Tuesday, October 1, 2019

Program Melangkah Ke Alam Menengah Dan Alam Remaja

Program Melangkah ke Alam Menengah dan Alam Remaja merupakan salah satu program tahunan di bawah kelolaan bersama Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Peningkatan Tahun 6 dan juga Panitia Agama Islam SKTPP. Program ini telah diadakan dari pukul 8.00 pagi hingga 1.20 tengah hari. Sesi ceramah Melangkah Ke Alam Menengah dijalankan di Dewan Perdana, SKTPP. Sesi Ceramah Melangkah Ke Alam Remaja pula dijalankan selepas rehat di dua lokasi yang berbeza bagi murid lelaki dan perempuan. Sesi ceramah untuk murid lelaki diadakan di surau sekolah, sementara murid perempuan pula mengikuti ceramah di Terminal Muafakat.

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan agar murid-murid Tahun 6 yang akan meningggalkan sesi persekolahan sekolah rendah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum melangkah ke sekolah menengah dan alam remaja yang merupakan satu tempat dan perkara baru bagi mereka. Pengetahuan sedia ada tentang sesuatu perkara sebelum seseorang individu itu mengalami sendiri, akan membantu individu lebih bersedia dan melaluinya dengan tenang dan positif.

Melalui pengisian ceramah yang diadakan ini juga, diharapkan ia dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada murid-murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah menengah dan menanam usaha dari awal persekolahan bagi mencipta kejayaan dan kecemerlangan diri di masa depan.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar program yang dijalankan..

 Kata-kata aluan Pn Roseniza selaku pengacara majlis dan bacaan doa oleh Ustaz Mustafid

 Pn Hajjah Rohaidah dan Pn Rosmah bersama penceramah jemputan

 Sesi ceramah bersama Pn Salina, Kaunselor SMKPP 

 Murid-murid kusyuk memberi tumpuan terhadap ceramah yang sedang disampaikan oleh Pn Hasliza, Kaunselor SMKPP

 Sesi penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah Melangkah Ke Alam Menengah
 dan bergambar bersama sebahagian AJK yang terlibat

 Slot ceramah Melangkah Ke Alam Remaja yang telah disampaikan oleh Ustazah Umi Nazrah di Terminal Muafakat bersama murid-murid perempuan

 Sesi ceramah bersama Ustaz Zurilazman untuk murid-murid lelaki 
di Surau sekolah

 Guru Besar menyampaikan sijil kepada penceramah 

 Sesi penyampaian sijil kepada penceramah di Terminal Muafakat

 Bergambar kenangan bersama sebahagian AJK yang terlibat seusai berakhirnya program

No comments:

Post a Comment