... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, September 4, 2024

KEJOHANAN KRIKET MSSD SEPANG 2024


Pada 17-18 Julai 2024 telah berlangsung Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun MSSD Sepang tahun 2024. SMK Sungai Rawang  dan SK Sungai Rawang telah dilantik sebagai pengelola bersama. SKTPP telah menghantar satu pasukan seramai 15 pemain yang cukup berpengalaman bagi menggalas cabaran sekolah di peringkat  MSSD Sepang.

Senarai pemain adalah seperti berikut :


Dalam kejohanan ini, SKTPP Rangers diundi bersama SK Kota Warisan, SK Klia dan SK Sungai Rawang. Kesemua perlawanan di menangi oleh SKTPP Rangers dan melayakkan  pasukan ke perlawanan separuh akhir. Di perlawanan separuh akhir, SKTPP Rangers turut meraih kemenangan dan bakal bertemu Juara separuh akhir iaitu pasukan dari SK Sungai Rawang yang memenangi perlawanan dengan SK Jenderam. Kecemerlangan pemain menunjukkan bakat dan semangat juang yang tinggi pada perlawanan AKHIR  memastikan SKTPP Rangers menang bergaya dan merangkul JOHAN di peringkat MSSD Sepang pada tahun ini.

Lebih membanggakan lagi, seramai 3 pemain dari SKTPP Rangers terpilih sebagai pemain terbaik all rounders, best wicket keeper dan best bowler. Seramai 7 pemain telah terpilih untuk mewakili Sepang ke peringkat MSSS yang dijadualkan berlansung pada 29 Julai - 2 Ogos 2024.

Berikut adalah rangkuman perjalanan pasukan kriket SKTPP Rangers di peringkat MSSD. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya pihak sekolah yang memberi sokongan padu dan juga para jurulatih serta kelab Sepang Rangers.

                                              Pemain bersedia untuk perlawanan
                               Jurulatih memberi arahan dan motivasi diluar padang
                                  Pemain terbaik keseluruhan - Putra Arryan Arshad
                                          Pelapis SKTPP Rangers di masa hadapan
                           Barisan guru pengiring ; Cik Azlinda dan Pn. Norazian
                                                    Sesi water break dan rehat
                             Ketua pasukan bersama dengan pengadil perlawanan
                                         Half century batsman - Adib Nur Ashraf

                                           Best wicket keeper - Shafiq Syahmi
                                                                Johan MSSD Sepang !!!!
                                                                Majlis penutup kejohanan










Semoga berjumpa lagi di edisi yang akan datang. 1.2.3...ooooo S K T P P!!!


Disediakan oleh ;

Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh

Jurulatih Kriket SKTPP


No comments:

Post a Comment