Friday, January 22, 2021

Laporan Bertugas Minggu Pertama (Sesi pagi)

Tarikh : 20 Januari 2021 sehingga 22 Januari 2021 

Nama guru bertugas :

1. Rosmawati binti Md Desa

2. Roseniza binti Setapa

3. Norsiah binti Mohd Nor

4. Norli binti Hassan

5. Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin

6. Juli binti Mahbah

7. Zurilazman bin Abdullah

8. Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

9. Norina binti Mohamed

10. Claudia Jacqueline Charles Nelson

11. Tarmiji bin Sabali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 dan Selamat Kembali ke Sekolah.

Minggu ini merupakan minggu pertama sesi persekolahan tahun 2021. 
 Pengajaran dan Pembelajaran diteruskan secara PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah - Home Base Learning) sepanjang PKP dikuatkuasa mulai 25 Jan hingga 4 Feb 2021.

SK Taman Putra Perdana telah menyediakan jadual waktu pelaksanaan PdPR semasa tempoh PKP Fasa 2 ini. Bahan pembelajaran juga dikongsi oleh guru melalui pelbagai platform seperti Whatsapp, Telegram, Youtube & Google Classroom. Pelbagai kaedah PdPR telah dilaksanakan dengan mengambil kira kesesuaian guru dan murid. Sama ada secara dalam talian mahu pun di luar talian. Kesungguhan guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak didik tiada tolok bandingnya. Pandemik Covid-19 yang muncul tanpa diduga telah memberi kesan mendalam kepada sektor pendidikan di seluruh dunia. Namun walau apa pun cabaran, guru akan terus berusaha gigih untuk memberikan yang terbaik kepada generasi pewaris negara.

Ibu bapa/penjaga juga dipohon membantu memberi bimbingan kepada anak-anak menjalani sesi pembelajaran di rumah.  Pihak sekolah percaya ibu bapa dan penjaga hari ini amat prihatin terhadap pembelajaran anak-anak. Murid-murid diharapkan dapat memberi fokus dan bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran. Guru dan ibu bapa saling melengkapi untuk meneruskan ekosistem pembelajaran yang berkesan bagi pembelajaran anak-anak di rumah. Pembelajaran digital sesi persekolahan 2021 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kesesuaian guru, ibu bapa/penjaga dan murid. Guru tidak sempurna tetapi kami cakna dan sentiasa ikhlas berusaha. Marilah kita bersatu hati untuk melakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita. Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi.

Berikut gambar-gambar yang dikongsi bersama guru semasa sesi PdPR 

Kelas Teacher Parimala
Sesi PdPR Bahasa Inggeris bersama Teacher Parimala

Sesi PdPR Bahasa Arab bersama Muallim Ishak

Sesi PdPR Bahasa Melayu bersama Cikgu Norli

Sesi PdPR Bahasa Melayu bersama Cikgu Roseniza  

Penglibatan murid dalam sesi PdPR


Penglibatan murid dalam sesi PdPR


Murid menunjukkan hasil karya seni

Aktiviti murid dalam menyiapkan karya seni

Penglibatan murid dalam sesi PdPR

Penglibatan murid dalam sesi PdPR


Terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan murid kerana berjaya melaksanakan sesi PdPR minggu pertama dengan jayanya. Terima kasih dan syabas juga kepada semua ibu bapa yang bertungkus lumus dan tidak pernah jemu menyokong dan membantu anak-anak untuk melaksanakan PdPR di rumah. Semoga semua murid terus bersemangat untuk belajar walau dalam keadaan norma baharu ini.

Disediakan Oleh:

Rosmawati binti Md Desa

No comments:

Post a Comment