... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, December 14, 2024

Majlis Graduasi Pra Sekolah dan Tahun 6 2024. "Seikhlas Kasih Seindah Memori"

  Alhamdulillah,segala pujian bagi Allah yang telah melancarkan Majlis Graduasi Pra Sekolah kali ke-15 dan Tahun 6 kali ke-13. Hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah buat murid-murid pra sekolah dan murid tahun 6 yang akan menamatkan pra persekolahan dan alam sekolah rendah. Seluruh warga SKTPP bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, majlis graduasi yang diketuai oleh Puan Jamilah selaku penyelaras dapat dijalankan dengan sempurna. Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid tahun 6 dan pra sekolah yang telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran di Sekolah Taman Putra Perdana bagi tahun 2024. 

      Kohort murid tahun 6 pada tahun ini adalah perisian komputer yang terdiri daripada kelas Android, Debian, Fedora, Mandriva, Nitrux, Oracle, Solaris, Unix dan Windows. Pelbagai kenangan,perit jerih dan pahit manis yang telah dirasai oleh murid-murid sepanjang menelusuri alam awal persekolahan ini,  telah dapat membentuk dan menjadikan mereka cekal dan bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya. 

    Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu, pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid perlu diberi penghargaan. Akhir kata, semoga ilmu dan kenangan ini dapat menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar  cita-cita.  

Perisian komputer menjadi utama, 
Peranti dicipta umpama teman;
Menyimpan data sekian lama,
Teknologi canggih mengikut zaman. 


Pautan Buku Program. Sila klik  pautan di bawah. 

BUKU PROGRAM MAJLIS GRADUASI 2024

Berikut merupakan memori yang sempat di rakam sepanjang majlis berlangsung. 

 

 















 






Video disediakan oleh : 

Puan Nur Malisha Binti Omar

Laporan disediakan oleh :

Nornadzirah Binti Abd Rahim 

Norazmira binti Kadirun 

No comments:

Post a Comment