Wednesday, May 13, 2020

Perkhabaran Kematian Pegawai Perhubungan Sekolah Koperal 116848 Mohd Hambali Bin Khalid



Dukacita dimaklumkan bahawa Pegawai Perhubungan Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana,  Koperal 116848 Mohd Hambali Bin Khalid telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham telah meninggalkan kita semua pada 13 Mei 2020 bersamaan 20 Ramadhan 1441H jam 3.16 petang di Balai Polis Putra Perdana. Alllayarham dikatakan mengalami sesak nafas kerana asma.

Allahyarham Koperal 116848 Mohd Hambali Bin Khalid telah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah bagi sesi persekolahan tahun ini dan pernah terlibat dalam beberapa aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Antara program yang melibatkan allahyarham ialah Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas pada 30 Januari 2020.

Antara bingkisan gambar kenangan yang dapat dilakarkan pihak sekolah bersama allahyarham ialah:

Sesi penyampaian watikah perlantikan kepada Pengawas Sekolah

Gambar kenangan bersama barisan Pengawas Pusat Sumber

Sesungguhnya kesempatan yang ada bersama allahyarham walaupun dalam masa yang singkat tetap meninggalkan kenangan yang tidak akan sesekali luput dalam lipatan sejarah kehidupan kita. Kebaikan dan kemesraan yang ditunjukkan allahyarham sangat disenangi oleh warga sekolah menjadikan dirinya disenangi dan disayangi oleh semua. 


Semoga allahyarham Koperal 116848 Mohd Hambali Bin Khalid ditempatkan dalam kalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh dan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.  Salam takziah daripada kami warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. AL-FATIHAH

Marilah kita sama-sama sedekahkan ALFATIHAH buat Allahyarham Koperal 116848 Mohd Hambali Bin Khalid 


No comments:

Post a Comment