... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, October 4, 2012

PROGRAM MELANGKAH KE ALAM SEKOLAH MENENGAH

TARIKH : Khamis-4 oktober 2012
MASA : 8.30 pagi-10.30 pagi
TEMPAT : Dewan Perdana,SK Taman Putra Perdana
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama semua guru Tahun 6


LATAR BELAKANG :
Program Motivasi Alam Menengah 2012 diadakan untuk memberi pendedahan dan persediaan kepada murid tentang alam menengah. Program ini bertujuan untuk melahirkan barisan murid yang mempunyai hala tuju, berwibawa dan berketrampilan dalam menentukan matlamat hidup pada masa akan datang.

OBJEKTIF PROGRAM :
Objektif program adalah seperti berikut:

  • Memberi pendedahan berkaitan pembelajaran dan budaya pelajar  di sekolah menengah
  • Menetapkan matlamat dan hala tuju pelajar untuk mencapai cita-cita pada masa akan     datang
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai wawasan dan cita-cita yang jelas
  • Menanam sifat tegas dan yakin dalam diri pelajar
  • Menaikkan semangat daya saing untuk menempatkan diri di sekolah berasrama penuh

SASARAN PROGRAM :
Untuk program pada kali ini, sasaran peserta program adalah seramai 274 orang murid Tahun 6.

ATUR CARA PROGRAM :

MASA
AGENDA

7.30 pagi

Ø Guru mengambil kehadiran murid
Ø Murid-murid berkumpul di Dewan Perdana


8.30 pagi -10.30 pagi


Ø Ceramah
(Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah)

10.30 pagi

Ø Rehat/Bersurai



RINGKASAN PROGRAM
:
Program Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah telah bermula pada pukul 8.30 pagi seperti yang dirancang. Seramai 163 orang murid tahun 6 yang hadir untuk menjayakan program ini. Program dimulakan  dengan bacaan doa oleh Ustaz Ismarizal dan diteruskan dengan ceramah oleh Puan Wan Khairani Bt Wan Mahmud berkaitan pengenalan tentang SMK Puta Perdana serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Program ini telah ditamatkan pada pukul 10.30 pagi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang telah menjayakan program ini.


GAMBAR-GAMBAR PROGRAM :






























Tahniah diucapkan kepada semua murid.  Semoga mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR dan mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh.

Wednesday, October 3, 2012

KARNIVAL MASAKAN UNIT BERUNIFORM

Kemahiran masakan merupakan salah satu aktiviti asas dalam unit-unit beruniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia, Puteri Tunas, Puteri Islam, dan Tunas Kadet Remaja Sekolah yang ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Aktiviti masakan ini akan diadakan mengikut unit masing-masing dengan tujuan mengajarkan kemahiran menggunakan dapur kayu di samping menarik minat murid-murid agar datang ke sekolah untuk menyertai aktiviti kokurikulum.

Oleh itu, pada hari ini 3 Oktober 2012, telah berlangsungnya Karnival Masakan Unit Beruniform SKTPP.  Masakan ini dihasilkan sendiri oleh murid menggunakan bahan asas seperti tepung dan minyak masak.  Murid juga belajar memasak menggunakan dapur kayu.

Objektif Program:
Pada akhir kursus ini, para peserta
i. boleh menambahkan pengetahuan dan pengalaman tentang kemahiran menyediakan minuman petang
        dengan menggunakan dapur kayu.
i. boleh mengaplikasikan kemahiran dalam situasi sebenar.
iii. Menarik minat murid-murid agar datang ke sekolah untuk menyertai aktiviti kokurikulum.

Program ini perlu dijalankan kerana:
Kemahiran asas dalam masakan dengan menggunakan dapur kayu yang diajar dalam unit beruniform merupakan kemahiran yang wajar dikuasai oleh semua ahli. Penguasaan secara teori dan praktikal dapat diaplikasikan sekiranya diwujudkan situasi yang sebenar di sekolah. Sehubungan dengan itu, Karnival Masakan Minuman Petang Unit Uniform yang dirancangkan ini merupakan wadah yang baik bagi setiap ahli untuk menunjukkan penguasaan mereka.


Berikut adalah paparan gambar semasa aktiviti berlangsung:
Untuk lebih paparan gambar, sila klik di sini (FB SKTPP)




















LAWATAN PENANDA ARAS PBS

SK LEMBAH KERAMAT

26 September 2012 seramai 11 orang guru-guru SK Lembah Keramat, Ampang telah berkunjung ke SKTPP untuk melihat sendiri pelaksanaan dan pengendalian PBS dijalankan di SKTPP.Banyak info tentang PBS telah dikongsi bersama. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian ilmu ini dan mengharapkan agar perkongsian ini dapat diteruskan di masa akan datang.

 Gambar-gambar sepanjang lawatan.






Disediakan oleh : Pn Jumilah Ahmad

VIDEO NEGARAKU SKTPP


Tuesday, October 2, 2012

PEMAKLUMAN TAMAT KELAS BIMBINGAN TASMIK


Dimaklumkan bahawa, Kelas Bimbingan Tasmik untuk murid tahun 1 hingga 6 akan ditamatkan bermula pada 8.10.2012 (Isnin). Murid yang terlibat akan balik seperti biasa mengikut jadual selepas daripada tarikh tersebut.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

*Memo pemakluman akan diedarkan pada hari Jumaat

EMOSI YANG PERLU DIHINDARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada hari Sabtu 29 September 2012, PPIM Perhubungan  Negeri Selangor & Unit Mubalighat Jais telah menganjurkan Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme di Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam pada jam 8: 00 pagi hingga 5:00 petang. Antara  penceramah yang hadir adalah Profesor Dr Muhaya dan Ustaz Fakhrul. Antara pengisian yang dilakukan adalah solat sunat Dhuha, solat Tasbih dan solat Hajat. Antara pengisian ceramah adalah mengenai peningkatan keilmuan seorang guru dan tanggungjawab yang perlu ada dalam rumahtangga. 
Antara pengisiannya adalah:

Setiap manusia mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki dari hari ke hari untuk kebaikan dan kesihatan dari segi rohani dan jasmani. Ada terdapat 7 emosi yang perlu kita hindari iaitu:
  1. Takut
  2. Dengki
  3. Dendam
  4. Benci 
  5. Tamak
  6. Percaya kepada benda tahyul
  7. Marah 
Antara  sifat ego yang perlu ditangani ialah suka marah,suka bersaing, bercakap suka betul, nak lebih dari orang lain, title (nilai diri bergantung kepada ikon, kereta, kemewahan, pangkat dan harta benda) dan memikirkan hasil titik peluh..

Cuba kita renung-renungkan....Perbaikilah diri supaya kita akan mendapat ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat... 

sekian, terima kasih.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG (MINGGU 35)



TARIKH         :           1 Oktober 2012
HARI              :           Isnin
MASA             :           6.10 - 6.40 petang


GURU BERTUGAS MINGGUAN
1.         PN. HASTIPA @ ZAITON BT MAD DAUD
2.         PN.NORA BT SABIHI
3.         PN. ARNNY YUSNITA BT MD.ENARJI
4.         PN. SITI NURUL AKMA BT SULAIMAN
5.         EN. WAN MOHD ROSWANDY BIN WAN IBRAHIM
6.         PN. AZURA FARINA BT ABDULLAH
7.         CIK UMMI HARITHAH BT MOHD BAHARUDDIN

LAPORAN/ ULASAN
1.         Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2.         Bacaan doa oleh adik Fakrul Akhbar bin Abu Bakar dari kelas 3 Waja
3.         Bacaan ikrar Rukunegara dan keselamatan jalan raya oleh Pn.Nora
4.         Bacaan ikrar murid oleh adik Husna Aqilah bt Mohd Afzanizan dari kelas 3 Waja

LAPORAN/ ULASAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS
(Pn. Rashidah bt Mahmad)
1.         Menasihati murid yang melintas jalan raya agar berhati-hati untuk mengelakkan             berlakunya kemalangan yang tidak diingini.
2.         Murid yang suka bergurau senda dengan rakan sehingga berlakunya kejadian   yang tidak diingini seperti tumbuk -menumbuk sehingga tercedera. Murid        dinasihatkan supaya menjaga tingkah laku semasa bermain.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI
TEMA : Usaha Tangga Kejayaan
(Pn. Nora bt Sabihi)
1.         Usaha Tangga Kejayaan bukan sekadar untuk menetapkan sasaran jika diri        sendiri hendak berjaya tetapi tanpa usaha tidak akan membuahkan hasil.
2.         Jika ingin memperolehi kejayaan dalam pelajaran perlulah memberi tumpuan     yang penuh semasa di dalam kelas.
3.         Kita perlu banyak membaca dan tidak ponteng sekolah untuk berjaya dalam        pelajaran.


PERKATAAN LAWAD
1.         BM      -           galas (pikul) – bahu
2.         BI        -           student (pelajar)
3.         BA       -           ramyul jullati (lontar peluru)

HAL-HAL LAIN
1.         Ucapan berkaitan disiplin
            (En.Hafiz bin Md Noor)
-           Terdapat beberapa orang murid yang suka bermain di surau dan memanjat          tangki air akan membahayakan diri sendiri.
-           Juga didapati murid lelaki yang suka membuka baju dan menayangkan badan   kepada murid-murid perempuan, perbuatan ini adalah tidak baik dan perlu            menjaga tingkah laku agar menjadi murid yang baik dan bersopan-santun.

2.         Pengumuman kelas tasmik berjalan seperti biasa pada minggu ini dan      merupakan minggu             terakhir untuk kelas berkenaan.

3.         Aktiviti kokurikulum bagi murid Tahun Tiga pada hari Rabu adalah Unit    Beruniform (UB).


UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG, EN ROSDIN BIN IBRAHIM
1.         Menasihati murid supaya membalas jasa kedua ibu bapa `atau guru di sekolah.
2.         Cara yang berkesan untuk membalas jasa adalah dengan menuntut ilmu dan     belajar bersungguh-sungguh serta sentiasa menyiapkan kerja rumah yang           diberikan oleh guru.
3.         Murid dinasihatkan supaya membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru, tidak          bercakap dan bermain di dalam kelas.
4.         Memaklumkan bahawa sekarang adalah musim hujan/ tengkujuh, murid dinasihatkan supaya tidak mengikut rakan-rakan bermain di sungai atau lombong.
5.         Murid-murid perlulah mencari dan mengumpul semula buku teks Skim Pinjaman           Buku Teks (SPBT) untuk dipulangkan kepada guru kelas pada hujung tahun    nanti.


Perhimpunan ditamatkan pada jam 6.40 petang.





Disediakan oleh:
PN AZURA FARINA BT ABDULLAH


PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) 2012 BAHASA ARAB DAN JAWI TAHUN 3, 4, 5 DAN 6


Untuk makluman murid tahun 3, 4, 5 dan 6 akan dijalankan PKSR mata pelajaran Bahasa Arab 
seperti jadual di bawah:-

BIL
TARIKH
TAHUN
MATA PELAJARAN
MASA
1.
9.10.2012
(Selasa)
3
Bahasa Arab
1.50  – 2.50 ptg
2.
9.10.2012
(Selasa)
4, 5 & 6
Bahasa Arab
8.00 – 9.00 pg

Bagi PKSR mata pelajaran Jawi pula akan dijalankan pada 8 hingga 12.10.2012 dalam waktu pengajaran dan pembelajaran.  Diharap tuan/puan dapat memastikan kehadiran anak ke sekolah. Sehubungan itu, sewaktu peperiksaan akhir tahun mata pelajaran Bahasa Arab tidak akan diadakan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

* Memo pemakluman akan diedarkan pada hari Khamis.

Disediakan,
Nahdatul Sima

Monday, October 1, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PAGI (MINGGU 35)

TARIKH : 1 Oktober 2012
HARI      : Isnin
MASA    : 7.30 - 8.00 pagi

GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. En Norizmin Zainal Abidin
2. En Tarmiji Sabali
3. Pn Norzainon Mohd Razalli
4. Pn Rosmaria Idris
5. Pn Zailezah Sardi
6. Pn Jamilah Mohd Yusof
7. Pn Maimunah Yob

LAPORAN / ULASAN
1. Nyanyian lagu Negaraku, negeri Selangor dan lagu sekolah.
2. Bacaan doa oleh adik Kamal Aizam (6 Xenix).
3. Bacaan ikrar Rukunegara dan keselamatan jalan raya oleh Pn Nor Zainon.
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Atiqak Annur (6 Xenix).

LAPORAN / ULASAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS
(Pn Azlina Mat Isa)
1. Murid menunjukkan perubahan yang positif terhadap teguran yang diberikan oleh guru.
2. Perlu menjaga adab ketika berdoa dengan berdiri dan menghayati doa bersungguh-sungguh.
3. Diingatkan agar tidak menggunakan tapak perhimpunan sebagai laluan pintas ketika pulang mahupun ke      
    kedai buku. Murid dikehendaki menggunakan laluan di sepanjang koridor sekolah.

LAPORAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

PPKI
Tempat pertama  : Kelas Tabah
Tempat Kedua    : Kelas Yakin

Tahun 4
Tempat Pertama  : Meranti
Tempat Kedua    : Merbau
Tempat Ketiga    : Seraya

Tahun 5
Tempat Pertama  : Merbok
Tempat Kedua    : Merpati
Tempat Ketiga    : Kelicap

Tahun 6
Tempat Pertama  : Xenix
Tempat Kedua    : Windows
Tempat Ketiga    : Unix

ULASAN GURU BERTUGAS MINGGU INI
TEMA : Usaha Tangga Kejayaan
(Pn Nurzainon Mohd Razali)

1. Makna usaha adalah perlakuan untuk mencapai matlamat tanpa ada rasa putus asa iaitu secara berterusan.
2. Orang yang berusaha pasti akan mendapat kejayaan. dengan usaha yang berterusan, tawakal dan doa 
     akan menghasilkan kejayaan.
3. Usaha dari awal akan memberi kesan dan impak yang baik pada masa akan datang.

HAL-HAL LAIN

Penyampaian sijil penghargaan
a) Perkhemahan Unit Beruniform Daerah Sepang pada 26 - 27 September 2012. 
    Perserta yang terlibat adalah:

     1) Muaz Arrazi bin Abdullah
     2) Anis Vaaran Arvin a/l Viveganathan
     3) Nur Farah Najihah bt Airol Anizam 
     4) Noor Ain Natashah bt Mat Rozaidi

     Nur Farah Najihah bt Airol Anizam  telah berjaya merangkul anugerah:

     1) Peserta Perempuan Terbaik (Kawad Kaki)
     2) Peserta Perempuan Terbilang


b) Pesta Floria Putrajaya yang berlangsung pada 30 Jun - 8 Julai 2012.
     Peserta yang turut serta dalam menjayakan pameran di tapak pesta adalah seperti berikut:

     1) Nur Dahiya Tihani   (4 Resak)
     2) M kamal Hariz        (5 Merpati)
     3) Ameer Fakhri          (5 Nuri)
     4) Dayang Nur Izzati    (5 Nuri)
     5) Tun Harith Fazwan  (5 Nuri)
     6) Wan Badriz Syah    (5 Nuri)
     7) Sofea Aleesya         (5 Tiung)
     8) Nurasheeken           (5 Tiung)
     9) Mohd Syazwan       (5 Tiung)


LAWAD

     BM   -  membendung (menghalang)
     BI     -  informal         (tidak rasmi)
     BA   -  haula'             (keliling)

UCAPAN GURU BESAR
1. Murid diingatkan agar menjawab salam yang diberi dengn penuh semangat.
2. Pengawas sekolh masih lagi dalam lantikan percubaan. Hanya murid yang  benar-benar berkualiti sahaja 
    akan dilantik menjawat jawatan untuk sesi akan datang.
3. Murid digalakkan untuk meneliti kebolehan agar dapat membuat 
4. Murid juga dinasihatkan agar menjaga kebersihan diri masing-masing.  Contohnya penjagaan kasut dan 
    uniform sekolah. Murid-murid disarankan agar berusaha untuk menjaga kebersihan diri.
5. Pertukaran Pn Rubiaton ke Jabatan Pelajaran Selangor dan digantikan oleh Cik Azlinda.
6. Pelancaran FrogAsia  akan diadakan pada Jumaat, 5 Oktober 2012.