Tuesday, January 19, 2021

Mesyuarat Guru Bil. 1/2021

Hari ini guru-guru bermesyuarat buat kali pertama bagi tahun 2021. Mesyuarat secara maya melalui medium Microsoft Teams ini membincangkan perancangan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan sekolah bagi menghadapi operasi pembukaan sekolah dalam suasana pandemik Covid-19 & Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

  Selamat kembali bertugas buat semua guru mulai esok. Pembukaan sekolah yang jauh berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini - sangat mencabar dan menuntut lebih integriti.

  Selamat Datang diucapkan buat 3 orang guru baru ke SKTPP iaitu;

1. Pn. Nor  Hanim binti Ismail dari SK Pulau Meranti, Puchong


2. Pn. Nur Wahidatuldinah binti Hassan dari SK Astana, Petra Jaya, Kuching, Sarawak


3. Pn. Zaleha binti Sitam dari SK Lutong, Miri, Sarawak

Semoga dapat memantapkan lagi pendidikan anak-anak murid hasil pengalaman luas kalian.

  Guru-guru akan kekal mengajar secara PdPR (pengajaran dan pembelajaran di rumah). Teruskan berkarya untuk menyampaikan pengajaran dengan cara yang paling berkesan dan menarik.

  Tahniah buat semua Penolong Kanan atas pembentangan dan taklimat hebat yang disampaikan. Barisan pentadbir yang sangat berwibawa dan menjadi sandaran warga sekolah. 

  Semoga kita akan tetap bersemangat, kreatif dan gigih dalam melaksanakan amanah yang diberi. Ya Allah Kau permudahkanlah segala urusan kami demi anak-anak murid yang tersayang. Semoga wabak yang melanda ini akan segera berlalu dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin. Aamiin..











No comments:

Post a Comment