Monday, March 9, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-9 (Sesi Petang)

Tarikh   :  09 Mac 2015 (Isnin)
Masa    :  1.20 petang - 2.20 petang
Tempat :  Dewan Perdana SKTPP

Guru Bertugas:
1. Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji
2. En.Wan Mohd Roswandy bin W. Ibrahim
3. Pn. Suriyana binti Nanyan
4. Pn. Nor Azian binti Ahmad
5. Pn. Nor Arzah binti Hussin
6. Pn. Roslinda binti Mansor

Laporan:
1. Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis, Pn. Arnny Yusnita Md Enarji.
Pengaca Majlis Perhimpunan Rasmi minggu ini, Pn. Arnny Yusnita

2. Nyanyian/Bacaan Ikrar.
  • Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.
  • Bacaan Doa yang dipimpin oleh Adik Najman Danish dari Tahun 3 Surgeri.
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya yang diketuai oleh Pn. Arnny Yusnita.
  • Bacaan ikrar murid yang diketuai oleh Adik Nuranisa binti Muhammad Abdul Aziz dari Tahun 3 Radiologi.
 3. Laporan guru bertugas minggu lalu oleh Pn. Nurulhuda Yaakob.
Guru bertugas minggu lalu sedang menyampaikan laporan.
  • Beliau melaporkan tentang kejadian kehilangan basikal milik salah seorang murid SKTPP, iaitu Muhammad Hadif dari Tahun 2 Nafiri dan masih belum dijumpai. Beliau berharap sekiranya ada murid yang melihat kejadian ini agar dapat melaporkannya kepada guru dengan kadar segera
  • Beliau juga berharap agar murid dapat mengurangkan kekerapan ke tandas untuk memastikan kebersihan tandas terkawal. Ini  disebabkan sekolah kekurangan tenaga kerja pekerja pembersihan untuk kerja-kerja pembersihan tandas murid dengan kerap.
3. Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
Barisan guru bertugas yang sentiasa bersiap siaga menggalas tanggungjawab sepanjang minggu ini
4. Perkataan LAWAD pada minggu ini, iaitu:
  • BM : Menongkah (melawan atau menentang)
  • BI   : Snail (siput)
  • BA  : صَدْرٌ (dada)
5. Majlis Pelancaran PPDa dan Penyampaian Watikah Perlantikan Sahabat PPDa sesi petang yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Puan Hajah Rohaidah  binti Mohd Ali, guru besar SK Taman Putra Perdana.

"SKTPP Benci DARIH"

Disediakan oleh;
Nor Azian Ahmad,
Guru Bertugas Mingguan (09-13 Mac 2015)

No comments:

Post a Comment