... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Teknik Menjawab. Show all posts
Showing posts with label Teknik Menjawab. Show all posts

Saturday, April 14, 2018

Teknik Menjawab Kertas UPSR Bahasa Inggeris Penulisan

Tarikh     :  14 April 2018
Tempat   :  Bilik Mesyuarat (Terminal Muafakat)
Masa      :  8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Pada tanggal 14 April 2018, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, Panitia Bahasa Inggeris SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Program Teknik Menjawab UPSR bagi Bahasa Inggeris Kertas 2 (Penulisan).  Objektif utama teknik menjawab ini ialah untuk meningkatkan lagi kefahaman dan memberi pendedahan teknik sebenar menjawab soalan UPSR bagi subjek ini.

     Sasaran utama program ini ialah calon-calon UPSR 2018 yang akan menduduki peperiksaan pada September ini.  Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 yang terdiri daripada murid-murid kelas Surgeri, Respiratori, Radiologi dan Pediatrik manakala Kumpulan 2 terdiri daripada murid-murid kelas Patologi, Ortopedik, Obstetrik, Kardiologi, Hematologi dan Anestesiologi.  

     Penceramah luar, Puan Felicia Gatun telah dijemput untuk menjayakan program ini. Beliau berpengalaman mengajar selama 5 tahun dan merupakan penanda kertas 2 Bahasa Inggeris.

      Semoga program teknik menjawab yang telah dilaksanakan pada hari ini dapat mencapai objektifnya serta berjaya memberi manfaat kepada semua calon UPSR dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian UPSR 2018.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung :


Teknik menjawab disampaikan oleh Puan Felicia Gatun
Suasana di bilik mesyuarat
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Murid mencatat maklumat penting
Murid memberi sepenuh perhatian
Ketua Panitia BI menyerahkan cenderamata kepada Puan Felicia 

Saturday, March 10, 2012

TEKNIK MENJAWAB UPSR - FASA 1

10 Mac 2012- Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru-guru tahun 6 SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program Teknik Menjawab Soalan UPSR Fasa 1. Pada hari ini, penyampaian teknik-teknik menjawab bagi 2 mata pelajaran telah berjaya dilaksanakan iaitu subjek Bahasa Melayu dan Sains.

Kehadiran murid pada hari ini adalah 200/278 mewakili 72% keseluruhan kehadiran.  Turut hadir dalam program ini adalah guru-guru Bahasa Melayu dan Sains tahap 2.  Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.45 tengah hari.

Penceramah jemputan ialah En Mohd Pauzi bin Ab Raof dari SK Syeksen 7 Bangi untuk subjek Bahasa Melayu  dan En Mohd Johari Mohd Sahak dari SK Jln U3 Subang Perdana untuk subjek Sains.

Untuk subjek Bahasa Inggeris dan Matematik, akan dijalankan pada 13 Mac 2012.

Gambar-gambar semasa program dijalankan:


Pendaftaran murid seawal 7.30 pagi

Bacaan doa drpd wakil murid

Murid di Bilik Mesyuarat khusyuk mendengar tip-tip peperiksaan

berdoa sebelum memulakan sesi penyerapan ilmu

Penceramah subjek Sains- En Mohd Johari

Penceramah Subjek Bahasa Melayu - En Mohd Pauzi

Puan Nurliza selaku juruacara sesi BM

Puan Azila selaku juruacara sesi Sains

murid dan guru memberi tumpuan semasa sesi ceramah.

untuk lebih paparan gambar, sila klik di sini

Semoga usaha ini dapat memberi pendedahan awal kepada murid tentang teknik menjawab UPSR.  Doakan kejayaan menjadi milik murid-murid SKTPP.