... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, February 9, 2011

PROGRAM KEPIMPINAN KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS 2011

Satu program Kepimpinan Ketua & Penolong Ketua Kelas telah dirancang khas bagi memberi pendedahan kepada peserta dan ianya juga sebagai satu usaha untuk melahirkan barisan pemimpin yang berketrampilan di dalam sesebuah kelas.

Program ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

TARIKH : 12 FEBRUARI 2011 (Sabtu)
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 12.00 TGH
TEMPAT : SK TAMAN PUTRA PERDANA
SASARAN : SEMUA KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS SKTPP

Makluman kepada ibubapa/penjaga/murid:

  • Murid-murid perlu hadiri program dengan berpakaian seragam sekolah dan dalam keadaan kemas.
  • Sila bawa buku catatan dan alat tulis

Sekian. Harap maklum

Tuesday, February 8, 2011

Visi dan Misi Sekolah

Visi dan Misi telah ditukar kepada yang baru mulai 23 April 2010 iaitu tarikh akhir memasukkan maklumat NKRA.

VISI: Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Melahirkan insan yang berilmu, seimbang dan harmonis.

MISI: Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti.

Dasar Kualiti: Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana bertekad untuk memastikan sistem pengurusan perkhidmatan pendidikan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti bagi memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan. Proses ini melibatkan kerja sepasukan, kajian semula pengurusan dan proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

Monday, February 7, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN MINGGU KE 6 (SESI PETANG)

Laporan Perhimpunan Rasmi Hari Isnin Minggu Ke-6 (Sesi Petang)

Hari: Isnin
Tarikh: 7 Febuari 2011
Masa: 6.10 pm - 6.40 pm
Guru Bertugas:
1. Pn Arnny Yusnita
2. Pn Arzah
3. Pn Aznita
4. Pn Norlida
5. Pn Suzelawati
6. En Rusydan

Laporan/Ulasan:
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Muhd Firdaus Fauzan dari 3 Nyatoh.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Arzah.
4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Aniq Iqbal dari 3 Seraya.

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: (Pn Azian)
5.1 Beliau mengingatkan murid-murid agar sentiasa menghormati dan mempraktikkan tata susila yang baik semasa bertemu dengan guru-guru.
5.2. Murid-murid hendaklah menjaga disiplin diri semasa berada di dalam kelas dan jangan membuat bising.

6. Ucapan Guru Bertugas: (Pn Arzah)
6.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.
6.2 Beliau memperkenalkan tema bagi minggu ini: Sayangi Diri dan Keluarga Anda.
6.3 Beliau menyarankan 3 perkara:
1. Menjaga kebersihan diri.
2. Memastikan murid-murid mengambil makanan berkhasiat terutama di waktu pagi dan menjauhkan diri dari makanan dan minuman ringan yang boleh menjejaskan kesihatan.
3. Memastikan keselamatan diri semasa pergi dan pulang dari sekolah.

7. Ucapan Guru Disiplin: (Pn Yani)
7.1 Murid-murid diingatkan tentang penggunaan pintu pagar A dan B. Pintu pagar A (besar) untuk kegunaan guru-guru dan kakitangan sekolah. Manakala pintu pagar A (kecil) untuk pejalan kaki dan murid-murid yang menunggang basikal. Pintu pagar B untuk murid-murid yang menaiki kenderaan.
7.2 Murid-murid dinasihatkan agar datang ke sekolah sebelum 1.10 pm (Isnin-Khamis), dan 2.20 pm pada hari Jumaat.

8. Perkataan LAWAD pada hari ini:
1. Bahasa Melayu: Mengundang bermaksud mempersilakan datang.
2. Bahasa Inggeris: Green bermaksud hijau.
3. Bahasa Arab: Maqsifun bermaksud Koperasi.

9. Ucapan Guru Penolong Kanan: (Pn Siti Hanim bt Sungit)
9.1 Beliau menasihati murid-murid agar sentiasa mengingati matlamat mereka datang ke sekolah. Murid-murid hendaklah mempraktikkan ilmu pengetahuan yang di timba dari guru- guru.
9.2 Penggunaan jadual waktu terkini berkuatkuasa pada 8 Febuari 2011. Jadual waktu kelas telah diagihkan oleh guru kelas.
9.3 Memaklumkan tentang program kitar semula: untuk dan Program Keceriaan Kelas. Beliau meminta jasa baik murid-murid untuk membawa barangan kitar semula ke sekolah pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Pihak sekolah telah menyediakan tong kitar semula berwarna oren berhampiran kantin.

Isnin , 7 Febuari 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN MINGGU KE-6
Hari : ISNIN
Tarikh : 7 Feb 2011
Masa : 7.30 pagi – 8.00 pagi
Guru Bertugas :
1. Pn. Mazzaini bt Muda
2. Pn Noriza Md Nor
3. Pn Saadiah Busrah
4. Pn Siti Mahfudzah
5. En. Muhammad Zainuddin
6. En. Mohd Kamarul Ghani
7. Pn. Norli Hassan

Laporan/Ulasan:
Perhimpunan dapat dijalankan di tapak perhimpunan dengan lancar.
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Amirul Naim dari 6 Alamanda
3. Ikrar Rukun Negara oleh Pn Mazzaini Muda.
4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Muhammad Hafiz dari kelas 6 Daisy

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :( Pn. Nik Kamisah)
5.1 Syabas diucapkan kepada semua murid kerana disiplin dalam keadaan baik dan terkawal.
5.2 Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang hadir ke sekolah selepas cuti Tahun Baru Cina.
5.3 Beliau mengingatkan murid -murid untuk memastikan kipas dan lampu ditutup semasa mereka meninggalkan bilik darjah: rehat, balik atau ke bilik khas.

6. Ucapan Guru Bertugas : (Pn Mazzaini Muda)
6.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini.
6.2 Beliau memperkenalkan tema bagi minggu ini iaitu: SAYANGI DIRI DAN KELUARGA ANDA.
6.3 Beliau menyarankan tiga perkara kepada murid-murid iaitu:
1. Menjaga kebersihan diri.
2. Memastikan murid -murid mengambil makanan berkhasiat terutama di waktu pagi sebelum hadir ke sekolah.
3. Memastikan keselamatan diri semasa datang dan pulang dari sekolah.

7. Ucapan guru displin.(Pn. Zaleha)
7.1 Murid perlu berada di Dewan Perdana semasa pagi iaitu sebelum 7.20 pagi @ bersarapan di kantin.
7.2 Menegur- masih ada murid datang lewat- sila urus masa dengan baik.
7.3 Selepas rehat, sila berbaris dengan baik di dewan yang ditetapkan.
7.4 Sila berbaris dengan teratur ke bilik-bilik khas.

7. Perkataan LAWAD hari ini :
1. Bahasa Malaysia : MENGUNDANG bermaksud MEMPERSILAKAN DATANG
2. Bahasa Inggeris : GREEN bermaksud HIJAU
3. Bahasa Arab : MAKSIFUN bermaksud KOPERASI.

8.Ucapan Guru Penolong Kanan(Pn. Siti Habsah)
1- Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menguruskan murid bagi melancarkan perhimpunan hari ini.
2- Menegur murid-murid yang tidak berdisplin semasa waktu rehat. Meminta guru-guru dan pengawas memantau murid-murid ini.
3- Jadual waktu terkini bermula esok iaitu 8 Febuari 2011. Sila tampal jadual ke dalam buku komunikasi.
4- Memaklumkan tentang program kitar semula: untuk dana Program Kecerian Kelas:
- Beliau meminta jasa baik murid-murid untuk membawa barangan kitar semula ke sekolah pada hari Rabu, Khamis, dan Jumaat. Kumpulkan di sudut berhampiran surau.
5- Pihak sekolah telah menyediakan tong kitar semula bewarna oren di kantin. Sila gunakan dengan wajar untuk botol dan kotak minuman.

Wednesday, February 2, 2011

Salam Perpisahan,Terima Kasih dan Selamat Berjaya

Pada 1 Feb 2011 jam 5.40 petang telah diadakan perhimpunan tidak rasmi bagi meraikan guru-guru yang akan berpindah sekolah. Guru-guru tersebut En. Ezol Fitri, Pn. Suriani dan Pn. Siti Baizura. Selamat berjaya dan salam perpisahan...sayonara..Berikut ialah suasana yang dapat dirakamkan sebagai kenangan.

Yang diraikan En. Ezol, Pn. Suriani dan Pn. Siti Baizura


Murid-murid turut meraikan guru-guru yang berpisah

Ucapan aluan daripada Pn. Siti Hanim

Ucapan aluan En. Ezol wakil guru yang berpindah



Rakan-rakan sekerja hadir meraikan rakan yang akan berpindah



Nyanyian lagu kenang-kenangan daripada guru-guru sesi petang



Tuesday, February 1, 2011

Pertukaran KPT dan PT

Terima Kasih
NORAINI BINTI JAMALUDIN
(Ketua Pembantu Tadbir)
AMELIA BINTI GHANI
(Pembantu Tadbir)

Selamat Datang
HALINA BINTI JOHARI
(Ketua Pembantu Tadbir)

MAISARAH BINTI A HAMID
(Pembantu Tadbir)

Lawatan Sambil Belajar oleh Bangkok Thonburi University

Pada 11 Februari 2011 (Jumaat) minggu hadapan, sekolah akan menerima kunjungan 56 pelajar program Sarjana Pendidikan dari Kampus Nongkai Universiti Bangkok Thonburi.  Mereka dijangka tiba pada pukul 10 pagi.

Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Berikutan pemansuhan program PPSMI (ETeMS) maka Kementerian Pelajaran telah menggubal dasar MBMMBI bagi memastikan anak-anak didik di sekolah terus menguasai Bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Melayu. Lantaran itu maka banyak perkara perlu diambil tindakan agar ia selari dengan dasar tersebut. Di antaranya ialah dengan memastikan setiap sekolah mempunyai guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang mencukupi agar setiap murid mendapat didikan daripada guru opsyen mata pelajaran tersebut. Berdasarkan data guru di setiap sekolah, didapati sesetengah sekolah mempunyai lebihan opsyen kedua-dua mata pelajaran ini sementara di sekolah yang lain pula ketiadaan atau kekurangan guru opsyen tersebut.



Sehubungan itu, dalam usaha untuk memastikan setiap sekolah mempunyai guru opsyen BM dan BI yang mencukupi maka proses penempatan semula (redeployment) dilakukan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Akhir tahun lepas telah berlaku proses tersebut kali pertama yang mana ramai guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris digerakkan pada 1 Disember 2010. Memandangkan akaun kewangan ditutup pada 15 Disember, maka tarikh tersebut dipilih bagi membolehkan guru terlibat dapat membuat tuntutan perpindahan dalam tahun kewangan yang sama. Fasa kedua pergerakan guru bagi daerah Sepang dibuat pada 1 Februari berikutan berlakunya pertambahan dan pengurangan ketara bilangan murid di sesebuah sekolah sepanjang bulan Januari 2011.

Di sekolah kita sebenarnya mengalami kekurangan guru beropsyen Bahasa Melayu. Selama ini guru beropsyen lain seperti opsyen Matematik dan Kemahiran Hidup membantu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu sewaktu proses redeployment dalam fasa pertama, ramai guru Bahasa Melayu dari sekolah lain ditukar masuk ke sini bagi menampung kekurangan tersebut. Berikutan dasar MBMMBI yang mewajibkan guru beropsyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengajar mata pelajaran tersebut, maka mulai tahun 2011 kebanyakan kelas sudahpun mendapat guru opsyen sebenar mengajar kedua-dua mata pelajaran tersebut. Dalam fasa kedua proses redeployment, SKTPP mempunyai lebihan guru beropsyen Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Arab maka mereka perlu bertukar ke sekolah yang memerlukan khidmat mereka.

Selain daripada memastikan setiap murid diajar oleh guru beropsyen BM dan BI, program MBMMBI ini juga memperkenalkan program Penutur Jati bagi membantu guru-guru Bahasa Inggeris meningkatkan lagi mutu p&p mereka.

Terima Kasih

Noorjhan bt. Kader Ibrahim

Suriani bt. Ibrahim

Ezol Fitri b. Ahmad Muniran

Nurul Nadiah bt. Hashim

Siti Baizura bt. Saarani
Berikutan pengecilan saiz bilangan kelas di sekolah ini, maka terdapat lebihan guru di sini. Sehubungan itu 5 orang guru berdasarkan lebihan opsyen di sekolah ini akan bertukar keluar mulai 1 Februari 2011. Mereka ialah
  1. Pn. Noorjhan bt. Kader Ibrahim (Opsyen Bahasa Inggeris) bertukar ke SK Taman Seroja
  2. En. Ezol Fitri b. Ahmad Muniran (Bahasa Inggeris) – SK Kampung Baharu Lanjut
  3. Pn. Nurul Nadiah bt. Hashim (Bahasa Arab) – SK Taman Putra Perdana 2
  4. Pn. Suriani bt. Ibrahim (Sains) – SK Taman Putra Perdana 2
  5. Pn. Siti Baizura bt. Saarani (Matematik) – SK Taman Putra Perdana 2
Sehubungan itu akan terdapat beberapa pergerakan kecil guru-guru secara dalaman seperti Pn. Visva Vilasini dan Pn. Azlina Mat Isa yang akan bertukar ke sesi petang mulai Isnin depan.  Pada hari Isnin tersebut juga semua murid akan mendapat jadual waktu baru yang akan berkuatkuasa digunakan mulai Selasa 8 Februari 2011.

Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada mereka atas sumbang bakti yang telah dicurahkan selama berkhidmat di sini.

Program Penutur Jati Bahasa Inggeris


Program Penutur Jati Bahasa Inggeris ini adalah merupakan salah satu program daripada di bawah Dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ia dilaksanakan untuk tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati. Bahagian yang bertanggungjawab di Kementerian Pelajaran mengendalikan program ini ialah Bahagian Perkembangan Kurikulum. Antara KPI yang ditetapkan ialah:
  1. Setiap guru dalam program ini akan menerima 75 jam input professional dalam bentuk latihan bersemuka, berpusatkan cluster atau zon
  2. Setiap guru dalam program ini akan dilawati oleh mentor (penutur jati) sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu
  3. Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sebanyak dua kali menggunakan instrument pemerhatian yang digubal bersama vendor dan KPM. Pemerhatian akan berfokuskan kepada:
    1. Penggunaan bahan p&p secara efektif
    2. Tahap dan kualiti penglibatan murid dalam bilik darjah
    3. Teknik penilaian dan pentaksiran
  4. Peningkatn penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru Bahasa Inggeris dengan menggunakan instrument yang digubal bersama KPM dan vendor
  5. Kuantiti dan kualiti bahan p&p Bahasa Inggeris yang dibina dalam bentuk cetak dan elektronik yang boleh digunapakai di dalam dan di luar bilik darjah
Di Selangor akan mempunyai seramai 33 penutur jati iaitu guru dari luar negara yang menjadi mentor kepada 165 buah sekolah. Setiap penutur jati (mentor) ini akan di tempatkan di sebuah sekolah nukleus dan setiap sebuah nukleus akan mempunyai 4 sekolah lain yang akan menggunakan khidmat mentor ini. Ini bermakna di Selangor akan mempunyai 33 buah sekolah nukleus.


Bagi daerah Sepang, terdapat 3 buah sekolah nukleus iaitu SK Cyberjaya, SK Tamn Pantai Sepang Putra dan SK KLIA. Sekolah kita, SK Taman Putra Perdana bersama-sama SK Dengkil, SJK (C) Sin Min dan SK Dato' Abu Bakar Baginda dikelompokkan di bawah SK Cyberjaya sebagai sekolah nukleusnya. Namun sehingga kini, mentor untuk sekolah nukleus SK Cyberjaya masih belum ada. Satu mesyuarat penyelarasan di PPD akan diadakan pada 7 Februari 2011.

Negeri Selangor diletakkan dalam zon Tengah dan syarikat (vendor) yang bertanggungjawab ialah SMR HR Group Sdn. Bhd. (telefon 0322799199, faksimili 0322799099) Orang perhubungan syarikat tersebut ialah En. Azaath Samsudeen (azaath@smrgroup.com)