Thursday, October 5, 2017

Lawatan Ke Menara Kuala Lumpur dan Aquaria KLCC

Pada 5 Oktober 2017 telah diadakan satu lawatan sambil belajar ke Menara Kuala Lumpur dan Aquaria KLCC. Lawatan ini dianjurkan oleh gabungan Kelab Reka Cipta dan Inovasi SKTPP, Persatuan Pandu Puteri Tunas SKTPP dan disertai juga oleh murid Tahun 6 SKTPP 2017.
                                         
Peserta yang mengikuti lawatan ini adalah seramai 79 orang diiringi 8 orang guru pengiring.  Guru pengiring ini terdiri daripada penasihat kelab, persatuan dan guru yang mengajar tahun 6 di SKTPP.

Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk memenuhi aktiviti tahunan Kelab Reka Cipta dan Inovasi, Persatuan Pandu Puteri Tunas dan murid Tahun 6 SK Taman Putra Perdana yang telah dirancang di samping untuk menambah ilmu pengetahuan murid tentang persekitaran yang berhubung kait dengan pembelajaran.

Objektif program adalah seperti berikut:
          i.            Memberi motivasi kepada ahli Kelab Reka Cipta, Persatuan Pandu Puteri Tunas dan murid Tahun 6 dalam meningkatkan prestasi akademik.
        ii.            Memupuk sikap berdikari dan memberi pengalaman baru menyertai lawatan bersama rakan-rakan dan guru.
       iii.             Mendedahkan murid, ahli kelab / persatuan mengenai dunia sebenar kehidupan bermasyarakat.
      iv.             Sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

Para peserta lawatan bertolak dari sekolah dengan menaiki 2 buah bas pada jam 7.30 pagi. Sampai di Menara KL pada jam 9.00 pagi para peserta telah disambut oleh Encik Azha Zawani; Penolong Pengurus Jualan.  Di sini peserta diberi penerangan dan melihat tayangan video.
Selepas itu peserta lawatan dibawa untuk melihat pemandangan dari aras 300 meter 
di observation deck, skydeck dan skybox.  Di sini peserta dapat mengambil gambar sebagai kenangan serta melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang sungguh cantik dan mengkagumkan.

Pada jam 12.30 tengah hari peserta bertolak ke Aquaria KLCC untuk melihat hidupan laut di habitatnya. Peserta bertolak balik dan sampai di sekolah pada jam 5.00 petang.

Mendengar taklimat dan tayangan video

Gambar kenangan di skydeck

Antara guru pengiring

Kami Benci DARVIH 

No comments:

Post a Comment