Saturday, November 16, 2013

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2013

Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah SK Taman Putra Perdana telah diadakan pada 14 Nov 2013 bertempat di Dewan Perdana. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Siti Aishah bt. Aziz, Penolong Pegawai Pendidikan Sains Kemasyarakatan, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun. Majlis diteruskan dengan Graduasi Prasekolah. Majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir Barat, Action Song, tarian dari Prasekolah dan Tarian Zapin.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan Anugerah Khas untuk murid-murid Pendidikan Khas bagi beberapa kategori:
a) Anugerah Kilauan      -  (adik Neil Navin Yew Mun)
b) Anugerah Perwaja     -  (adik Tharique Hariri b. Abdullah)
c) Anugerah Permata     -  (adik Saanjeet Nair a/l Ravandiran)

Anugerah Intan juga diberi kepada murid Pemulihan yang menunjukkan peningkatan pencapaian dalam akademik iaitu adik Dafisya Afrina Izz bt. Hasnol dan adik Putra Muhammad Aiman Izhan b. Badrishah.

Anugerah Nilam telah diberi kepada adik Jashwiny a/p Dhanaseelan dari 6 Nuri. Seterusnya Anugerah Khas Kokurikulum bagi Olahragawan 2013 disandang oleh Mohammad Qayyum bin Razali, manakala gelaran Olahragawati 2013 disandang oleh Nur Anis Qistina bt. Zaharizal. 

Disamping itu, gelaran Olahragawan Harapan 2013 disandang oleh adik Anaz Riyadz b. Roheme dan  Olahragawati Harapan 2013 disandang oleh Niqa Abyana bt. Mohd Zaimi. Bagi anugerah Kejohanan Taekwando antara Kelab Peringkat Kebangsaan (Pingat Emas) disandang oleh Muhammad Nur Adam Husamuddin b. Suadi. Adik Shakil Aditheeya R. Saravanan diberikan Anugerah Khas Cyclothon.

Majlis diteruskan lagi dengan dengan penyampaian Hadiah Murid Terbaik Dalam Kelas bagi tempat pertama, kedua dan ketiga dimulakan dengan kelas PPKI, Tahun 1 sehingga Tahun 6.  Seterusnya penyampaian Hadiah Murid Terbaik Mata Pelajaran bagi Tahun 1 hingga Tahun 6.

Kemuncak acara Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah adalah penyampaian anugerah: 
a)Kecemerlangan Akademik (Sinar Bestari)         -  adik Iman Firas b. Zulhazmi
b)Kecemerlangan Sahsiah (Sinar Nurani)             -  adik Muhammad Syazwan b. Sa'ari
c)Kecemerlangan Kokurikulum (Sinar Kesatria)  -  adik Nur Anis Zarith Sofia bt. Zam Azizol
d)Anugerah Perdana-Tokoh Bitara 2013                -   adik Iman Firas b. Zulhazmi

Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

No comments:

Post a Comment