Monday, July 17, 2017

Seminar UPSR 2017

Pada tanggal 15 dan 16 Julai 2017Unit Gemilang UPSR Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menganjurkan satu Seminar UPSR bagi murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September 2017 akan datang. Objektif utama seminar ini ialah untuk memberi pendedahan dan teknik-teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Selain itu, ianya juga sebagai motivasi dan penyuntik semangat kepada murid-murid Tahun 6 untuk lebih berkeyakinan menghadapi UPSR.

       Sasaran utama program ini ialah calon-calon UPSR 2017 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini seramai 278 orang.  Namun begitu, penyertaan juga turut dibuka kepada murid-murid daripada 4 kelas terbaik Tahun 5 2017 bagi memberi mereka gambaran yang lebih jelas tentang bentuk soalan UPSR. Seminar ini telah dijalankan selama 2 hari pada hari Sabtu, 15 Julai 2017, dan Ahad, 16 Julai 2017, di Dewan Zaaba, Universiti Pertanian Malaysia.

    Seawal pukul 7.00 pagi, seramai 236 orang murid telah berkumpul di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana bagi tujuan pendaftaran sebelum berangkat ke Dewan Zaaba, Universiti Pertanian Malaysia dengan menaiki lima buah bas. Seminar ini telah dibahagikan kepada 4 slot bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 5.15 petang setiap hari. Slot seminar bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris telah dijalankan pada hari Sabtu., 15 Julai. Manakala, slot seminar bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik telah dijalankan pada hari Ahad, 16 Julai 2017.

      Empat orang penceramah hebat telah dijemput untuk menjayakan seminar ini. Bagi subjek Bahasa Melayu, penceramah yang dijemput ialah Encik Faiz. Manakala, bagi subjek Bahasa Inggeris, penceramahnya ialah Encik Yusri. Bagi subjek Matematik pula, penceramah yang diundang ialah Encik Ismail, dan penceramah bagi subjek Sains ialah Encik Khairul.

     Semoga dengan terlaksananya Seminar UPSR ini dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid Tahun 6. Seterusnya, dapat meningkatkan prestasi akademik di sekolah ini.

Berikut merupakan beberapa paparan kenangan sepanjang seminar itu dijalankan :







                        Murid-murid berkumpul untuk Pendaftaran sebelum bertolak ke UPM





                        Murid- murid sedang khusyuk mendengar penerangan yang diberi.








                                       Slot Matematik yang disampaikan oleh Encik Ismail

No comments:

Post a Comment