Monday, June 25, 2012

PROGRAM PERANCANGAN KEWANGAN 1MALAYSIA KELAB NURI BANK RAKYAT

Bank Rakyat Cawangan Puchong akan mengadakan Program Pertandingan Menabung & Seronoknya Mewarna Nuri-i Bank Rakyat. Program ini bertujuan untuk menggalakkan tabiat menabung dalam kalangan pelajar dari usia muda. Pelajar digalakkan menyimpan minimum RM100.00 (terkumpul sehingga 14.9.2012) di dalam akaun simpanan-i NURI, Bank Rakyat untuk melayakkan diri menyertai program ini.

Minimum pembukaan akaun Nuri adalah RM10.00 sahaja. Borang permohonan membuka akaun simpanan boleh didapati di pejabat sekolah (borang adalah terhad). Setiap deposit yang dibuat juga akan menerima hadiah-hadiah menarik dari Kelab Nuri Bank Rakyat. Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang diminta perlu diserahkan kepada pejabat sekolah sebelum 10 Julai 2012.

No comments:

Post a Comment