Thursday, July 28, 2011

LAWATAN GURU-GURU SK TAMAN SEMARAK, NILAI, NEGERI SEMBILAN KE SKTPP

28 Julai 2011 (Khamis), Sk Taman Putra Perdana telah menerima lawatan daripada SK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan yang terdiri daripada 8 orang guru-guru tahun 1 dan pentadbir sekolah. Lawatan yang bertujuan untuk melihat sendiri perjalanan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR merangkumi sistem fail, penggunaan standard prestasi dan pembinaan instrument ini bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari. Penerangan mengenai Sistem Pengurusan Berasaskan Sekolah (SPPBS) telah disampaikan oleh Puan Jumilah Ahmad. Bengkel mengikut subjek turut diadakan untuk perkongsian ilmu. Semoga ilmu dan maklumat yang diperolehi dari SKTPP dapat diaplikasikan dan digunakan sepenuhnya untuk merealisasikan hasrat KPM.

Sesi perbengkelan subjek Bahasa Malaysia oleh Puan Suzelawati dan Puan Jumilah Ahmad

Perbincangan subjek Dunia Sains dan Teknologi oleh Puan Holwani dan Puan Julaili

Perbincangan Subjek Matematik oleh Puan Azlin dan Puan Syukri Hidayati

Sesi perbengkelan guru-guru Pendidikan Islam, turut terlibat Puan Wan Sarinah.

Cenderahati daripada pihak SK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.

Kerjasama guru-guru SKTPP dalam menjayakan lawatan ini, Puan Wan Rosmawati, Puan Parimala dan Puan Ainul.

No comments:

Post a Comment