Hari : Isnin
Tarikh : 9 Mei 2011
Masa : 6.10 – 6.45 petang
GURU BERTUGAS
- Pn. Arjunawati
- Pn. Rozana
- Pn. Norhayati
- Pn. Salmi
- Pn. Norsabariah
- Pn. Parimala
- En. Wan Mohd. Roswandy
LAPORAN / ULASAN
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.
2.  Bacaan Doa diketuai oleh adik Aniq Iqbal
3.  Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Arjunawati
4.  Bacaan Ikrar Murid oleh adik Aiman Danial.
LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS ( PN. FADHILAH )
- Murid yang demam hendaklah berehat di      rumah.
- Murid dilarang berlari terutama      semasa berada di dalam kelas untuk mengelakkan kemalangan.
- Basikal hendaklah dikunci supaya      tidak berlaku kecurian.
PENGUMUMAN KELAS TERBERSIH
Penyampaian sijil kelas terbersih.
- 1 Beta
- 2 Alza
- 3 Cengal
LAPORAN GURU BERTUGAS ( PN. ARJUNAWATI )
- Tema perhimpunan pada minggu ini      ialah ’ Tumpuan belajar di dalam kelas ’. Murid harus memberi tumpuan      sepenuhnya di dalam kelas dan tidak bermain atau bercakap sewaktu guru      sedang mengajar.
- Kelas Tasmek untuk tahun 1, 2 dan 3      serta aktiviti kokurikulum tidak dijalankan pada minggu ini kerana minggu      peperiksaan.
- Murid yang ingin membeli majalah Asuh      boleh berjumpa Pn. Ezza Hairani di hadapan Gerbang Minda pada waktu rehat.
- Jualan Sempena Hari Guru akan      dijalankan bermula pada hari Selasa ( 10 Mei 2011) di bilik Kemahiran      Hidup pada waktu hadir sekolah dan waktu rehat masing-masing.
LAWAD hari ini:
Bahasa Melayu – Mengelap- menyapu atau mengeringkan dengan kain.
Bahasa Inggeris – seat – tempat duduk
Bahasa Arab – Ghurfatun – bilik tidur
UCAPAN GURU DISIPLIN ( PN. YANI )
- Semua murid harus bertanggungjawab      menyusun kerusi dan meja di kelas masing-masing sebelum peperiksaan.
- Pakaian pendidikan jasmani yang      dibenarkan ialah seluar sukan warna biru gelap atau hitam sahaja dan baju      t-shirt sekolah atau putih sahaja. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke      dalam seluar supaya lebih kemas.
- Murid harus menjaga tingkah laku      sewaktu di dalam kelas dan tidak mencederakan murid lain.
- Bahan-bahan lucah seperti majalah      atau cakera padat adalah dilarang di sekolah.  Murid tidak dibenarkan membaca atau      membawanya ke sekolah. 
Disediakan oleh : Pn Rozana
 
No comments:
Post a Comment