga terdapat tafsiran pernyataan bandnya masing-masing.


Penerangan lanjut mengenai pentaksiran KSSR ini juga boleh diperolehi  dari blog Majlis Guru Besar Sepang di sini.

No comments:

Post a Comment