... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 29, 2024

Laporan Bertugas Minggu ke-7 (Sesi Pagi)

Tarikh  : 29 April hingga 3 Mei 2024 
Hari     : Isnin hingga Jumaat 
Masa   : 7.30 pagi 
Tempat : Dewan Perdana SKTPP 

Senarai Nama Guru Bertugas Kumpulan A: 

 1. Umi Nazrah Binti Saharoni (K)
 2. Musaliha Binti Mustafa (P) 
 3. Roslinda Binti Mansor
 4. Rosmizawati Binti Yusub 
 5. Norfauziaton Binti Ali Mohamed 
 6. Nor Latipah Binti Che Yusuf 
 7. Norliza Binti Ali @ Yasim 
 8. Mawaddah Binti Kamarulzaman 
 9. Zailezah Binti Sardi 
10. Jamunarani A/P Bhoja Rajan 
11. Muhammad khairul Afiq Bin Jamili 
12. Zairuddin bin Mohamad Kelsom

 
Guru-guru Bertugas Kumpulan A
 
    Juruacara (Pengawas): Dhiya Azzahra Binti Nasrum (6 Unix) 

                              

   Konduktor Tiga Buah Lagu: Naurah Safiyyah Binti Muhammad Nasirn (6 Unix)

                  

Pembaca Doa : Muhammad Amsyar Bin Muhamad Rizal (6 Windows) 

                         

Pembaca Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya & Juruacara (Guru) : Encik Khairul Afiq Bin Jamili 
  
                              

Pembaca Ikrar Murid : Muhammad Hadif Bin Farizfariruzzaman (6 Solaris)
                   
                      

 Guru Bertugas Minggu Lepas: Puan Nurliza Binti Ab Rahman (Kumpulan F)



Laporan Guru Bertugas Pada Minggu Lepas :
  • Kehadiran murid ke sekolah pada waktu pagi - murid mesti berada di dalam kawasan sekolah pada pukul 7.20 pagi. Pintu pagar B akan tutup pada pukul 7.30 pagi kerana pengajaran dan pembelajaran akan bermula pada waktu tersebut. Terutama pada hari jumaat, murid perlu maklumkan pada ibu bapa untuk hantar ke sekolah sebelum 7.30 pagi.
  • Laluan hadir ke sekolah - Pintu pagar B untuk murid yang hadir dengan ibu bapa, driver dan pengangkutan sekolah. Manakala, pagar A hanya untuk murid yang berjalan kaki dan menunggang basikal sahaja. Murid tidak dibenarkan masuk melalui pagar keluar masuk kenderaan guru.
  • Waktu rehat - Murid-murid diingatkan supaya sentiasa memastikan  meja makan sentiasa dalam keadaan bersih selepas selesai makan dan minum. Kemudian pinggan mangkuk yang telah digunakan sila letakkan di dalam besin yang disediakan oleh pihak kantin. 
  • Teguran berkaitan aktiviti kokurikulum- Segelintir murid tahun 5 didapati keluar dari kawasan sekolah sewaktu aktiviti kokurikulum dijalankan. Peringatan kepada murid-murid sekiranya berlaku kejadian ponteng aktiviti kokurikulum, murid-murid berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.
  • Teguran waktu balik - Murid yang duduk di laluan patriotik kerana balik lewat diingatkan sentiasa duduk dalam keadaan baik dan tertib. Hal ini kerana terdapat segelintir murid yang balik lewat bermain-main di laluan patriotik dan membuat bising di bahagian tepi tingkap bilik guru bawah seperti membuka tingkap bilik guru dan menjerit dengan kuat. Terutama murid tahun 6 dinasihatkan agar tidak melakukan perbuatan seperti itu lagi.


Perkataan Lawad :
  1. Bahasa Melayu : Menatang/tatang- membawa sesuatu di atas tangan.
  2. Bahasa Inggeris : Accomplishment - pencapaian
  3. Bahasa Arab      : Mudirotun- guru besar

Tema : Budaya 5S

 S - Senyum
 S - Salam
 S - Sapa
 S - Sopan
 S - Santun



Lain - lain Pengumuman :




  •  Puan Arnny Yusnita Binti Md Enarji (Guru Perpustakaan dan Media) 
- Tabung 10 sen sudah mula dijalanka.
- Murid perlu pulangkan semula buku yang telah dipinjam mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Pelaksanaan Program Fokus 10 minit setiap hari selasa masa waktu kedua.
- Murid-murid digalakkan setahun 44 buah buku bacaan dimasukkan di dalam buku nilam dan Ains.
- Pelaksanaan Program 10 Minit membaca pada setiap hari khamis masa kesembilan selepas waktu
  rehat tahun 6. 




  • Puan Fauziah Binti Salehoddin ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum
- Menegaskan berkaitan disiplin murid. Murid-murid perlu mengikuti peraturan sekolah yang telah
  dinyatakan sebelum ini oleh guru disiplin. Jangan mengulangi kesalahan yang sama terutama ketika
  perhimpunan dijalankan, murid-murid perlu fokus dan mendengar segala arahan dan maklumat yang
  diberikan dengan baik serta tidak bercakap atau berbuat bising sepanjang majlis perhimpunan
  berlangsung.
- Peringatan berkaitan dengan kebersihan kelas. Murid-murid perlu mengikuti jadual kebersihan kelas
  yang telah dibuat dan ditetapkan oleh guru kelas masing-masing. Pastikan kelas sentiasa dalam
  keadaan bersih. Jalankan tugas sekiranya bertugas pada hari tersebut dengan membersihkan kelas
  sebelum guru mata pelajaran masuk ke kelas pada waktu pertama.
- Amaran kepada murid-murid yang sengaja tidak hadir aktiviti kokurikulum, ia dikira sebagai ponteng.
  Murid yang ponteng aktiviti kokurikulum akan dikenakan tindakan disiplin.
- Makluman pada minggu hadapan akan diadakan sukantara dan latihan sukan. Murid-murid harus
  mengikut arahan guru dengan baik untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti
  kecederaan dan lain-lain yang membahayakan keselamatan diri murid-murid.
- Murid-murid perlu membawa buku tulis dan buku aktiviti mengikut jadual kelas yang sedia ada.
  Terdapat segelintir murid yang masih tidak membawa buku dan buku tulisnya masih kosong kerana
  tidak melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran di
  dalam kelas. 


Pergerakan Murid-Murid Sepanjang Minggu Ke-7 :


  • Kehadiran Murid Pada Waktu Pagi 

Pagar A Pada Waktu Pagi


Gate B Pada Waktu Pagi


  • Waktu Rehat Tahap 2


Waktu Rehat Tahun 4 dan 5



Waktu Rehat Tahun 6


  • Pergerakan Murid Waktu Balik


Suasana Pagar A Waktu Balik


Pagar B Waktu Balik

Tangga UUM Waktu Balik

Tangga UTM Waktu Balik


Murid dari Tangga UKM Waktu Balik


Laluan Patriotik Waktu Balik





Disediakan oleh : Mawaddah Binti Kamarulzaman

No comments:

Post a Comment