Saturday, June 25, 2011

Portal myGfl (Malaysian Grid For Learning)

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana adalah antara 26 buah sekolah rintis dalam negara, yang terpilih menggunakan portal myGfl ini. Semua murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 telah didaftarkan dalam portal ini bersama-sama 120 orang guru.

Malaysian Grid for Learning (MyGfL) merupakan portal atau gerbang pendidikan formal Kementerian Pelajaran Malaysia. Objektifnya adalah untuk mempertingkatkan proses pembelajaran di sekolah dengan menyediakan bahan pembelajaran atas talian untuk diguna dan dikongsi oleh guru dan pelajar serta mengimbangtara dan mengintegrasikan peralatan ICT yang ada di sekolah, kolej matrikulasi dan institut perguruan.

Malaysian Grid for Learning (MyGfL) adalah satu inisiatif strategik dan komitmen kerajaan Malaysia dalam pembentukan masyarakat yang berilmu. MyGfL diharapkan dapat memenuhi keperluan pembelajaran pelajar dan pengajar yang terdiri daripada semua peringkat umur, secara pembelajaran formal dan informal dalam mencapai kecemerlangan pendidikan kebangsaan.

Oleh itu, grid pembelajaran kebangsaan MyGfL akan dimiliki dan dikendalikan kerajaan Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Portal MyGfL menawarkan kepada semua sekolah satu persinggahan gerbang untuk semua sumber pembelajaran di Malaysia dan juga negara lain.

Untuk menggunakan portal ini, murid-murid dan guru-guru perlu ke laman portal iaitu www.mygfl.gov.my dan memasukkan nombor kad pengenalan (atau surat beranak kepada murid yang masih belum mempunyai kad pengenalan). Pada ruangan kata laluan pula, masukkan kata laluan 'password'.  Kata laluan ini boleh ditukar setelah log in berjaya dilakukan.

Murid-murid dan guru-guru boleh meneroka laman portal myGfl dalam usaha memahami kandungan dan kegunaannya.  Sebarang pertanyaan boleh ajukan kepada saya (rubieey@yahoo.com).

Selamat mencuba.
untuk ke laman portal myGfl, sila klik di sini.

1 comment: