Saturday, March 15, 2014

MAJLIS SOLAT HAJAT MURID TAHUN 6 - FASA 1 2014

Pada hari Khamis malam Jumaat 13 Mac 2014, SKTPP telah mengadakan majlis solat hajat dan bacaan yaasin fasa 1 untuk murid-murid tahun 6 sempena UPSR tahun 2014. Seramai 153 orang ibu bapa yang telah hadir untuk menjayakan majlis tersebut. Pendaftaran bermula pada pukul 7.00petang dan majlis berakhir pada pukul 10.00malam. Majlis dimulakan dengan solat maghrib, bacaan Yaasin, solat hajat dan solat isyak yang diimamkan oleh Ustaz Wan Ahmad Amini bin Wan Mohamad, dari Sri Furqan, Seksyen 17, Shah Alam. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh beliau.

Objektif Program:
  • memotivasikan murid agar terus meningkatkan usaha untuk kejayaan.
  • murid dapat mengetahui keperluan sebagai seorang hamba Allah untuk memohon hajat serta pertolongan daripada Allah.
  • membentuk jati diri muslim yang sejati dan memberi ketenangan jiwa ketika menghadapi peperiksaan.
  • merapatkan silaturahim antara murid, guru dan ibu bapa.   
Gambar sekitar majlis.

Pendaftaran Ibu bapa

Ucapan ringkas dari YDP PIBG, Tn. Hj. Khiarul Azhar B. Mohd Sufian

Ibu bapa yang turut hadir bagi menjayakan majlis

Calon UPSR 2014

Ucapan dari Guru Besar Pn. Rohaidah Binti Mohd Ali

Calon UPSR 2014

Penceramah motivasi, Ustaz Wan Ahmad Amini bin Wan Mohamad

Guru Besar bersama ibu bapa membaca Yaasin

Bacaan Yaasin oleh anak-anak bersama ibu bapa 

Solat hajat

Solat hajat

Semoga calon-calon UPSR 2014 tenang menghadapi peperiksaan UPSR dan akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Disediakan oleh:
Zainur Jimah binti Abdullah & Norhamizah binti Hamzah

No comments:

Post a Comment