... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 22, 2024

Majlis Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS), Fokus 10 Minit ‘FoS’ dan Pelancaran Dana Tabung 10 sen - ‘T10’

 

Pada 22 April 2024, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS), Fokus 10 minit ‘FoS’ dan Pelancaran Dana Tabung 10 sen - ‘T10’ di Dewan Perdana SKTPP.

Puan Arnny memberikan taklimat kepada murid sesi petang


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji selaku Guru Perpustakaan & Media SKTPP. Beliau memberi ucapan ringkas berkaitan dengan program hari ini.


Majlis diteruskan lagi dengan Gimik Perasmian. Barisan Guru Penolong Kanan yang diketuai oleh Puan Azizah binti Mokhlas (Guru Penolong Kanan Kurikulum), Datin Nuraizah binti Dun (Guru Penolong Kanan HEM) dan juga Puan Fauziah binti Solehuddin (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) bersama-sama dalam menyempurnakan Gimik  Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS), Fokus 10 Minit ‘FoS’ dan Pelancaran Dana Tabung 10 sen- ‘T10’.



Gimik memasukkan wang ke dalam tabung oleh Puan Rozimah di sesi petang





Pengawas Pusat Sumber turut membantu semasa perasmian

Semoga dengan Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS),Fokus 10 minit ‘FoS’ dan Pelancaran Dana Tabung 10 sen - ‘T10’ dapat meningkatkan minat murid-murid dalam  membudayakan aktiviti membaca dan melahirkan sikap suka menderma dalam kalangan warga sekolah.

No comments:

Post a Comment