... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, January 7, 2016

Sesi Fotografi

Sebagaimana tahun-tahun lepas, guru-guru dan staf akan mengambil gambar untuk kegunaan carta organisasi dan urusan-urusan rasmi yang lain. Tema kali ini ialah ungu. Jom tengok antara aksi sesi penggambaran tersebut.....







Terima kasih Cikgu Arjunawati dan Kamarul yang telah mengurus sesi fotografi tersebut...

Wednesday, January 6, 2016

Program Maju Diri 2016

Tarikh: 5 - 6 Januari 2016
Sasaran: Semua murid Tahap 2


Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan kepada semua murid Tahap 2. Program ini dirancang khusus untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid serta meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri dalam kalangan murid-murid Tahap 2.

OBJEKTIF PROGRAM

* Mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama.
* Dapat meningkatkan minat untuk belajar.
* Dapat memupuk semangat keyakinan dalam diri.
* Dapat mencungkil bakat dan potensi dalam diri murid.
* Dapat menanamkan rasa insaf dan kenal diri

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti.






Aktiviti di dataran perhimpunan
Sesi memperkenalkan diri
Aktiviti di Dewan Perdana
Pn. Arzah bersama murid-murid
Aktiviti di padang
Seronok 
Taklimat sebelum aktiviti

Aktiviti di kelas



Aktiviti menarik dengan Cikgu Jinggo

Monday, January 4, 2016

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid - Hari Pertama Persekolahan Sesi 2016

Warga pendidik perlu sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang kerana tindakan memberikan kasih sayang itu merupakan satu bentuk pendidikan. Guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran yang tenang.

Dalam usaha meningkatkan hubungan kasih sayang antara guru dan murid ini, aktiviti menyambut kehadiran murid terus dibudayakan di SKTPP bagi sesi persekolahan 2016. Pada hari pertama persekolahan hari ini, Pn. Hajjah Rohaidah bt Mohd. Ali selaku Guru Besar SKTPP turut serta turun padang bersama-sama guru PK Kokurikulum serta jawatankuasa pelaksana yang terlibat menunggu kehadiran murid-murid di pintu pagar A dan juga pintu pagar B.

Beberapa aksi dan gelagat sempat dirakamkan oleh lensa kamera sepanjang aktiviti menyambut kehadiran murid bagi sesi pagi dan petang di hari pertama persekolahan hari ini.


Pn. Hajjah Rohaidah (Guru Besar) bersama Pn. Azizah (PK Kokurikulum) dan Pn. Juli menyambut kehadiran murid di pagar A 


Gelagat murid-murid bersalaman dengan Guru Besar di pagar B 


Guru Besar bersama cikgu Norhayati dan cikgu Roslinda menyambut kehadiran murid di pagar B


Suasana kemesraan guru dan anak-anak murid di awal pagi

 Aktiviti menyambut kehadiran murid di sesi petang 

 Pn. Hajjah Rohaidah bersama Pn Rosmah (PK Petang) , Pn. Azizah dan Pn. Rozimah menyambut kehadiran murid-murid sesi petang di pagar A

 Suasana menyambut kehadiran murid-murid sesi petang di pagar B

Pn. Zauiyah dan Pn Yusnita turut serta bersama Guru Besar dan PK Petang menyambut kehadiran murid-murid dan ibu bapa penjaga di pagar B 

Pehimpunan Hari Pertama Persekolahan 2016 (Sesi Petang)

Guru Bertugas :
  1. Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji
  2. Pn. Nor Arzah binti Hussin
  3. Pn. Suriyana binti Salim
  4. Pn. Yusnita binti Yunus
  5. Pn. Nor Azian binti Ahmad
  6. En. Wan Mohd. Roswandy bin Wan Ibrahim
Laporan :

1.   Ucapan Pengerusi Majlis, Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji:
          i. Mengalu-alukan kehadiran murid Tahun 1 dan ucapan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid Tahun 2 dan 3.
2.   Nyanyian 3 buah lagu yang dipimpin oleh Pn. Salmi binti Amir.
             i)   Lagu Kebangsaan NegaraKu

             ii)  Lagu Negeri Selangor

             iii) Lagu Sekolah

3.  Bacaan Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji. 
4.  Bacaan Doa oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Saifful bin Ngabiah.
5.  Ucapan Guru Disiplin sesi Petang, Penolong Kanan Petang, YDP PIBG dan Guru Besar SKTPP.
6.  Memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini.
7.  Taklimat Program Transisi Tahun 1 oleh Guru Penyelaras Tahun 1.

Pengerusi Majlis, Pn. Arnny Yusnita Md. Enarji

Pn. Salmi Amir sedang memimpin nyanyian lagu-lagu kebangsaan

Ucapan:

1)  Ucapan Guru Disiplin Sesi Petang, Pn. Nora binti Sabihi:

  •  Murid hendaklah hadir ke sekolah sebelum atau pada 1.10 petang pada setiap hari Isnin hingga Khamis dan 2.10 petang pada hari Jumaat. Manakala waktu pulang pula, ialah 6.40 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan 6.10 petang pada hari Jumaat.
  • Apabila tiba ke sekolah, murid hendaklah duduk di dewan mengikut barisan kelas masing-masing.
  • Ibubapa diingatkan menghantar dan mengambil anak di Pagar B sahaja kecuali bagi murid berjalan kaki dan menaiki basikal dibenarkan melalui Pagar A.
  • Pakaian hendaklah lengkap. Ada lencana dan tanda nama serta berambut pendek bagi lelaki. Bagi murid perempuan yang memakai tudung hendaklah memastikan tudung kemas dan sekiranya tidak bertudung, rambut hendaklah diikat rapi.
  • Sepanjang minggu transisi berlangsung, bubapa atau penjaga murid tahun 1 diingatkan untuk mengambil anak-anak di gelanggang badminton berhampiran Pagar B, jika keadaan cuaca cerah. Jika hujan, ibubapa dibenarkan mengambil anak di Dewan Perdana. 

2) Ucapan Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah bt Jamat:

  • Mengalu-alukan kehadiran murid-murid Tahun 1 ke SKTPP
  • Mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid Tahun 2 dan 3.
  • Kedudukan murid semasa perhimpunan - Susun atur kedudukan murid semasa perhimpunan adalah seperti yang telah disusun pada hari ini.
  • Ibubapa diingatkan bahawa mereka hanya dibenarkan berada di sekolah pada hari pertama persekolahan sahaja.
  • Mengingatkan murid-murid Tahun 1 dan ibubapa yang hadir bahawa selepas sesi persekolahan tamat, murid akan berkumpul di gelanggang badminton bersebelahan kantin sekolah dan sekiranya hujan, murid akan berkumpul di dewan.

3) Ucapan YDP PIBG, Tn. Hj Khairul Azhar bin Muhammad Suffian:

  • Memohon ibubapa untuk menulis nombor telefon yang boleh dihubungi dan menyimpannya di dalam beg sekolah anak masing-masing untuk memudahkan urusan.
  • Memohon ibubapa agar memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru dalam mengurus dan mengawal anak mereka.
  • Ibubapa diminta untuk menghormati guru-guru sesi petang yang diketuai oleh Penolong Kanan Petang dan bersabar dalam segala hal disebabkan jumlah murid Tahun 1 yang ramai pada tahun ini, iaitu seramai hampir 400 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan murid sesi petang mencecah 1000 orang.

4). Ucapan Guru Besar SKTPP, Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali:

  • Mengalu-alukan kehadiran murid-murid Tahun 1 dan para ibubapa ke SKTPP dan mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid Tahun 2 dan 3.
  • Ucapan terima kasih kepada YDP PIBG SKTPP, iaitu Hj Khairul Azhar bin Muhammad Suffian di atas kesudian beliau hadir dan bersama-sama memantau perjalanan hari pertama persekolahan.
  • Mengingatkan ibubapa bahawa mereka hanya dibenarkan berada di sekolah pada hari pertama persekolahan sahaja.
  • Setiap tahun, tema tertentu digunakan untuk kohot kelas. Tema kohot pada tahun ini adalah berteraskan nilai-nilai murni, iaitu Jujur, Intelek, Harmoni, Gigih, Fokus, Efisien, Dedikasi, Cerdik, Bestari dan Arif. Jumlah kelas Tahun 1 pada tahun ini adalah sebanyak 10 buah.
  • Mengharapkan kerjasama yang padu dan jitu antara guru dan ibubapa demi kecemerlangan sekolah.

Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah Jamat

YDP PIBG, Tn. Hj Khairul Azhar turut hadir untuk menyampaikan amanat beliau

Guru Besar SKTPP, Pn. Hajjah Rohaidah Mohd. Ali

Barisan Guru Bertugas pada minggu ini

Program Transisi Tahun 1

Bermula dari 04 Januari 2016 hingga 15 Januari 2016 adalah merupakan minggu Program Transisi Tahun 1. Penerangan secara ringkas berkaitan program ini disampaikan oleh Guru Penyelaras Tahun 1, iaitu Ustaz Saifful bin Ngabiah.

Antara maklumat penting Program Transisi Guru Penyayang Tahun 1 ialah:
1)  Tempoh Pelaksanaan Program : 10 hari (04 Januari hingga 15 Januari 2016)
2)  Murid tidak perlu bawa buku. Hanya perlu bawa alat tulis sahaja. Modul disediakan.
3)  Guna tanda nama sementara yang disediakan. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti yang terdapat di belakang tanda nama tersebut.
4)  Jadual waktu akan diedarkan sebelum hari terakhir Transisi. Pelaksanaan jadual pada 18 Januari 2016.
5)  Ibubapa hanya dibenarkan berada di sekolah pada hari pertama persekolahan.
6)  Waktu persekolahan 2016:
      Isnin hingga Khamis : 1.20 petang hingga 6.40 petang.
     Jumaat : 2.20 petang hingga 6.10 petang.
7)  Pakaian sukan dipakai terus dari rumah untuk matapelajaran  Dunia Muzik dan Pendidikan Jasmani (tidak perlu bawa pakaian seragam sekolah).
8) Memperkenalkan barisan Guru Kelas Tahun 1:

i)     Jujur        - Pn. Maizara binti Mahat
ii)    Intelek     - Pn. Norlida binti Othman
iii)   Harmoni  - Pn. Siti Maziah binti Mohd Tajuddin
iv)   Gigih       - Pn. Nur Malisha binti Omar
v)    Fokus     - Cik Zalina binti Ismail
vi)   Efisien    - Pn. Nor Azian binti Ahmad
vii)  Dedikasi - Pn. Zauiyah binti Ismail
viii) Cerdik    - Pn. Azura Farina binti Abdullah
ix)   Bestari   - Pn. Nor Azlin binti Mohd Nor
x)    Arif         - Pn Azizah binti Abdul Hamid

8) Semoga perjalanan Transisi Tahun 1 pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan.

Guru Penyelaras Tahun 1, Ustaz Saifful Ngabiah

Antara gelagat murid-murid Tahun 1 yang berjaya dirakam oleh lensa kamera pada hari pertama persekolahan;





Selamat Melangkah Ke Alam Persekolahan untuk murid-murid Tahun 1...
dan Selamat Kembali Ke Sekolah buat murid-murid Tahun 2 dan 3!!!
Datang dengan Harapan, Pulang dengan Kejayaan...
Semoga Kejayaan Mengiringi Setiap Langkah Perjalanan..

Disediakan oleh;
Nor Azian binti Ahmad

Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan 2016 (Sesi Pagi)

Selamat Kembali ke Sekolah!!

Tahniah semua murid kerana dapat hadir ke sekolah!

Laporan Perhimpunan Sesi Pagi:

Hari : Isnin
Tarikh : 4 Januari 2016
Masa : 7.30 – 8.00 pagi

Guru Bertugas Minggu Pertama (4 - 8 Januari 2016)
1.      Tarmiji bin Sabali
2.      Norazian binti Anuar
3.      Azlina binti Mat Isa
4.      Musaliha binti Mustafa
5.      Nurhayati binti Mohamed Nor
6.      Siti Masra binti Abdul Kadir
7.      Moriza binti Md Nor
8.      Norziani binti Zubir

Bacaan ikrar murid oleh Asyraf Aqasha, Tahun 6
En. Shahrizal Yaam, guru displin  SKTPP 2016.
Puan Astina mengetuai nyanyian rasmi perhimpunan sekolah


Barisan guru- guru bertugas pada minggu pertama.
2.      Laporan / Ulasan Pengerusi Majlis (Encik Tarmiji bin Sabali)

a)      Cikgu Tarmiji mengalu-alukan kedatangan murid untuk sesi persekolahan 2016.
b)      Pengerusi majlis memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.

3.      Ucapan Guru Disiplin (Encik Shahrizal bin Ya’am)

a)      Encik Shahrizal memaklumkan tatacara beratur waktu perhimpunan pagi iaitu di dataran perhimpunan.
b)      Murid-murid juga diingatkan supaya menggunakan tangga seperti yang telah ditetapkan supaya lebih lebih teratur dan tidak berlaku kesesakan terutama pada waktu balik dan rehat.

*Tahun 4  - Tangga UUM kecuali 4 Surgeri dan 4 Respiratori dibenarkan menggunakan tangga USM
·         Tahun 5 – Tangga USM
·         Tahun 6 – Tangga UKM

c)       Waktu Rehat

-          Tahun 4 dan 5 waktu rehatnya ialah jam 9.30 pagi – 9.50 pagi
-          Tahun 6 waktu rehatnya ialah jam 10.30 pagi – 10.50 pagi

d)       Murid yang ingin keluar kelas semasa sesi pembelajaran hendaklah meminta kebenaran dengan guru.
e)       Murid–murid diingatkan supaya tidak berambut panjang dan berfesyen.

4.      Ucapan Puan Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar SKTPP)

a)      Ucapan alu-aluan
Ucapan tahniah dan syabas kepada semua warga SKTPP, termasuk ibu bapa dan khasnya murid-murid supaya sentiasa bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan pada tahaun 2016.

b)       Guru Disiplin
Guru Besar memaklumkan bahawa semua guru adalah guru disiplin. Sebarang masalah murid-murid boleh maklumkan kepada guru kelas.

c)      Bilangan murid
Puan Rohaidah juga memaklumkan bahawa setakat 4 Januari 2016 bilangan murid di SKTPP ialah sebanyak 1990 orang. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang teramai murid di daerah Sepang.

d)      Bilangan Kelas
Sesi pagi ialah sebanyak 27 kelas
Sesi petang sebanyak 28 kelas.

e)      Kerusi
Bilangan kerusi di SKTPP semakin berkurangan daripada tahun lepas dan ini akan menyebabkan berlakunya pergerakan dari satu kelas ke kelas yang lain. Beliau mengingatkan agar murid-murid menjaga dengan baik harta benda sekolah supaya tidak rosak.

f)       Buku Teks
Setiap murid mesti mempunyai satu set buku teks yang lengkap daripada pihak sekolah. Sekiranya murid belum mendapatkannya lagi hendaklah memaklumkan kepada guru kelas atau AJK buku teks.

g)      Berpakaian lengkap
Murid-murid dingatkan agar memakai uniform sekolah yang lengkap seperti lencana dan tanda nama.

h)      Kekurangan guru
SKTPP masih kekurangan guru seramai tiga orang untuk sesi petang disebabkan guru yang bertukar belum ada penggantinya lagi. Disebabkan ini, jadual waktu akan berlaku perubahan sekiranya ada kemasukan guru baharu.

i)        Kohort
SKTPP mengamalkan sistem kohort untuk setiap tahun sama seperti yang digunakan oleh kebanyakan sekolah berasrama penuh. Bagi sesi pagi untuk tahun ini kohort
-          Tahun 4 : bidang dalam perubatan
-          Tahun 5 : nama planet
-          Tahun 6 : simbol matematik

j)        UPSR
Puan Rohaidah memaklumkan bahawa keputusan UPSR pada tahun 2015 mencipta rekod kerana seramai 39 orang murid telah mendapat 5A berbanding pada tahun 2014 hanya 22 orang sahaja. Manakala GPS pada tahun ini ialah 2.08 dan mendapat tempat ke-9 dalam daerah Sepang (Top 10). Syabas buat murid-murid Tahun 6 tahun lepas!

k)      Program Champion
Program Champion diteruskan pada tahun ini dan pada tahun 2015 prorgam Champion telah mencapai objektif sebanyak 100% bilamana 12% daripada calon telah beroleh keputusan 5A sebagaimana yang disasarkan. Ini semua hasil kerjasama warga SKTPP yang telah merangka pelbagai program dan motivasi.

l)        EZY-SMS
Puan Rohaidah memaklum dan menggalakkan murid melanggan EZY-SMS iaitu RM10.00 setahun.

m)    Wakaf Surau
Merupakan program induk PIBG yang sudah mendapat permit dan kelulusan dari pihak PPD dan pihak polis. Kutipan sumbangan terkini berjumlah RM35,000.00. Ibu bapa disarankan memanjangkan makluman berkaitan program ini kepada pihak-pihak  luar yang sudi untuk menderma.

n)       PIBG
Mesyuarat PIBG akan diadakan pada 30 Januari 2016. Notis akan dikeluarkan kemudian.

5.      Pengumuman
a)       Hari Selasa dan Rabu iaitu 5 & 6 Januari 2016, semua murid dikehendaki memakai baju sukan sekolah kerana diadakan Program Maju Diri (PMD).

b)      Murid-murid yang belum mendapat set buku teks diminta datang ambil di Bilik BOSS jam 9.00 pagi – 1.00 tengah hari.

c)      Ibu bapa yang ingin membayar sumbangan PIBG RM50.00 sekeluarga boleh berbuat demikian kepada guru kelas anak amsing-masing.

Disediakan oleh,
Puan Norziani Zubir & Puan Azlina Mat Isa.

Pintu Pagar dan Kawalan Keselamatan Sekolah

Dengan segala hormatnya, pihak sekolah ingin memaklumkan penggunaan pintu pagar sekolah telah ditetapkan seperti berikut:

Pintu Pagar A1



Pintu pagar ini khusus untuk laluan bagi kenderaan guru / kakitangan / pelawat dan 
murid yang berjalan kaki sahaja.


Pintu Pagar A2


Pintu pagar ini khusus untuk laluan bagi murid-murid yang menaiki basikal sahaja.


Pintu Pagar B


Pintu pagar ini khusus untuk laluan murid yang datang dan balik dari sekolah dengan menaiki kenderaan seperti kereta, van, bas, dan motorsikal. 

Terima kasih diucapkan di atas kesabaran, sikap bertolak ansur dan kerjasama daripada ibu bapa bagi membantu kelancaran trafik demi keselamatan semua murid, pengguna dan warga SKTPP.