... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, September 5, 2024

KURSUS ASAS KAWAD KAKI 2024/2025

 KURSUS ASAS KAWAD KAKI 2024/2025


Tarikh             : 4 SEPTEMBER 2024 

HARI              : RABU

SIMULASI     : 12.50 HINGGA 2.00 PETANG 

LATIHAN       : 2.00 HINGGA 3.00 PETANG

TEMPAT         : SK TAMAN PUTRA PERDANA

ANJURAN      : PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) ,

                           UNIT KOKURIKULUM, SK TAMAN PUTRA PERDANA.



Kursus Asas Kawad Kaki Unit Beruniform dimulakan dengan kata - kata aluan oleh Pengacara Majlis
Cikgu Nurliza binti Abdul Rahman. Kursus di mulakan dengan  bacaan doa dan Surah Al-fatihah oleh
Ustaz Zurilazman bin Abdullah .


Doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah 


Doa di aminkan oleh peserta kursus.

Acara bermula dengan perbarisan masuk peserta kawad kaki  yang terdiri dari 6 orang wakil dari setiap
peserta Unit Beruniform iaitu PPT, BSMM , PPIM, TKRS dan Pengakap. Ketua Komandan kursus
Kawad kaki diketuai oleh  Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif.


Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif 


Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)


Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)


Pengakap 


Pandu Puteri Tunas  (PPT)


Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)


Simulasi kawad kaki 


Pn Fauziah binti Solahoddin PK Kokurikulum dan 
Penyelaras Unit Beruniform Cikgu Rusmizawati


Murid SKTPP menyaksikan simulasi kawad kaki.


                                                                  Peserta Kawad kaki

Selesai simulasi kawad kaki semua murid berkumpul mengikut Unit Beruniform masing- masing untukmengadakan latihan kawad bagi pemilihan pertandingan kawad kaki yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti.


Latihan Kawad dimulakan pada pukul 2.00 petang mengikut unit.


Kursus Kawad Kaki selesai pada pukul 3.00 petang.


Kesimpulannya moga ilmu yang dikongsikan oleh guru-guru penasihat dapat di gunakan dalam
pertandingan kawad kaki nanti. Terima kasih semua.



TAHNIAH PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)...

      Ustazah Salina binti Hashim
           Jawatankuasa Blog.











Wednesday, September 4, 2024

KEM LITERASI JAWI TAHUN 6 2024/2025

                                     KEM LITERASI JAWI TAHUN 6 2024

TARIKH        :  24 OGOS 2024

HARI             :  SABTU

MASA            : 7.30 PAGI - 12.00 TGHARI

TEMPAT        : SK TAMAN PUTRA PERDANA

SASARAN     : MURID TAHUN 6  SERAMAI 38 ORANG.  

ANJURAN     : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM.



PENDAFTARAN KEM LITERASI JAWI DAN KEM CEMERLANG JAWI



AJK PENDAFTARAN  KEM LITERASI JAWI 


Program bermula dengan sesi taklimat oleh Penyelaras Program Kem Literasi Jawi iaitu Ustazah Salina binti 

Hashim. Murid di bahagikan kepada 3 kumpulan bersama 2 fasilitator bagi setiap kumpulan.


PENYELARAS USTAZAH SALINA BINTI HASHIM 


Kumpulan 1 : Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif 


Kumpulan 1 : Ustazah Nor Hanim binti Ismail

Ketua Panitia Pendidikan Islam.


Kumpulan 2 : Ustazah Mas Ayu binti Ariffin


Kumpulan 2 : Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib


BARISAN USTAZ DAN USTAZAH SEBAGAI FASILITATOR PROGRAM.


Kumpulan 3 : Ustazah Safinatunajakh binti Mat Som




Kumpulan 3 : Ustazah Salina binti Hashim



                            Bahan bantu yang disediakan sepanjang Kem Literasi Jawi Tahun 6



Bahan bantu mengajar (BBM)


Makanan murid disediakan.


Rehat 10.00-10.30 pagi.


        Kem Literasi Jawi Tahun 6  tamat pada pukul 12.00 tengah hari.Diharapkan semua murid dapat   menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru menggunakan modul yang disediakan.


من جد وجد

 TERIMA KASIH SEMUA.



                     LAPORAN KEJOHANAN KRIKET MSSS SELANGOR 2024

    Pada 29 Julai - 2 Ogos 2024 yang lalu, telah berlangsung Kejohanan Kriket MSSS Selangor tahun 2024. SK Methodist telah diamanahkan selaku tuan rumah bagi kejohanan ini. Untuk kali ini, seramai 7 orang pemain SKTPP Rangers telah berjaya melepasi sesi pemilihan pemain dan telah mewakili Sepang untuk persaingan merebut gelaran Johan di peringkat negeri Selangor.







Dalam kejohanan ini, Pasukan Kriker Sepang yang terdiri daripada gabungan pemain dari beberapa buah sekolah seluruh Sepang telah diundi dalam kumpulan B bersama Pasukan Daerah Hulu Langat dan Kuala Selangor. Pada perlawanan di peringkat kumpulan, Pasukan Sepang berjaya menundukkan Pasukan Daerah Hulu Langat dengan kelebihan 78 larian. Pasukan Sepang meneruskan rentak cemerlang di perlawanan kedua peringkat kumpulan dengan menewaskan Pasukan dari Kuala Selangor dengan kelebihan 32 larian.

Kelebihan 2 kemenangan berturut-turut yang diraih oleh Pasukan Kriket Sepang telah berjaya melayakkan pasukan ke peringkat CUP dan akan menentang Juara dari Kumpulan A dan C yang terdiri daripada Pasukan Kriket Kuala Langat dan Klang.

Pada perlawanan pertama kategori CUP, Pasukan kriket Sepang dikejutkan oleh Pasukan Kriket Kuala Langat yang telah mencetak larian yang begitu tinggi iaitu sebanyak 206 larian dengan hanya 2 jatuhan wicket. Pasukan Kriket Sepang cuba sedaya upaya mengejar namun terpaksa akur dengan kehebatan pasukan kriket Kuala Langat.

Kekalahan yang dialami amatlah dirasai oleh semua pemain. Selepas post mortem dan motivasi diberikan , pemain kembali bersemangat untuk menempuh perlawanan terakhir bagi merebut tempat kedua selaku Naib Johan CUP.

Berbekalkan semangat juang yang tinggi, Pasukan Kriket Sepang turun dengan kesebelasan terbaik dan melawan habis habisan menentang Pasukan Kriket Klang. Bermain dengan baik sepanjang perlawanan membuahkan hasil. Pasukan Kriket Sepang berjaya menamatkan perlawanan dengan kelebihan 5 larian dan berjaya merangkul Naib Johan CUP pada tahun ini.

Sekalung penghargaan dan syabas kepada semua pemain yang berjuang dalam memartabatkan kriket Sepang. Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir yang turun padang, para jurulatih dan PSG yang sentiasa mendokong sukan kriket sehingga mencapai kejayaan yang amat membanggakan.

Berikut ialah rangkuman bergambar sepanjang kejohanan berlangsung.




































Semoga berjumpa lagi di edisi yang akan datang. Tahniah juga diucapkan kepada 5 pemain yang terpilih untuk ke pemilihan bagi mewakili Selangor ke Peringkat MSSM. Semoga kejayaan mengiringi kalian.

oooo..1 2 3 Sepang Rangers!!!!


Disediakan oleh ;

Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh

Guru Penasihat kriket SKTPP