Friday, July 25, 2014

Majlis Penutup Ihya' Ramadhan, Khatam Al- Quran, Penyampaian Sumbangan Anak Yatim & Majlis Bersalaman Menyambut Hari Raya 'Idulfitri (sesi pagi)


Bulan Ramadhan menjadi titik permulaan kepada langkah mendidik dan melatih murid-murid untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan dalam Al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan ini bertujuan untuk  meneruskan konsep dan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, majlis ini diadakan untuk meraikan kejayaan murid-murid menamatkan program tadarus yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan di sekolah.

Oleh itu, pada hari ini 25 Julai 2014 bersamaan 27 Ramadhan 1435, berlangsungnya program Khatam Al-Quran, penutupan Ihya' Ramadhan, penyampaian sumbangan anak yatim, dan majlis bersalaman menyambut Hari Raya 'Idulfitri. yang melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Program ini merupakan acara kemuncak kepada program-program yang telah berlangsung sepanjang Ramadhan. Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SKTPP adalah tadarus Al-quran, tazkirah dan kuiz Ramadhan.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis: 





Semoga aktiviti ini dapat menanam sikap cinta terhadap program-program keagamaan di samping memantapkan bacaan Al-Quran dalam kalangan para pelajar dan guru-guru. 

Ucapan ribuan terima kasih daripada warga SKTPP kepada semua ibubapa, guru-guru dan murid-murid yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari semua warga SKTPP.

No comments:

Post a Comment