Friday, June 16, 2017

Hari Jalinan Mesra 1 2017 (Sesi Petang)



Tarikh   :  16 Jun 2017 (Jumaat)
Masa    :  2.30 pm - 5.00 pm
Tempat :  SK Taman Putra Perdana 


Hari Jalinan Mesra (1) bagi sesi petang telah diadakan dengan jayanya. Kehadiran yang amat menggalakkan daripada ibu bapa yang tiba seawal pukul 2.00 petang di persekitaran sekolah menggambarkan komitmen yang sangat tinggi dalam melihat perkembangan dan peningkatan prestasi anak-anak dalam bidang kurikulum. 

Objektif Hari Jalinan Mesra ini diadakan adalah untuk: 
  • memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing 
  • memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit

Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak didik SKTPP yang telah berjaya meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran yang diuji.  Sekalung ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak serta pihak sekolah.

Memori yang sempat dirakamkan ketika sesi perjumpaan ibu bapa dan guru:

Sebahagian AJK Penunjuk Arah

Kaunter Wakaf Surau, Sumbangan PIBG serta Ezy SMS










Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua murid, ibu bapa serta guru SKTPP.
Ramadhan Kareem.

No comments:

Post a Comment