Showing posts with label Nabil. Show all posts
Showing posts with label Nabil. Show all posts
Sunday, August 11, 2019
Selamat Pulang Nabil
Skuad B-15 kebangsaan kendalian P. Maniam selamat kembali ke tanahair selepas muncul Johan Kejuaraan AFF B-15 2019 dengan menewaskan pasukan tuan rumah, Thailand 2-1 pada aksi final di Chonbury Jumaat lepas. Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah bt. Mohd Ali serta PK HEM SKTPP; Pn. Rosmah bt. Jamat telah turut sama dengan keluarga pemain dan para pegawai FAM menyambut kepulangan wira-wira muda termasuk mantan murid hebat SKTPP; Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin. Tahniah Nabil dan rakan-rakan sepasukan, jurulatih dan para pegawai team Malaysia.
Alhamdulillah kami dapat berjumpa dan bergambar dengan Nabil serta ibu bapa dan keluarganya bersama kibaran bendera sekolah, Negeri Selangor dan Jalur Gemilang dengan bangga sekali. Well done Malaysia! Congratz!
Alhamdulillah kami dapat berjumpa dan bergambar dengan Nabil serta ibu bapa dan keluarganya bersama kibaran bendera sekolah, Negeri Selangor dan Jalur Gemilang dengan bangga sekali. Well done Malaysia! Congratz!
Gambar kami keluar di page FAM
Thursday, August 8, 2019
Nabil Hero AFF U15 2019 - Tahniah!
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia atas kejayaan menjadi Juara Kejohanan AFF U15 2019. Tahniah dan sekalung penghargaan buat Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin, bekas murid SKTPP kerana telah menjadi wira yang telah menjaringkan gol kemenangan Malaysia ke atas Thailand tadi. Kami sangat berbangga dengan pencapaian cemerlang Nabil.. Tahniah dan syabas Nabil! Semoga Nabil akan terus sukses pada masa depan dan mengharumkan nama negara di arena bola sepak antarabangsa.. aamiin..
Tahniah Nabil, ayah Nabil; En. Zainuddn serta ibu Nabil; Pn. Norafza Mansor. Kegembiraan sebuah keluarga yg hebat!
Lagi laporan Pusingan Awal & Separuh Akhir AFF U15 serta kehebatan Nabil di sini.
Wednesday, August 7, 2019
Kehebatan Nabil
Berkongsi sejarah dan cerita kehebatan mantan anak murid SKTPP; Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin. Tahniah buat Nabil & ibu bapanya! Semoga terus berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang bola sepak. Terdahulu Nabil juga adalah pemegang pingat Emas 4 x 100m & 4 x 200m MSSM 2016... Guru-guru & warga SKTPP amat berbangga dengan pencapaian Nabil. Syabas!!
Jom tengok video sepakan pasukan Harimau Malaya U15 semasa perlawanan menentang Australia pada 1 Ogos 2019...
Jom tengok video sepakan skuad Bawah 15 tahun negara menentang Vietnam di pusingan semi final (7 Ogos 2019)...
Tahniah Malaysia! Tahniah Nabil!
Semoga berjaya di perlawanan akhir Jumaat ini (9 Ogos 2019)
Nabil membaca ikrar semasa Kejohanan Sukan Tahunan SKTPP 2016
Meraikan kejayaan Emas 4 x 100m MSSM 2016
Diraikan oleh KPPD Sepang; Tn. Hj. Khairi bin Bidin bersama pegawai-pegawai PPD Sepang
Diraikan di sekolah selepas kejayaan mendapat Emas 4 x 100m & 4 x 200m MSSM 2016
Bersama ibu bapa Nabil yang hebat
Bersama rakan-rakan seperjuangan
Diraikan selepas membantu team daerah Sepang mendapat Tempat Ketiga dalam Kejohanan Bola Sepak MSSS 2016 - Kami Benci Dadah 👎👎👎
GB & PK Koku SKTPP bersama ibu bapa Nabil semasa perlawanan bola sepak MSSS
Semasa pelancaran & penyerahan jersi pasukan Selangor ke MSSM 2016
Pasukan bola sepak negeri Selangor yang ceria
Diraikan oleh pihak sekolah selepas membantu Selangor mendapat Tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak MSSM 2016
Menerima anugerah drp YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar semasa Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum SKTPP 2016
Menerima Anugerah Kesatria semasa Hari Anugerah Cemerlang SKTPP 2016
Bermain bolasepak di Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang sejak 2017 hingga kini
Pemain terbaik di Internationales Pfingstturnier U14, German
Pemain terbaik di Vogido U14 Tournament, Belanda
Kejohanan di Hongkong pd 2019
U14 di France
U14 di Buriram, Thailand
Jom tengok video sepakan pasukan Harimau Malaya U15 semasa perlawanan menentang Australia pada 1 Ogos 2019...
Malaysia vs Vietnam di pusingan separuh akhir U15 AFF Championship
Tahniah Malaysia! Tahniah Nabil!
Semoga berjaya di perlawanan akhir Jumaat ini (9 Ogos 2019)
Subscribe to:
Posts (Atom)