Saturday, March 4, 2017

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-14, 2017

Pada hari Sabtu, 4 Mac 2017 SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-14 bertempat di padang sekolah. Sebanyak empat jenis acara trek peringkat akhir telah dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan perempuan bagi murid tahap 2, tahap 1, PPKI dan Prasekolah. Acara lompat jauh, lontar peluru, dan lompat tinggi bagi murid tahap 2 (lelaki dan perempuan) telah diadakan pada 3 Februari 2017.

Objektif:
  • Memupuk semangat kesukanan.
  • Melahirkan semangat daya saing yang sihat.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni melalui sukan.
Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan pada jam 8.30 pagi. Pada jam 9.00 pagi, acara pembukaan dimulakan iaitu lintas hormat perbarisan bagi setiap rumah sukan. Bacaan ikrar kejohanan diketuai oleh adik Muhammad Musyrif Hfiy bin Muhaimi. Tema perbarisan rumah sukan pada tahun ini ialah "SUPER HERO";
BIRU (CAPTAIN AMERICA)
HIJAU (NINJA LANTERN)
MERAH (THE FLASH)
JINGGA (NARUTO)
KUNING (BATMAN)
Majlis perasmian ini diserikan lagi dengan persembahan menarik dari setiap rumah sukan. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan semua peserta perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut rumah sukan masing-masing dan bersedia untuk bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah. Seterusnya diikuti dengan bacaan ikrar temasya. 
  Tertib acara diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd. Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana dan seterusnya ucapan aluan oleh En. Mohamad Rahmat bin Sahman selaku Naib Yang Dipertua PIBG. Majlis diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh En. Mohd Rosli bin Ahmad @ Harun selaku Penolong PPD Teknik dan Vokasional, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan bagi 2017 melalui gimik persembahan yang disediakan oleh Puan Astina, Puan Norsiah, dan Puan Parimala.      Selepas upacara perasmian tersebut, kejohanan dimulakan dengan acara trek bagi murid lelaki tahap 2. Sementara itu, para hakim membuat rondaan dan penilaian ke khemah-khemah rumah sukan dan murid-murid perbarisan. Para tetamu kehormat kemudiannya dihidangkan jamuan di kantin sekolah.

  Sejurus acara trek bermula, pengurus pasukan bersama peserta-peserta rumah sukan masing-masing bersemangat mengejar mata dan bersaing sihat merebut anugerah Olahragawan, Olahragawati, Perbarisan Terbaik, Hiasan Khemah Rumah Sukan Terbaik dan Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-14. Tetamu dimeriahkan dengan acara tarik tali (akhir) murid lelaki dan perempuan sementara menunggu keputusan rasmi kejohanan.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Putra Perdana 2017  kali Ke-14 .

Rumah Sukan
Kedudukan
Markah
HIJAU
1
780
JINGGA
2
625
MERAH
3
610
BIRU
4
598
KUNING
5
588

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi LINTAS HORMAT TERBAIK.
Rumah Sukan
Kedudukan
BIRU
1
JINGGA
2
HIJAU
3
MERAH
4
KUNING
5

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi HIASAN KHEMAH TERBAIK.
Rumah Sukan
Kedudukan
KUNING
1
JINGGA
2
MERAH
3
BIRU
4
HIJAU
5

Nama-nama pemenang bagi setiap kategori:


Kategori
Nama
Rumah
Olahragawan Harapan (P)
AIRIS BATRISYIA
HIJAU
Olahragawan Harapan (L)
MUHD AFOQ AIMAN B MUSTAQIM
KUNING
Olahragawan
KHAIRUL IKHWAN B ZULKIFLI
BIRU
Olahragawati
NURUL BALQIS BT AZRIRUL AFANDI
JINGGA

Berikut adalah lampiran gambar semasa Sukan Tahunan SKTPP.

Maskot rumah sukan bertemakan SUPER HERO
RUMAH MERAH (THE FLASH)

RUMAH BIRU (CAPTAIN AMERICA)

RUMAH JINGGA (NARUTO) 

RUMAH HIJAU (NINJA LANTERN)

RUMAH KUNING (BATMAN)

SUPER HERO BAGI MURID PPKI

Gimik perasmian yang menarik telah disempurnakan oleh
En. Mohd Rosli bin Ahmad @ Harun, Penolong PPD Teknik dan Vokasional, PPD Sepang
diiringi oleh Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd. Ali, Guru Besar SKTPP

 Berikut merupakan lampiran gambar semasa Kejohanan Sukan Tahunan SKTPP ke-14 





 Hiasan khemah bagi setiap rumah sukan.

 Perbarisan bagi kontinjen setiap rumah sukan

Berikut adalah lampiran gambar acara padang sepanjang Kejohanan Sukan berlangsung.

 Acara 4 x 100m (L & P)  dan acara 4 x 200m (L & P)

 Acara tarik tali akhir bagi rumah Kuning dan rumah Merah. Akhirnya Johan dimenangi oleh rumah Merah.

Papan skor mempamerkan jumlah markah terkini.
  
Acara kemuncak iaitu perlawanan tarik tali antara guru dan bapa murid. 


Akhirnya dimenangi oleh ibu bapa

Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang memeriahkan kejohanan sukan kali ke-14 ini.

Puan Hajjah Rohaidah (Guru Besar SKTPP) menyampaikan
 trofi dan hamper kepada para pemenang.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Putra Perdana Kali Ke-14 ini.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"SATU MURID SATU SUKAN"
"KAMI BENCI DARVIH"

Disediakan oleh:
Pn. Siti Rabiaah bt Mohammad
Pn. Norbaizura binti Nordin

No comments:

Post a Comment