Saturday, April 1, 2017

Seminar Didik Rakyat UPSR 2017

Pada hari Sabtu bersamaan 1 April 2017, Bank Rakyat Cawangan Cyberjaya telah mengadakan satu seminar untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2017. Seminar ini diadakan di UiTM Dengkil dan peserta dipilih dari beberapa buah sekolah di persekitran Cyberjaya. Seramai 12 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah turut serta dalam seminar ini.

Seminar ini memberi pendedahan kepada murid tentang teknik-teknik menjawab kertas UPSR bagi subjek Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik. Seminar ini bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Di bawah adalah gambar-gambar semasa seminar tersebut berlangsung :










Disediakan oleh,
Zailezah Bt Sardi,
Setiausaha Unit Gemilang SKTPP

No comments:

Post a Comment