Thursday, December 28, 2017

LADAP Kriket

Perjumpaan guru untuk persediaan 2018 diteruskan dengan program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Kriket. Penerangan  disampaikan oleh jurulatih utama sukan kriket SK Taman Putra Perdana; Cikgu Ahmad Junaidi Bin Abdullah. Kehadiran guru- guru yang amat memberangsangkan menunjukkan usaha pihak pentadbir sekolah untuk menjadikan sukan kriket sebagai kebitaraan sekolah disambut baik oleh semua guru SKTPP.

Cikgu Ahmad Junaidi sedang menerangkan tentang sukan Kriket

Penerangan LADAP kriket  dimulakan dengan pengenalan permainan kriket yang dimainkan pada abad ke-16 di England. Seterusnya permainan ini tersebarkan di negara India dan Pakistan.
Penerangan ini juga diserikan dengan sesi soal jawab antara guru-guru dengan jurulatih kriket. Cara menilai score board juga diterangkan oleh Cikgu Ahmad Junaidi kerana pemahaman penilaian score board membantu guru-guru memahami permainan kriket dengan lebih jelas lagi.


Guru-guru menumpukan sepenuh perhatian pada penerangan Cikgu Junaidi

Dengan komitmen dan sokongan  yang ditunjukkan oleh semua guru, adalah diharapkan agar sukan kriket ini akan lebih difahami oleh seluruh warga sekolah khususnya guru-guru dan seterusnya dapat mencapai sasaran Johan Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2018.

No comments:

Post a Comment