... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, October 7, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-37 (Sesi Pagi)


Tarikh
7 Oktober 2019
Hari
Isnin
Masa
7.30 pagi
Tempat
Dataran Perhimpunan, SKTPP
Pengacara Majlis
Adik Siti Husaema


Senarai Guru Bertugas

1
Muhammad Afiq Bin Azli   (Ketua)                                                                            
2
Nor- Azura Binti Mustafa 
3
Noriza Binti Md Nor
4
Nurliza Binti Ab Rahman
5
Komagal A/P Kunaisekaran
6
Nurzainon Binti Mohd Razalli
7
Rafidah Binti Salleh
8
Norfauziaton Binti Ali Mohamed
9
Parimala A/P Vengadaslam


1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar
 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah

Bacaan doa
Muhammad Syahmi Wafiq
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya
Pn Nurzainon Binti Mohd Razalli
Bacan Ikrar Murid
Muhammad Ammar bin Muhamad Rizal



2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu 36
 Pn Arnny Yusnita binti Md Enarji

  •       Beliau memuji dan mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang sentiasa memberi salam apabila bertembung dengan guru dan kakitangan sekolah.
  •       Syabas juga diucapkan kepada murid-murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan UPKK kerana hadir ke sekolah.
  •       Beliau juga memberikan teguran mengenai tabiat membuang dan menyepak botol mineral kosong - murid-murid diingatkan untuk membuang sampah ke dalam tong sampah dan mengamalkan sikap 3R demi kepentingan alam sekitar pada masa hadapan.


3.0 Laporan Guru Bertugas Minggu ke-37
     Pn Nurzainon Binti Mohd Razalli
     Tema: Budaya Cemerlang Sebagai Murid.

  •        Beliau mengingatkan kepada semua murid agar sentiasa mengulang kaji matapelajaran yang telah dipelajari. Peperiksaan Akhir Tahun akan bermula pada 21 Oktober 2019.
  •       Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
  •       Menjaga akhlak dan keperibadian diri.


4.0 Ucapan Pentadbir
    Pn Rosmah binti Jamat (PK HEM)

  •       Ucapan aluan kepada Guru Besar, pihak pentadbir, guru-guru dan semua murid.
  •       Beliau mengingatkan murid- murid tentang Peperiksaan Akhir Tahun yang akan bermula  pada 21 Oktober 2019.  Murid yang tidak hadir semasa hari peperiksaan, hanya akan dibenarkan menduduki kertas peperiksaan sekiranya ada Surat Sakit (MC) dan alasan yang kukuh.
  •       Beliau membuat beberapa teguran:
    1. Pakaian murid : pakai pakaian sukan hanya pada hari ada matapelajaran PJ atau ada makluman dari guru.
   2. Rambut : sila pastikan rambut pendek dan kemas.
   3. Menjaga displin dan tingkahlaku.


Makluman Tambahan
§  Pn Arnny Yusnita meminta murid-murid memulangkan buku pinjaman Ujana Ilmu pada tarikh yang ditetapkan. Buku yang rosak atau hilang akan dikenakan denda.
§  Beliau juga memaklumkan hanya Pengawas Pusat Sumber yang layak sahaja akan dilantik semula untuk sesi 2020. Surat lantikan akan dikeluarkan sebelum cuti sekolah.
§  Pn Astina mengumumkan  kemenangan Mohd Zaid Aiman bin Muhd Helmi yang mendapat Pingat Emas dalam Kejohanan Taekwondo (WT) Sekolah-sekolah Daerah Sepang 2019. Kejohanan ini telah berlangsung pada 14 April 2019, di Dewan Orang Ramai Taman Sri Putra, Sepang.





§  Ustaz Zubair mengumumkan kejayaan dalam beberapa kejohanana kriket yang telah disertai oleh Pasukan Kriket SKTPP.
1. Kejohanan Sukan Pembangunan Kriket Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sepang 2019 - JOHAN
2. PCA U14 Junior Cricket Inter District/ Club Tournament 2019 - Champion, 3rd Runner-up dan 2nd Runner-up
   
     Tahniah buat semua!

Majlis Sambutan Awal Muharram 1441H (Sesi Pagi)

Pada 4 Oktober 2019 (Jumaat) Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program Sambutan Awal Muharram 1441H. Sambutan Awal Muharram merupakan program tahunan dalam panitia Pendidikan Islam yang diadakan bagi memberi pendedahan serta kefahaman tentang peristiwa penting dalam bulan hijrah.

Awal Muharam merupakan suatu hari penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. Para muhajir telah meninggalkan tanah air, kekayaan, keluarga dan sahabat kerana menyahut seruan ILAHI dan Rasul Nya.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam ayat 20 surah At-Taubah, bermaksud:
“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.

"Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.” 

Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada semua murid dan juga warga sekolah agar lebih memahami perjalanan penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah dalam melaksanakan usaha dakwah baginda suatu ketika dahulu. Hijrah melambangkan keikhlasan dan pengabdian seorang hamba demi keimanan dan keyakinan kepada ALLAH dan syariat Nya.

Gimik pelancaran program telah disempurnakan oleh Pn Azizah Binti Mokhlas bagi mewakili Guru Besar Pn Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali yang menghadiri Majlis Apresiasi Dato' Menteri Besar Selangor Bersama Majlis Guru Besar (MGB) Selangor. Semua guru dan murid menyanyikan lagu Maal Hijrah bersama-sama usai gimik perasmian program. Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah oleh Ustaz Muhammad Emre Bin Abdul Razak Hafizahullah, seorang penceramah yang hebat dan santai. Beliau mengajak warga SKTPP bersama-sama menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijratul Rasul. Aktiviti kuiz pula dilakukan pada akhir ceramah oleh Ustazah Nurulhuda Binti Hasbullah.

Berikut gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.


Pengacara Majlis Ustaz Ahmad Zubair Bin Haji Muhamad Taib


Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mustafid Bin Mat Shariff


Gimik Perasmian Program


Nyanyian Lagu Maal Hijrah


Nyanyian Lagu Maal Hijrah


Ustaz Emre menyampaikan ceramah Awal Muharam


Murid-murid menunjukkan minat yang mendalam tentang kisah hijrah Nabi Muhammad s.a.w


Murid SKTPP memberi kerjasama & berdisiplin bahkan mendapat pujian dari penceramah


Padat & jitu intisari ceramah Ustaz Emre


Kuiz dari Ustazah Nurulhuda di akhir ceramah

Friday, October 4, 2019

Guru Besar Terima Anugerah Setia Perkhidmatan

Hari ini telah berlangsung Majlis Apresiasi Dato' Menteri Besar Selangor Bersama Majlis Guru Besar (MGB) Selangor bertempat di Kediaman Menteri Besar di Seksyen 7, Shah Alam. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk menghargai para guru besar yang banyak berjasa kepada dunia pendidikan, setia berkhidmat sebagai Guru Besar serta rakan-rakan strategik yang banyak membantu MGB selama ini.
Guru Besar SKTPP; Pn. Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali turut menerima Anugerah Setia Perkhidmatan : Anugerah Perak atas perkhidmatan beliau selaku Guru Besar selama lebih 18 tahun. Diharapkan agar anugerah ini dapat memberi inspirasi dan semangat kepada guru-guru dan staf SKTPP agar terus cemerlang dalam menjalankan amanah sehingga ke hujung perkhidmatan
Terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Selangor, JPN Selangor dan MGB Selangor serta setinggi-tinggi tahniah atas penganjuran majlis yang cukup gilang gemilang ini. Tahniah juga buat para penerima anugerah. Semoga terus cemerlang demi anak bangsa yang kita sayangi..



Pn. Rohaidah bersama rakan-rakan

Ketibaan YAB Dato' Menteri Besar Selangor


Ucapan YDP MGB Selangor; En. Sukimin b. Juki

Ucapan Pengarah Pendidikan Selangor; Dr. Mahanom binti Mat Sam


Ucapan YAB Dato' Menteri Besar Selangor; Tn. Amirudin bin Shari


Antara para penerima anugerah




Buku program

Pn. Rohaidah menerima anugerah daripada YAB Dato' Menteri Besar Selangor

Terima kasih YAB MB & MGB Selangor!

GB SKTPP bersama GB SK DABB; Pn. Hjn. Wan Nor Fadriah

Hadiah yang diterima

Merakam kenangan di pentas

Piala eksklusif tidak ternilai

Sijil yang sangat bermakna buat Pn. Rohaidah - syukur alhamdulillah. 

Majlis Penyerahan Sumbangan Persekolahan Dari Syarikat Canggih

Pada 4 Oktober 2019 bersamaan hari Jumaat telah berlangsung majlis penyerahan sumbangan berupa beg sekolah dan kasut sekolah kepada 30 orang murid yang kurang berkemampuan. Penyerahan sesi pagi telah disempurnakan oleh  Puan Rosmah binti Jamat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Manakala sesi petang pula telah disempurnakan oleh Puan Jumilah binti Ahmad, Penolong Kanan Petang. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga tersebut serta sebagai motivasi kepada anak-anak tersebut agar lebih ceria untuk memulakan persekolahan tahun hadapan.




Disediakan Oleh,
Safinatunajakh binti Mat Som

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2019

Berikut adalah jadual peperiksaan akhir tahun untuk makluman ibu bapa/penjaga.


Disediakan oleh:
Nurul Azean binti Mohd Salleh

Tuesday, October 1, 2019

Program Melangkah Ke Alam Menengah Dan Alam Remaja

Program Melangkah ke Alam Menengah dan Alam Remaja merupakan salah satu program tahunan di bawah kelolaan bersama Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Peningkatan Tahun 6 dan juga Panitia Agama Islam SKTPP. Program ini telah diadakan dari pukul 8.00 pagi hingga 1.20 tengah hari. Sesi ceramah Melangkah Ke Alam Menengah dijalankan di Dewan Perdana, SKTPP. Sesi Ceramah Melangkah Ke Alam Remaja pula dijalankan selepas rehat di dua lokasi yang berbeza bagi murid lelaki dan perempuan. Sesi ceramah untuk murid lelaki diadakan di surau sekolah, sementara murid perempuan pula mengikuti ceramah di Terminal Muafakat.

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan agar murid-murid Tahun 6 yang akan meningggalkan sesi persekolahan sekolah rendah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum melangkah ke sekolah menengah dan alam remaja yang merupakan satu tempat dan perkara baru bagi mereka. Pengetahuan sedia ada tentang sesuatu perkara sebelum seseorang individu itu mengalami sendiri, akan membantu individu lebih bersedia dan melaluinya dengan tenang dan positif.

Melalui pengisian ceramah yang diadakan ini juga, diharapkan ia dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada murid-murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah menengah dan menanam usaha dari awal persekolahan bagi mencipta kejayaan dan kecemerlangan diri di masa depan.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar program yang dijalankan..

 Kata-kata aluan Pn Roseniza selaku pengacara majlis dan bacaan doa oleh Ustaz Mustafid

 Pn Hajjah Rohaidah dan Pn Rosmah bersama penceramah jemputan

 Sesi ceramah bersama Pn Salina, Kaunselor SMKPP 

 Murid-murid kusyuk memberi tumpuan terhadap ceramah yang sedang disampaikan oleh Pn Hasliza, Kaunselor SMKPP

 Sesi penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah Melangkah Ke Alam Menengah
 dan bergambar bersama sebahagian AJK yang terlibat

 Slot ceramah Melangkah Ke Alam Remaja yang telah disampaikan oleh Ustazah Umi Nazrah di Terminal Muafakat bersama murid-murid perempuan

 Sesi ceramah bersama Ustaz Zurilazman untuk murid-murid lelaki 
di Surau sekolah

 Guru Besar menyampaikan sijil kepada penceramah 

 Sesi penyampaian sijil kepada penceramah di Terminal Muafakat

 Bergambar kenangan bersama sebahagian AJK yang terlibat seusai berakhirnya program