Murid 2013

... SELAMAT MENDUDUKI UPSR BUAT MURID-MURID TAHUN 6 SKTPP... SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG...SELAMAT MENDUDUKI UPSR BUAT MURID-MURID TAHUN 6 SKTPP...SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG...SELAMAT MENDUDUKI UPSR BUAT MURID-MURID TAHUN 6 SKTPP...SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG...SELAMAT MENDUDUKI UPSR BUAT MURID-MURID TAHUN 6 SKTPP...SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG...SELAMAT MENDUDUKI UPSR BUAT MURID-MURID TAHUN 6 SKTPP...SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG...SELAMAT MENDUDUKI UPSR BUAT MURID-MURID TAHUN 6 SKTPP...SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG...

Tuesday, February 1, 2011

Program Penutur Jati Bahasa Inggeris


Program Penutur Jati Bahasa Inggeris ini adalah merupakan salah satu program daripada di bawah Dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ia dilaksanakan untuk tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati. Bahagian yang bertanggungjawab di Kementerian Pelajaran mengendalikan program ini ialah Bahagian Perkembangan Kurikulum. Antara KPI yang ditetapkan ialah:
  1. Setiap guru dalam program ini akan menerima 75 jam input professional dalam bentuk latihan bersemuka, berpusatkan cluster atau zon
  2. Setiap guru dalam program ini akan dilawati oleh mentor (penutur jati) sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu
  3. Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sebanyak dua kali menggunakan instrument pemerhatian yang digubal bersama vendor dan KPM. Pemerhatian akan berfokuskan kepada:
    1. Penggunaan bahan p&p secara efektif
    2. Tahap dan kualiti penglibatan murid dalam bilik darjah
    3. Teknik penilaian dan pentaksiran
  4. Peningkatn penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru Bahasa Inggeris dengan menggunakan instrument yang digubal bersama KPM dan vendor
  5. Kuantiti dan kualiti bahan p&p Bahasa Inggeris yang dibina dalam bentuk cetak dan elektronik yang boleh digunapakai di dalam dan di luar bilik darjah
Di Selangor akan mempunyai seramai 33 penutur jati iaitu guru dari luar negara yang menjadi mentor kepada 165 buah sekolah. Setiap penutur jati (mentor) ini akan di tempatkan di sebuah sekolah nukleus dan setiap sebuah nukleus akan mempunyai 4 sekolah lain yang akan menggunakan khidmat mentor ini. Ini bermakna di Selangor akan mempunyai 33 buah sekolah nukleus.


Bagi daerah Sepang, terdapat 3 buah sekolah nukleus iaitu SK Cyberjaya, SK Tamn Pantai Sepang Putra dan SK KLIA. Sekolah kita, SK Taman Putra Perdana bersama-sama SK Dengkil, SJK (C) Sin Min dan SK Dato' Abu Bakar Baginda dikelompokkan di bawah SK Cyberjaya sebagai sekolah nukleusnya. Namun sehingga kini, mentor untuk sekolah nukleus SK Cyberjaya masih belum ada. Satu mesyuarat penyelarasan di PPD akan diadakan pada 7 Februari 2011.

Negeri Selangor diletakkan dalam zon Tengah dan syarikat (vendor) yang bertanggungjawab ialah SMR HR Group Sdn. Bhd. (telefon 0322799199, faksimili 0322799099) Orang perhubungan syarikat tersebut ialah En. Azaath Samsudeen (azaath@smrgroup.com)

No comments:

Post a Comment