Monday, February 25, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-9 (SESI PAGI)

Hari     : Isnin
Tarikh  : 25 Febuari 2013                                          
Masa   : 7.30 hingga 8.00 pagi.

Guru-guru bertugas:
     1.    En. Saifullah Mat Saupi
     2.    Pn. Mazzaini bt. Muda
     3.    Pn. Rosmizawati Yusub
     4.    Nik Kamisah Mohd Aziz
     5.    En. Jamillulail b. Mohd Junit
     6.    Nor Fairuzah Ahmad Ramli
     7.    Nahdatul Sima Mat Kairan
     8.    Srimahathevan Vadivelu

LAPORAN
1.0  Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.1  Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan adik Intan Zulaikha.
1.2  Bacaan doa oleh adik Mohd Syazwan b. Saari
1.3  Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Mazzaini bt.     Muda 
1.4   Ikrar murid oleh adik Zarith Sofea

2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (En. Ismarizal b. Ismail)
            2.1  Pelajar diingatkan agar jangan berlari di luar kelas dan juga di dalam kelas        melainkan sewaktu berada di padang sahaja dan juga matapelajaran pendidikan jasmani. . Hal ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada pelajar sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

2.2   Pelajar juga diingatkan agar menjaga kebersihan di dalam dan diluar kelas dan juga sekolah. Pelajar di larang membuang sampah di merata- rata tempat walaupun makanan berkenaan di beli di luar kawasan  sekolah. Tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama samada di dalam atau diluar sekolah. 
2.3 . Keceriaan kelas bagi minggu kesembilan,
PPKI      – 1. Proaktif  2. Inovatif  3. Kreatif
Tahun 4 -  1. Iswara   2. Ezora     3. Wira
Tahun 5 -  1. Balau    2. Almond   3. Merpati
Tahun 6 – 1. Helang   2. Tiung   3 Merpati

3.0 Laporan Guru Bertugas Mingguan (Cik Nurul Aifaa Saharuddin)
      3.1  Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
      3.2 Tema bagi minggu ini ialah kebersihan fizikal dan mental. Kebersihan fizikal adalah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula adalah kebersihan pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup.
3.3  Ciri ciri kebersihan diri seperti menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian, displin diri yang tinggi dan memastikan diri dalam keadaan yang bersih sepanjang masa dan sebagainya.

4.0  Perkataan LAWAD
4.1. BM- Mencemuh
4.2. BI – Word
4.3. BA- Ishtaraa (membeli) 

5.0  Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid – Pn. Jamilah bt. Ariffin
           5.1 Beliau mengingatkan pelajar berkenaan kebersihan diri, mental dan fizikal. Keberihan fizikal adalah sesuatu yang boleh dilihat manakala kebersihan mental merujuk kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat. Ianya lahir dari individu itu sendiri.
5.2. Beliau juga mengingatkan pelajar tentang penggunaan istilah gila dan juga bodoh di dalam pergaulan seharian. Pelajar seharusnya mengelakkan menggunakan perkataan berkenaan kerana ianya adalah sesuatu yang tidak elok dan memberi kesan yang besar dalam pergaulan pelajar seharian.
5.3  Ketua kelas diingatkan agar memberi salam berserta dengan nama guru  berkenaan bagi setiap  guru yang memasuki kelas berkenaan sebelum memulakan sesi pengajaran. Hal ini bagi memastikan pelajar akan mudah mengingati setiap guru yang mengajar khususnya dan semua guru amnya.

Sesi perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi.

No comments:

Post a Comment