Sunday, March 31, 2024

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Sk Taman Putra Perdana 2024 (Sesi Petang)


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira’. Perkataan Nuzul bererti turun atau pindah dari atas ke bawah manakala Al-Quran adalah kalam Allah yang  merupakan satu mukjizat yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.

Bagi memperingati peristiwa penurunan Al-Quran, maka sambutan Nuzul Quran dilaksanakan setiap tahun. Pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam telah menjemput penceramah iaitu Ustaz Zairuddin Bin Mohamad kelsom bagi menyerikan lagi majlis ini.

Objektif :

1. Mengingati dan menghayati Hari Nuzul Al-Quran.

2. Memupuk minat membaca dan mengamalkan isi Al-Quran.

3. Menghayati keagungan dan kebesaran Allah dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Butiran Program :

Tarikh : 29 Mac 2024

Hari     : Jumaat

Masa   : 3.45 Petang hingga 5.30 Petang

Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Sasaran : Warga sekolah SKTPP

Gambar-gambar sepanjang Program Sambutan Nuzul Al-Quran:

pengacara majlis yang manis
 (Ustazah Rafini dan Ustazah Rihazrin)

Sesi penerangan oleh penceramah jemputan 
(Usta Zairuddin)

 Barisan guru-guru yang berdedikasi

Kuiz terbuka untuk murid-murid SKTPP


Sesi penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan
 sepanjang bulan Ramadan oleh PK petang





 Penyampaian saguhati kepada Ustaz Zairuddin oleh Pk Petang (Pn Rohaya) 
dan Penyelaras program (Ustzah Farhani)

Lampiran Buku Program Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 2024 untuk rujukan semua guru.  Sila klik link berikut:https://anyflip.com/izvja/pwyh/


Laporan blog disediakan oleh : 
Farhana binti Mohammad Fuzi

No comments:

Post a Comment