Tuesday, October 2, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG (MINGGU 35)



TARIKH         :           1 Oktober 2012
HARI              :           Isnin
MASA             :           6.10 - 6.40 petang


GURU BERTUGAS MINGGUAN
1.         PN. HASTIPA @ ZAITON BT MAD DAUD
2.         PN.NORA BT SABIHI
3.         PN. ARNNY YUSNITA BT MD.ENARJI
4.         PN. SITI NURUL AKMA BT SULAIMAN
5.         EN. WAN MOHD ROSWANDY BIN WAN IBRAHIM
6.         PN. AZURA FARINA BT ABDULLAH
7.         CIK UMMI HARITHAH BT MOHD BAHARUDDIN

LAPORAN/ ULASAN
1.         Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2.         Bacaan doa oleh adik Fakrul Akhbar bin Abu Bakar dari kelas 3 Waja
3.         Bacaan ikrar Rukunegara dan keselamatan jalan raya oleh Pn.Nora
4.         Bacaan ikrar murid oleh adik Husna Aqilah bt Mohd Afzanizan dari kelas 3 Waja

LAPORAN/ ULASAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS
(Pn. Rashidah bt Mahmad)
1.         Menasihati murid yang melintas jalan raya agar berhati-hati untuk mengelakkan             berlakunya kemalangan yang tidak diingini.
2.         Murid yang suka bergurau senda dengan rakan sehingga berlakunya kejadian   yang tidak diingini seperti tumbuk -menumbuk sehingga tercedera. Murid        dinasihatkan supaya menjaga tingkah laku semasa bermain.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI
TEMA : Usaha Tangga Kejayaan
(Pn. Nora bt Sabihi)
1.         Usaha Tangga Kejayaan bukan sekadar untuk menetapkan sasaran jika diri        sendiri hendak berjaya tetapi tanpa usaha tidak akan membuahkan hasil.
2.         Jika ingin memperolehi kejayaan dalam pelajaran perlulah memberi tumpuan     yang penuh semasa di dalam kelas.
3.         Kita perlu banyak membaca dan tidak ponteng sekolah untuk berjaya dalam        pelajaran.


PERKATAAN LAWAD
1.         BM      -           galas (pikul) – bahu
2.         BI        -           student (pelajar)
3.         BA       -           ramyul jullati (lontar peluru)

HAL-HAL LAIN
1.         Ucapan berkaitan disiplin
            (En.Hafiz bin Md Noor)
-           Terdapat beberapa orang murid yang suka bermain di surau dan memanjat          tangki air akan membahayakan diri sendiri.
-           Juga didapati murid lelaki yang suka membuka baju dan menayangkan badan   kepada murid-murid perempuan, perbuatan ini adalah tidak baik dan perlu            menjaga tingkah laku agar menjadi murid yang baik dan bersopan-santun.

2.         Pengumuman kelas tasmik berjalan seperti biasa pada minggu ini dan      merupakan minggu             terakhir untuk kelas berkenaan.

3.         Aktiviti kokurikulum bagi murid Tahun Tiga pada hari Rabu adalah Unit    Beruniform (UB).


UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG, EN ROSDIN BIN IBRAHIM
1.         Menasihati murid supaya membalas jasa kedua ibu bapa `atau guru di sekolah.
2.         Cara yang berkesan untuk membalas jasa adalah dengan menuntut ilmu dan     belajar bersungguh-sungguh serta sentiasa menyiapkan kerja rumah yang           diberikan oleh guru.
3.         Murid dinasihatkan supaya membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru, tidak          bercakap dan bermain di dalam kelas.
4.         Memaklumkan bahawa sekarang adalah musim hujan/ tengkujuh, murid dinasihatkan supaya tidak mengikut rakan-rakan bermain di sungai atau lombong.
5.         Murid-murid perlulah mencari dan mengumpul semula buku teks Skim Pinjaman           Buku Teks (SPBT) untuk dipulangkan kepada guru kelas pada hujung tahun    nanti.


Perhimpunan ditamatkan pada jam 6.40 petang.





Disediakan oleh:
PN AZURA FARINA BT ABDULLAH


No comments:

Post a Comment