Monday, June 20, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-22 (Sesi Pagi)

Tarikh : 20 Jun 2016
Masa  : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana

Guru Bertugas Kumpulan E:
1.Ust. Zurilazman bin Abdullah
2. Pn. Astina bt Mahad Nor
3. Pn. Norsiah bt Mohd Nor
4. Pn. Roseniza bt Setapa
5. Pn. Juli bt Mahbah
6. Pn. Nurulhuda bt Hasbullah
7. Umi Nazrah bt Saharoni

Laporan / Ulasan :
1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah.
2. Bacaan doa oleh adik Nukman Haziq bin Fauzi .
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh guru bertugas Ust. Zurilazman bin Abdullah.
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh En. Hafiz bin Md Noor.

  • Hasil pemantauan kumpulan beliau, disiplin murid terkawal dan murid-murid juga kurang membuat bising.
  • Aspek kebersihan juga terjaga.
6. Ucapan guru bertugas minggu ini yang disampaikan oleh Ust Zurilazman bin Abdullah.
  • Tema ucapan pada minggu ini ialah Menghormati Ilmu. 
  • Murid-murid diingatkan supaya sentiasa menghormati ilmu.
  • Proses pembelajaran adalah seumur hidup bermula daripada buaian hingga ke liang lahad.
  • Beliau juga mengingatkan murid-murid agar menghormati guru untuk mendapat keberkatan ilmu.
7. Perkataan Lawad pada minggu ini.
  • Bahasa Melayu : Pepohon bermaksud tumbuhan yang berbatang besar.
  • Bahasa Inggeris : Arch bermaksud lengkungan bawah tapak kaki.
  • Bahasa Arab    : Matoron bermaksud hujan. 
8. Ustazah Norziani bt Zubir mengumumkan tentang Program Menjejak Sibawayh (pakar bahasa Arab). Program ini adalah di bawah Panitia Bahasa Arab. Objektif program ini ialah Panitia Bahasa Arab ingin menjejak murid yang kaya dengan perbendaharaan kata Bahasa Arab.

9. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azizah bt Mokhlas.
  • Beliau memaklumkan tentang Adik Ahmad Al Farouqi bin Ahmed Niza dari kelas 1 Harmoni dan ibu mertua Puan Rosmawati bt Md Desa telah kembali ke rahmatullah. Adik Ahmad Al Farouqi telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu (18 Jun 2016) manakala ibu mertua Puan Rosmawati pula pada hari Ahad (19 Jun 2016). Guru-guru dan murid-murid bersama-sama membaca surah Al-Fatihah untuk kedua-dua arwah.
  • Puan Azizah juga memperkenalkan guru-guru baru iaitu:
    • En. Mohd Dzarfan bin Kamar Bahrin
    • Pn. Nor Sakila bt Mohamad
    • Pn. Nurul Afiqah bt Mohd Hashim
    • Pn. Nor Azizati bt Ahmad
  • Beliau juga memaklumkan tentang cuti umum sempena Hari Nuzul Al Quran pada hari Rabu (22 Jun 2016).
  • Selain itu, beliau juga memaklumkan kepada murid-murid, pada waktu rehat bagi murid-murid yang tidak terlibat dengan tadarus agar duduk di dalam kelas. Murid-murid bolehlah membaca buku atau al-quran. Murid-murid dinasihatkan menjaga disiplin dengan tidak berlari dan bermain ketika berada di dalam kelas.
10. Perhimpunan tamat pada pukul 8.00 pagi.

Berikut paparan gambar semasa sesi perhimpunan berlangsung.

Adik Khairunnisa sebagai pengacara majlis dan Adik Asyraaf Aqasha mengetuai bacaan ikrar murid.

Barisan guru bertugas minggu ini.

Ust Zurilazman wakil guru bertugas minggu ini memberi ucapan, Cikgu Hafiz wakil guru bertugas minggu lepas menyampaikan laporan, dan Ustazah Ziani membuat pengumuman Program Jejak Sibawayh.

Pn. Azizah bt Mokhlas, Penolong Kanan Pentadbiran menyampaikan ucapan.

Pn. Azizah bersama-sama barisan guru baru.
    
Disediakan oleh :
Roseniza bt Setapa

No comments:

Post a Comment