Tuesday, October 22, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG (MINGGU 39)

Hari : Isnin
Tarikh: 21 Oktober 2013
Masa: 6.10-6.40 petang

GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. Puan Arnny Yusnita Binti Md Enarji
2. Puan Nik Rosmaliza Binti Nik Hussin
3. Puan Grace a/p Danaraj
4. Puan Siti Maziah Binti Muhamad Tajuddin
5. Puan Aznita Binti Ahmad
6. Puan Hastipa @ Zaiton Binti Mat Daud
7. Puan Suzelawati Binti Zakaria (Cuti Bersalin)

LAPORAN / ULASAN
  1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selagor dan lagu sekolah.
  2. Bacaan doa oleh adik Asyraf Aqasha (Tahun 3 Zeta).
  3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pengerusi Majlis (Puan Arnny Yusnita Binti Md Enarji).
  4. Bacaan ikrar murid oleh adik Alya Fariha (Tahun 3 Sigma).


LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PUAN WAN ROSMAWATI BINTI WAN IBRAHIM)
  1. Beliau menyentuh tentang sikap murid yang suka berlari tidak kira masa sama ada apabila murid berada di kantin, surau, bilik muzik dan menaiki tangga menuju ke kelas.
  2. Beliau menerangkan akibat buruk yang boleh berlaku seperti patah anggota, luka dan jahitan pada badan.
  3. Beliau menasihatkan semua murid agar tidak lagi berlari dan sentiasa berjalan dalam barisan dan dalam keadaan beratur.


PERKATAAN LAWAD
  1. Bahasa Inggeris: lecturer – pensyarah
  2. Bahasa Melayu: gabak- cuaca yang buruk /mendung / keadaan yang hendak hujan
  3. Bahasa Arab: sadrun- dada


UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN (PUAN ARNNY YUSNITA BINTI MD ENARJI)
  1. Tema pada minggu ini ialah kesopanan dan kesusilaan.
  2. Beliau menerangkan kepada murid bahawa kesopanan kesusilaan merupakan salah satu daripada perkara yang terdapat dalam Rukun Negara, yang membawa maksud nilai adab yang tinggi dan sahsiah manusia yang cemerlang.
  3. Dari segi konteks murid, ia merangkumi cara murid bergaul dengan rakan, guru dan masyarakat sekeliling.
  4. Beliau menasihatkan murid agar bercakap dengan elok dan menggunakan bahasa yang lembut dengan kawan-kawan di sekolah dan ibu bapa di rumah.
  5. Kesimpulannya, beliau menegaskan bahawa akhlak yang baik akan membentuk ummah yang cemerlang.


PENGUMUMAN / MAKLUMAT PENTING (PUAN NIK ROSMALIZA BINTI NIK HUSSIN)
  1. Peperiksaan akhir tahun akan bermula pada esok hari. Murid-murid yang masih belum mendapat jadual peperiksaan boleh datang berjumpa dengan Puan Grace selepas perhimpunan.
  2. Semua murid tidak perlu memakai baju sukan sepanjang minggu ini.

UCAPAN KETUA GURU DISIPLIN (PUAN ARNNY YUSNITA BINTI MD ENARJI)
  1. Beliau menasihatkan murid agar tidak membawa benda terlarang seperti benda tajam dan benda tidak tajam tetapi yang boleh membawa maut iaitu rokok.
  2. Beliau mengingatkan murid sekali lagi agar dapat memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap pada minggu ini.


UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG (ENCIK ROSDIN BIN IBRAHIM)
  1. Beliau berpesan kepada murid agar jika hendak berbuat jahat sekalipun biar orang lain tidak nampak. Murid perlu sentiasa berbuat baik di depan guru.
  2. Beliau menasihatkan agar murid dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam peperiksaan pada minggu ini.
  3. Beliau turut menyarankan kepada murid agar meminta ibu bapa mendoakan kejayaan mereka dan seterusnya berserah kepada Tuhan setelah cuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.
  4. Akhir kata, beliau menasihati murid agar membuat persiapan awal seperti menyediakan alat tulis yang lengkap sebelum menghadapi peperiksaan.

No comments:

Post a Comment