... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, October 5, 2017

Lawatan Ke Menara Kuala Lumpur dan Aquaria KLCC

Pada 5 Oktober 2017 telah diadakan satu lawatan sambil belajar ke Menara Kuala Lumpur dan Aquaria KLCC. Lawatan ini dianjurkan oleh gabungan Kelab Reka Cipta dan Inovasi SKTPP, Persatuan Pandu Puteri Tunas SKTPP dan disertai juga oleh murid Tahun 6 SKTPP 2017.
                                         
Peserta yang mengikuti lawatan ini adalah seramai 79 orang diiringi 8 orang guru pengiring.  Guru pengiring ini terdiri daripada penasihat kelab, persatuan dan guru yang mengajar tahun 6 di SKTPP.

Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk memenuhi aktiviti tahunan Kelab Reka Cipta dan Inovasi, Persatuan Pandu Puteri Tunas dan murid Tahun 6 SK Taman Putra Perdana yang telah dirancang di samping untuk menambah ilmu pengetahuan murid tentang persekitaran yang berhubung kait dengan pembelajaran.

Objektif program adalah seperti berikut:
          i.            Memberi motivasi kepada ahli Kelab Reka Cipta, Persatuan Pandu Puteri Tunas dan murid Tahun 6 dalam meningkatkan prestasi akademik.
        ii.            Memupuk sikap berdikari dan memberi pengalaman baru menyertai lawatan bersama rakan-rakan dan guru.
       iii.             Mendedahkan murid, ahli kelab / persatuan mengenai dunia sebenar kehidupan bermasyarakat.
      iv.             Sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

Para peserta lawatan bertolak dari sekolah dengan menaiki 2 buah bas pada jam 7.30 pagi. Sampai di Menara KL pada jam 9.00 pagi para peserta telah disambut oleh Encik Azha Zawani; Penolong Pengurus Jualan.  Di sini peserta diberi penerangan dan melihat tayangan video.
Selepas itu peserta lawatan dibawa untuk melihat pemandangan dari aras 300 meter 
di observation deck, skydeck dan skybox.  Di sini peserta dapat mengambil gambar sebagai kenangan serta melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang sungguh cantik dan mengkagumkan.

Pada jam 12.30 tengah hari peserta bertolak ke Aquaria KLCC untuk melihat hidupan laut di habitatnya. Peserta bertolak balik dan sampai di sekolah pada jam 5.00 petang.

Mendengar taklimat dan tayangan video

Gambar kenangan di skydeck

Antara guru pengiring

Kami Benci DARVIH 

Wednesday, October 4, 2017

Tahniah Kantin SKTPP!

Alhamdulillah tahniah buat Kantin SKTPP atas penganugerahan 'A' semasa pemeriksaan kebersihan oleh pihak Majlis Perbandaran Sepang. Semoga penganugerahan ini akan memberi lebih motivasi dan semangat buat pihak pengusaha kantin untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan serta mutu perkhidmatan kantin demi kebajikan dan kesihatan anak-anak murid serta warga sekolah seluruhnya...


Tuesday, October 3, 2017

Aktiviti Selepas UPSR (Menghias Jus Berbahasa Arab)

Sebagai memenuhi aktiviti murid tahun 6, Panitia B. Arab SKTPP telah menganjurkan aktiviti yang menyeronokkan iaitu 'Menghias Jus dan Perbentangan dalam Bahasa Arab'.
Aktiviti berkumpulan ini melibatkan semua kelas tahun 6 diwakili 5 orang setiap kumpulan, lelaki dan perempuan.

Panitia B. Arab mengadakan aktiviti ini bertujuan agar murid- murid dapat mengaplikasi bahasa Arab dalam kehidupan seharian. Selain itu aktiviti ini dapat menyuntik minat murid berbahasa Arab dan menjadikan bahasa Arab itu mudah. Ini jelas kelihatan murid meminati bahasa Arab apabila murid bukan Islam juga berminat dan bersungguh- sungguh untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dalam membentangkan hasil hiasan jus mereka. Syabas dan tahniah murid- murid Tahun 6 SKTPP atas komitmen dan kesungguhan menyertai aktiviti ini.

Aktiviti ini telah diadakan pada:
Tarikh: 3 Oktober 2017 / Selasa.
Masa : 11 - 12 tengahari
Tempat: Dewan Putra SKTPP












Barisan hakim diketuai oleh Ustaz Ishak dan Ustazah Faridatul - Akmal menghakimi markah persembahan bahasa dan kelancaran. Terima kasih guru besar ( Puan Hjh. Rohaidah) sudi menjadi juri hakim serta guru- guru dari pelbagai panitia mengahakimi bahagian hiasan, kreativiti, rasa dan bonus.

Tahniah dan terima kasih semua. Majulah SKTPP untuk bangsa dan negara.

Disediakan oleh:
Pn. Norziani Zubir.

Monday, October 2, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-36 (Sesi Petang)

Hari : Isnin
Tarikh : 02 Oktober 2017
Masa : 1.20 – 3.20 petang
Tempat : Dewan Perdana

Pengacara Majlis: Puan Suriyana binti Nanyan@Salim

Guru Bertugas:

1. Encik Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
2. Encik Mohd Najib bin Sapari
3. Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji
4. Puan Nor Azian binti Ahmad
5. Puan Yusnita binti Yunus

Barisan guru bertugas minggu ke-36


Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.
  • Bacaan Doa dari pengawas yang bertugas.
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang diketuai oleh Pn. Suriyana binti Nanyan@Salim
  • Bacaan ikrar murid oleh pengawas bertugas.

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (25.9.2017 – 29.9.2017)
Laporan disampaikan oleh Pn. Salmi binti Amir. Butiran ucapan adalah seperti berikut:

  • Sikap murid yang gemar meminjam wang daripada rakan untuk membeli sama ada makanan atau alatan lain tidak patut diamalkan kerana kawan-kawan pun tidak memounyai banyak duit
  • Tabiat murid yang gemar berlari sama ada ketika waktu rehat dan ketika waktu pulang. Kecuaian akan mengakibatkan kecederaan yang tidak diingini.
                                                   
Guru bertugas minggu lepas

3. Ucapan guru bertugas (Pn. Suriyana binti Nanyan@Salim)
Tema Minggu Ini: Hari Kanak-kanak  “Sayangi Kami”.


  • Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktiraf oleh United Nations Children’s Fund (UNICEF) pada tahun 1954.
  • Pada 20 November 1959, PBB telah mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua Negara merayakannya pada setiap tahun.
  • Malaysia menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia yang pertama pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
  • Diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Pada tahun 1995, tanggungjawab penganjuran telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).
  • Objektif sambutan Hari Kanak-kanak adalah sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak. Secara tidak langsung, kesedaran dalam memelihara hak serta masa depan kanak-kanak tersebut terjamin di samping memupuk sikap agar menyayangi mereka dan bukannya diabaikan dan didiskriminasi. Ini kerana kanak-kanak ini adalah aset berharga negara di masa hadapan.

Ucapan guru bertugas

4.      Perkataan LAWAD:

  • Bahasa Malaysia : Menebar
  • Bahasa Inggeris : Dinner
  • Bahasa Arab : Mirfaqun

5.      Ucapan Guru Penolong Kanan Petang (Puan Jumilah binti Ahmad)
    
 Amanat yang disampaikan adalah seperti berikut:

  • Adab dan akhlak dalam kalangan murid iaitu memberi salam apabila bertemu dengan guru.
  • Terapkan budaya hormat-menghormati dalam kalangan rakan sebaya iaitu jangan mengeluarkan kata-kata atau ayat yang boleh menyinggung perasaan dan boleh menimbulkan perkelahian.
  • Rambut hendaklah digunting mengikut peraturan seperti yang termaktub dalam buku peraturan sekolah.
  • Melakukan ulangkaji dengan lebih kerap di sekolah dan juga di rumah sebagai persediaan sebelum menduduki Peperiksaan Akhir Tahun (PAT). Keputusan peperiksaan tersebut amat penting dalam penentuan kedudukan kelas untuk tahun 2018.

Ucapan GPK Petang

6.       Majlis Pelancaran Program Awal Muharram

  • Majlis pembuka tirai adalah persembahan nasyid dari murid Tahun 3 Vanadium.


    Persembahan nasyid oleh murid-murid 3 Vanadium


  • Penerangan aktiviti sepanjang Program Awal Muharram oleh Ustazah Hastipa@Zaiton binti Mat Daud. Butiran adalah seperti berikut:
  • Tahun 1: Pertandingan mewarna
  • Tahun 2: Pertandingan tulisan cantik
  • Tahun 3: Pertandingan melukis poster (aktiviti akan dilaksanakan sewaktu pdpc Pendidikan Islam).

  • Ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar dan gimik pelancaran.

Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali telah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Awal Muharram. Butiran ucapan adalah seperti berikut:

  • Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah. Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’ iaitu bulan di mana Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
  • Peristiwa 10 Muharram juga dinamakan sebagai Hari Asyura di mana banyak peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut.
  • Semua warga sekolah diharap dapat menghayati fadhilat bulan Muharram dalam menjalani rutin seharian.
  • Umat Islam juga disunatkan berpuasa pada bulan Muharram.
  • Semua murid diharap dapat melibatkan diri secara aktif dalam program yang telah dirancang sepanjang bulan tersebut.

  Ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar; Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali


Gimik pelancaran program


Sesi bergambar bersama jawatankuasa penganjur


7.        Program bersama Yakult

  • Pengurus Pemasaran Yakult iaitu Cik Anis dengan dibantu oleh dua orang kakitangannya telah mengadakan ceramah berkaitan kebaikan Yakult kepada murid. Antara butiran penerangan ialah:
  • Bakteria baik untuk sistem pencernaan dikenali sebagai ‘Lactobacillus casei strain Shirota’ yang merupakan bahan utama probiotik.
  • Bakteria ini terbukti secara saintifik sebagai antara bakteria paling baik untuk pencernaan dalam sistem penghadaman manusia.
  • Setiap botol minuman Yakult mengandungi lebih 30 bilion bakteria baik dan tiada pewarna, pengawet, bahan penyesuai makanan dan penstabil.
  • Yakult adalah minuman susu kultur kedua paling popular selepas Vitagen.
  • Yakult mula diperkenalkan di Malaysia kira-kira 10 tahun yang lalu.
  • Sistem penghadaman yang lancar akan membantu murid untuk kekal sihat dan cergas sepanjang masa.
  • Setiap murid diberikan secara percuma sebotol minuman Yakult (80ml).
  • Sesi jualan Yakult dilakukan selepas tamat program penerangan.
                      
    
Banner kebaikan Yakult


Penerangan oleh Cik Anis

Perhimpunan dan Program Bersama Yakult tamat pada jam 3:20 petang.


Disediakan oleh:
Mohd Najib bin Sapari

Program Motivasi Alam Menengah

Hari ini telah berlangsung satu program yang dirancang khas untuk semua murid Tahun 6. Program Motivasi Alam Menengah ini dijalankan dengan objektif utamanya bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang budaya belajar di sekolah menengah sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam sekolah menengah

Antara objektif lain, program ini dijalankan adalah untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada murid-murid bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan menanam usaha dari awal persekolahan untuk memastikan kejayaan cemerlang di dalam pelajaran dan masa depan.

Semoga program ini dapat membuka minda murid-murid tentang kelebihan belajar di sekolah berasrama dan mampu memotivasikan mereka agar sentiasa berusaha mencipta kecemerlangan diri walau di mana sahaja mereka berada dan belajar.

Di bawah ini adalah gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung...


 Pembukaan program oleh pengerusi majlis, Cikgu Roslinda bt Mansor

 Sesi ceramah yang dapat menarik perhatian murid-murid dari En. Muhammad bin Md Derus (Penolong Pengarah SBP Bahagian Pengurusan sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan KPM)

 Sesi penutup dan penyampaian sijil kepada penceramah

 En. Mohamad meluangkan masa melawat Bilik Sumber PPDa

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-36 (Sesi Pagi)

Tarikh  :  2 Oktober 2017
Masa    :  7.20 pagi
Hari      :  Isnin
Tempat :  Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana.

Pengacara Majlis:  Ustazah Norlida bt Othman.

Guru Bertugas:

1.  Puan Mazzaini bt Muda
2.  Puan Norlida bt Othman
3.  Puan Grace A/P Dhanaraj
4.  Puan Zailezah bt Sardi
5.  Puan Norli bt Hassan
6.  Puan Nurul Afiqah bt Mohd Hashim
7.  Puan Roseniza bt Setapa
8.  Ustaz Zurilazman bin Abdullah
9.  Ustaz Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

Barisan guru bertugas minggu ke-36

AGENDA PERHIMPUNAN

1.  Perhimpunan pagi dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu, bacaan doa dan bacaan ikrar.
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah dan lagu Aku Negaraku dikendalikan oleh adik Hanis Syafiqah.
  • Bacaan doa oleh adik Nur Rusyaidi.
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Puan Norlida bt Otman.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh ketua Pengawas, adik Hanis Nabila.
Juruacara murid mengendalikan majlis

Bacaan ikrar oleh murid-murid.

2. Laporan guru bertugas minggu lepas  (Puan Umi Nazrah bt Saharoni)
  • Memaklumkan latihan kebakaran telah dilaksanakan dengan jayanya pada minggu lepas.
  • Mengingatkan murid-murid agar sentiasa mengikuti langkah-langkah keselamatan yang telah diajar untuk memastikan keselamatan diri jika berlaku kebakaran semasa di sekolah.
  • Memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan terjaga setiap masa.
  • Perlu mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi PAT tidak lama lagi.
3.  Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas oleh Puan Guru Besar.

     PPKI
  • Tempat Pertama - Achery
  • Tempat Kedua    - Aquatics
  • Tempat Ketiga    - Soccer
     Tahun 4
  • Tempat Pertama - Nafiri
  • Tempat Kedua   - Kompang
  • Tempat Ketiga   -   Rebana  
     Tahun 5
  • Tempat Pertama - Surgeri
  • Tempat Kedua   - Respiratori
  • Tempat Ketiga   - Kardiologi
     Tahun 6
  • Tempat Pertama - Neptun
  • Tenpat Kedua     - Marikh
  • Tempat Ketiga    - Utarid
Guru Besar menyampaikan hadiah


4.  Ucapan Guru Bertugas Minggu Ke-36: Ustazah Norlida bt Othman.
     
          Tema -Sambutan Hari Kanak-Kanak.
  • Disambut di Malaysia sejak tahun 1959 setelah PBB mengisytiharkan Hari Kanak-Kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai Satu Hari Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Dalam Kalangan Kanak-Kanak.
  • Malaysia antara 150 buah negara yang menyambut Hari Kanak-Kanak pada bulan Oktober setiap tahun.
  • Rasional - memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak.
  • Objektif  - menghargai peranan dan sumbangan kanak-kanak di sekolah.
          - mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.
          - memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
         -  melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
         -  melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji, cemerlang, berbakat dan berwibawa.         

Ustazah Norlida menyampaikan ucapan.  
5.  Penyampaian Hadiah sempena Karnival Pameran Kerjaya, Daerah Sepang 2017 -
     (Puan Juli binti Mahbah - Unit Bimbingan dan Kaunseling)

     Pertandingan Melukis Poster (Tema Sains Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara)

     Tempat Ketiga
  • Muhammad  Nur Rusyaidi bin Bakri - 6 Zuhrah 
    Pertandingan Pakaian Seragam Kerjaya.

    Saguhati
  • Justine Jana Anak Joseph - 6 Marikh
  • Hanis Syafiqah bt Mohd Rashidi - 6 Zuhrah
5.  Penyampaian Hadiah sempena Hari Pendidikan Khas - (Puan Roslina bt Jafar)

     Tahun 4
 
     1.  Auni Izzati bt Suhaimi
     2.  Harrthy Devi A/P Ravee
     3.  Ariff Suhaimi bin Mohammad Rijal
     4.  Vishal A/L Arumugam
     5.  Rasyaa  A/P  Kaliaharusu
     6.  Adelya Aisya bt Abdul Halim

     Tahun 5

     1.  Ahmad Muaz Hakimi bin Zamree
     2.  Shah Putra bin Norizam
     3.  Nurul Aina Syafiqah bt M. Azizi
     4.  Muhd Iman Nur Hakim bin Pkadek
     5.  Afza Nurin binti Azlee Hisyam
     6.  Fatimah binti Mohamad Saufi

Salah seorang pemenang menerima hadiah

6.  Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid - (Puan Rosmah bt Jamat)

  •   Mengingatkan murid-murid agar beratur semasa bergerak ke kelas-kelas khas.
  •   Meningkatkan lagi tahap kebersihan di dalam kelas serta memastikan susunan kerusi meja sentiasa kemas sebelum memulakan pelajaran dan juga sebelum waktu pulang.
  •   Merakamkan rasa bangga terhadap penolong kelas 5 Seruling yang amat peka dan prihatin terhadap kehilangan ketua kelas tersebut yang didapati hilang/tiada semasa berlakunya latihan kebakaran pada minggu lalu.
  •   Mengharapkan murid-murid yang lain turut peka dan prihatin terhadap keberadaan rakan-rakan mereka sama ada di dalam kelas mahu pun ketika berlakunya kebakaran demi menjaga keselamatan bersama.
Ucapan PK HEM - Pn Rosmah bt Jamat

7.  Majlis Pelancaran Program Awal Muharam - (Ustazah Asma bt Ab. Malek - Penyelaras Program)

            Hijrah bermaksud perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.  Dari segi istilah  pula membawa maksud perubahan dari satu keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik.
   
      Agenda Program:
  •  Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun.
  •  Nyanyian  lagu Hijrah dengan penuh semangat oleh semua murid dan guru.
  •  Memaklumkan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang program Awal Muharam berlangsung.
  • Majlis pelancaran dan gimik perasmian melepaskan burung merpati oleh Puan Guru Besar bersama barisan Penolong Kanan dan guru-guru Pendidikan Islam.
Pengacara Program Awal Muharram - Ust Zubair

Penyelaras program - Ustazah Asma

Gimik perasmian oleh Puan Guru Besar

8.  Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-36  bersurai jam 8.45 pagi.

Majlis Pelancaran Program Maal Hijrah 1439H (Sesi Pagi)

Maal Hijrah atau Awal Muharam merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam. Ia merupakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu, berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

   Rentetan daripada memperingati peristiwa bersejarah ini, Majlis Pelancaran Program Maal Hijrah 1439H telah dilaksanakan pada tanggal 2 Oktober 2017 (Isnin), di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada murid-murid tentang maksud hijrah yang sebenarnya dan mengetahui plot penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Selain itu, murid-murid dapat mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah dan dapat menambah pemahaman dalam subjek Pendidikan Islam.

Aktiviti-aktiviti Program Maal Hijrah:
  • Prasekolah dan PPKI : Pertandingan Mewarna
  • Tahun 1 : Mewarna
  • Tahun 2 : Tulisan Cantik
  • Tahun 3 : Melukis Poster
  • Tahun 4 : Tulisan Cantik 
  • Tahun 5 : Teka Silang Kata
  • Tahun 6 : Melukis Poster
  • Tahun 4, 5 dan 6 : Pertandingan Terbuka Nasyid 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis dijalankan:

Buku program

Ucapan pengacara majlis, bacaan doa, ucapan guru penyelaras dan ucapan perasmian.


Gimik pelancaran

Guru-guru dan murid-murid menyanyikan lagu 'Maal Hijrah'

Sesi fotografi

     Peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar memperingatinya, tetapi menghidupkan ‘hijrah' tersebut dalam kehidupan. Umat Islam perlu sentiasa bermuhasabah dan berusaha memperbaiki diri dan kehidupan. Jika usaha hijrah tersebut memberikan kesan, ini bermakna pengertian hijrah berjaya dihayati. Salam Maal Hijrah!

Disediakan oleh:
Ustazah Faridatul-Akmal bt Ismail