Monday, July 25, 2011

Laporan Perhimpunan minggu ke-27 sesi pagi

Laporan Perhimpunan Minggu 27(Sesi pagi)


Hari : Isnin
Tarikh : 25 Julai 2011
Masa : 7.30 – 8.00 pagi

Guru Bertugas :
Pn. Salwana Elias
Pn. Halimatun Saadiah Hassan
Pn. Nor Azura Mustafa
Pn. Maimunah Yob
Pn. Norasmawati Omar
En. Ahmad Musriduan
En. Zaidi Mahmad

Laporan / Ulasan :

1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
Bacaan Doa diketuai oleh adik Amirul Hakim
Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Zaidi Mahmad
Bacaan Ikrar Murid oleh adik Hafiz.
2 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (En.Nurul Fakri B. Ali)1)
- Tingkah laku murid – jangan letak beg dimerata-rata tempat seperti ditepi longkang berhampiran tingkap kerana pada minggu lepas terdapat murid yang cedera terkena tingkap.
- Kehadiran Murid - murid yang tidak sihat dinasihatkan supaya tidak hadir ke sekolah.

3. Program DEAR - Murid-murid disarankan membawa buku cerita untuk dibaca semasa program dijalankan.

4. Kebersihan kelas - Murid-murid diminta sentiasa menjaga kebersihan kelas masing-masing.Kelas Terbersih minggu lepas:

Tahun 4 : 4 Belatuk
Tahun 5 : 5 Xenix
Tahun 6 : 6 Carnation


Ucapan Guru Bertugas (En. Zaidi B Mahad)

Tema : Malu Bertanya Sesat Jalan.

Guru bertugas menghuraikan tentang topik malu bertanya sesat jalan. Murid-murid digalakkan bertanya kepada guru sekiranya tidak faham. Mereka juga dinasihatkan supaya buangkan sifat malu yang ada dalam diri sesuai dengan tema pada minggu ini.

LAWAD hari ini :

Bahasa Melayu – Cengkeram( wang pendahuluan)

Bahasa Inggeris –Pray(berdoa atau sembahyang)

Bahasa Arab –Kumasro (buah pear)

Pengumuman

1.Pn. Nor Azura Asir – memaklumkan tentang solat hajat bagi murid yang akan menghadapi UPSR akan diadakan pada hari Khamis (28.7.2011). Bagi murid yang belum menghantar borang jawapan sila berbuat demikian secepat mungkin selewat-lewatnya pada hari Rabu ini.

2.En. Jamil- memaklumkan beberapa buah kelas perlu dipindahkan ke beberapa bilik khas untuk memberi laluan kepada Peperiksaan Percubaan UPSR yang akan berlangsung pada 26,27 dan 28 Julai 2011. Bagi kelas tahun 5 Xenix akan berpindah ke Makmal Sains 2, kelas 4 Bangau ke bilik Kemahiran Hidup manakala kelas 4 Merak ke Makmal Sains 1. Semua kelas diarahkan berpindah ke lokasi yang ditetapkan selepas rehathari ini.

Penyampaian Hadiah

1.Penyampaian hadiah kepada murid yang membaca buku terbanyak dan saguhati turut diberikan .
2.Penyampaian medal kepada murid-murid PPKI yang berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan futsal Peringkat Daerah yang dianjurkan oleh PPD Sepang.

Ucapan Guru Disiplin

1.Pada minggu ini bagi murid tahun 6 mereka tidak perlu memakai baju sukan kerana ada Percubaan UPSR.
2.Murid-murid lain perlu memakai pakaian sukan pada hari yang mempunyai subjek Pendidikan Jasmani sahaja.
3.Sewaktu menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah kita hendaklah berdiri tegak dan tidak boleh bergoyang-goyang kerana seolah-olah tidak menghormati lagu-lagu tersebut.
4. Sekiranya ada murid yang berbuat demikian guru mestilah mengambil tindakan serta merta dengan menegur murid tersebut.
5.Pada hari Rabu aktiviti Kokurikulum (Kelab dan Permainan) berjalan seperti biasa.
6. Murid tahun 6 dikecualikan kerana Percubaan UPSR berlangsung pada 26,27 dan 28 Julai 2011.

No comments:

Post a Comment