... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, August 26, 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2013 (SESI PAGI)

Tarikh   : 26 Ogos 2013
Tempat : Dataran Perhimpunan
Masa    : 8.00 pagi hingga 8.30 pagi

Program Bulan Kemerdekaan merupakan program yang dirai saban tahun oleh warga SKTPP.  Tema Bulan Kemerdekaan  pada kali ini adalah 'Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku'.

Objektif program ini adalah :
i)    Menyemai semangat cinta akan negara
ii)  Menyemai semangat 1Malaysia.
iii) Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab 
     kepada sekolah dan negara.
iv)  Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
v)     Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri 
     perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

Antara aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan untuk murid-murid adalah seperti berikut :
a) Tahun 1 - Pakaian Beragam
b) Tahun 2 - Mewarna poster
c) Tahun 3 - Koir
d) Tahun 4 - Koir
e) Tahun 5 - Buku Skrap
f) Tahun 6 - Kuiz Merdeka
g) Prasekolah - Nyanyian
h) PPKI - Pakaian Beragam

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2013 telah disempurnakan oleh Encik Sukimin b. Juki, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.  Dalam ucapan ringkas, beliau menyeru murid-murid agar menyemai sikap patriotisme iaitu semangat cintakan negara dan sikap toleransi antara kaum.  Ini merupakan kunci kepada perpaduan.

Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung :
Pn Nurliza bt Abd Rahman selaku pengerusi majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan
En Sukimin Juki, Guru Besar SKTPP memberi ucapan perasmian.

Guru Besar merasmikan pelancaran Bulan Kemerdekaan

Guru-guru mengedarkan bendera kepada murid-murid.

Murid-murid Prasekolah mengibarkan bendera


Perbarisan Unit Beruniform semasa simbolik penyerahan bendera Jalur Gemilang


Wakil murid menyerahkan bendera kepada Guru Besar sebagai simbolik.






Barisan guru menyanyikan lagu Tanggal 31 Ogos bersama murid-murid.

Murid-murid mengibarkan Jalur Gemilang ketika nyanyian lagu Tanggal 31 Ogos.


Kibaran Jalur Gemilang oleh warga SKTPP







ia


Anta

No comments:

Post a Comment