... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, January 7, 2020

Program Transformasi Diri (PTD) 2020

Program Transformasi Diri (PTD) atau dulunya dikenali sebagai Program Maju Diri (PMD) merupakan salah satu program wajib di awal sesi persekolahan sekolah-sekolah di negeri Selangor.  Program ini dijalankan atas matlamat untuk melahirkan murid yang berwatak mulia, berketrampilan positif dan pandai bersosial di samping mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid. Program Transformasi Diri ini dilaksanakan bagi membugarkan semula semangat belajar agar murid-murid lebih bermotivasi, bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk memajukan diri.

Antara objektif utama program ini dijalankan adalah untuk:
* Mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama
* Meningkatkan minat dan motivasi murid untuk belajar bagi mencipta kecemerlangan.
* Membentuk modal insan yang cemerlang dan berhemah

Program ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 6 & 7 Januari 2020. Sasaran program ini adalah semua murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4, 5 dan 6. Antara pengisian program adalah seperti senamrobik, Ujian Personaliti, Magic Show dan Ceramah Transformasi Diri.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program dijalankan..

Aktiviti Hari Pertama Program

Buku Program

Pn Juli sebagai pengacara majlis

Bacaan doa oleh ustaz Ahmad Mustafid

Murid prasekolah turut serta bersenamrobik

Cikgu-cikgu pun suka nak bersenamrobik

 Ikut jer...instructor kat depan tu..

 Antara instructor yang terlibat dalam senamrobik

Peserta yang sentiasa bersemangat!!!

Penyampaian cenderamata untuk instructor senamrobik

Murid-murid Tahap 2 menjawab ujian personaliti di kelas masing-masing

Aktiviti sekitar hari kedua program 

Semua murid Tahun 4, 5 & 6  sedia berkumpul di Dataran Perhimpuan untuk aktiviti PTD hari kedua

Taklimat aktiviti  hari kedua PTD oleh Pn Juli. Aktiviti dimulai dengan pertunjukan silap mata dan seterusnya Ceramah Transformasi Diri

Aksi ustaz magic (Ustaz Hadri) menikam kertas dan memecah belon sambil menutup mata

Ustaz Magic mengoyakkan kertas surat khabar menjadi kepingan yang kecil

Kertas surat khabar tercantum semula 

 Persembahan silap mata menggunakan penyangkut baju

 Persembahan penutup aksi silap mata oleh ustaz magic

Sesi penyampaian cenderamata oleh Pn Hajjah Rohaidah kepada ustaz Magic

 Murid-murid Tahun 4 & 5 besedia untuk mendengar ceramah di Dewan Perdana

 Cikgu Juli memulakan sesi ceramah dengan memperkenalkan penceramah jemputan dari MTM Group

 Penceramah jemputan : En Afif Aqil bin Azlan dari MTM Group

 En Afif memulakan ceramah dengan tajuk fungsi otak manusia

 Murid-murid memberi tumpuan ketika sesi ceramah

 Antara aktiviti yang dibuat semasa slot ceramah untuk murid-murid Tahun 6

 Sesi penyampaian sijil untuk penceramah oleh Pn Rosmah bt Jamat

Antara murid yang dipilih untuk membuat ujian post program di Bilik Bimbingan & Kaunseling 

Monday, January 6, 2020

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-2 (Sesi Petang)

Tarikh                  : 6 Januari 2020
Hari                      : Isnin
Masa                   : 1.20 petang - 1.50 petang
Tempat                : Dewan Perdana

Pengacara Majlis : Pn. Nur Afiqqah


Guru Bertugas :

  1. Mohd Hadri bin Ag Idris
  2. Norazmira binti Kadirun 
  3. Nornadzirah binti Abdul Rahim
  4. Nur Affiqah binti Ahmad Subian
  5. Noor Azlinda binti Kasmin  
  6. Ummu A'thiah binti Haji Hashim
Laporan / Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa




3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya


4. Ikrar Murid


5. Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh En Muhammad Saiffol


  • Terapkan disiplin dalam diri masing-masing dengan datang ke sekolah tepat pada waktunya, sering bertolak ansur dan hormat-menghormati.
  • Pastikan murid naik mengikut tangga yang betul terutama apabila waktu masuk ke kelas supaya murid sesi petang tidak bertembung dengan murid sesi pagi.
  • Murid perlu memakai pakaian sukan dan sekolah mengikut jadual waktu masing-masing. 

6.  Tema ucapan: Peraturan Sekolah
  • Menjaga kebersihan sekolah adalah tanggungjawab bersama. Oleh itu murid-murid perlu memastikan keadaan kantin adalah bersih selepas waktu rehat, buang sampah ke dalam tong sampah dan letakkan pinggan dan cawan di tempat yang disediakan.
  • Rambut mestilah kemas dan pendek bagi murid lelaki serta tidak boleh potongan berfesyen. Murid perempuan hendaklah mengikat rambut dan kemas jika tidak memakai tudung.

7. Perkataan Lawad
  • Bahasa Melayu
          Menjulang - mengangkat ke atas
  • Bahasa Inggeris
          Classroom - Bilik darjah
  • Bahasa Arab  
          قلم - Pensel

8. Memperkenalkan guru bertugas minggu ini


9. Ucapan PK Petang
  • Murid mesti memakai lencana di baju sekolah untuk menandakan pelajar SKTPP.
  • Terapkan diri menjadi murid bersopan santun, saling menghormati dan berdisiplin.
  • Murid-murid mestilah sentiasa menjaga kebersihan sekolah. Pastikan sampah dibuang di tempat yang betul.
  • Murid dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah terutama daripada penjaja yang ada di sekitar luar kawasan sekolah. Makanan hendaklah dibeli di kantin.

Perhimpunan berakhir pada pukul 1.50 petang.

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-2 (Sesi Pagi)

Tarikh : 6 Januari 2020
Hari : Isnin
Masa: 7.30 pagi - 1.20 tengahari

Pengacara Majlis : Puan Norli binti Hassan

Pengacara Majlis Puan Norli binti Hassan

1. Guru Bertugas untuk kumpulan B :

Norli binti Hassan
Siti Aisyah binti Hanafi
Norasmawati binti Omar
Rafidah binti Salleh
Safinatunajakh binti Mat Som
Norsiah binti Mohd Nor
Komagal A/P Kunaisekaran
Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib
Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrain


Guru - guru bertugas kumpulan B

2. Agenda Perhimpunan:

Nyanyian, Bacaan Doa Dan Ikrar

  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Puan Astina binti Mahad Nor.
  • Bacaan Doa oleh Adik Mohd Shafiq Asnaf
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Norli binti Hassan
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri

Bacaan Doa oleh Adik Mohd Shafiq Asnaf


Bacaan Ikrar Oleh Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri

3. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Roslinda binti Mansor
  • Murid diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan kantin dan hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Murid juga diingatkan supaya beratur dan tidak berebut-rebut ketika membeli makanan di kantin.
  • Guru bertugas pada minggu lepas juga mengingatkan murid-murid agar menjaga duit yang dibawa ke sekolah agar tidak mudah tercicir. Terdapat murid yang keciciran wang pada hari pertama dan hari kedua persekolahan dengan kadar yang agak banyak. Murid yang membawa wang yang banyak untuk membeli buku hendaklah menjaga wang yang dibawa dengan baik agar tidak keciciran.
4. Ucapan guru bertugas minggu ini oleh Puan Norli bin Hassan (Tema Peraturan Sekolah)
  • Murid diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
  • Semua murid dikehendaki memakai pakaian yang mempunyai tanda nama murid dan juga lencana sekolah.
  • Murid lelaki dan murid perempuan hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. Pakaian seragam yang dipakai haruslah mengikut garis panduan pakaian lengkap sekolah seperti yang telah ditetapkan. Sebarang pakaian yang tidak mengikut garis panduan pemakaian yang betul adalah dilarang sama sekali.
  • Bagi murid perempuan yang memakai pakaian seragam pinafor berwarna biru tua hendaklah memakai di bawah paras lutut.
  • Murid lelaki mestilah berambut pendek dan kemas serta tidak dibenarkan memotong rambut berfesyen. Manakala bagi murid perempuan yang berambut panjang pula hendaklah mengikat rambut dengan kemas dengan menggunakan getah rambut / cekak berwarna hitam @ biru tua sahaja.
  • Semua murid samada lelaki atau perempuan adalah dilarang memakai barang perhiasan @ barang kemas ke sekolah.

5. Ucapan mingguan oleh Penolong Kanan Kurikulum, Puan Azizah binti Mokhlas.


Puan Azizah binti Mokhlas menyampaikan ucapan mingguan

  • Puan Azizah mengingatkan murid-murid agar menumpukan perhatian terhadap pelajaran serta mengurangkan permainan video atau gadget semasa di rumah. Murid dinasihatkan agar memberi perhatian semasa di dalam kelas.
  • Murid juga dinasihatkan agar membuat jadual mengulangkaji pelajaran semasa berada di rumah. Jadual mengulangkaji pelajaran harus dibuat agar murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Perhimpunan rasmi mingguan tamat pada pukul 8.45 pagi

Waktu Persekolahan Sesi Petang SKTPP 2020

Berikut waktu persekolahan datang dan balik sekolah murid-murid sesi petang (Tahun 1, 2 dan 3) untuk tindakan ibu bapa / penjaga..


Thursday, January 2, 2020

Laporan Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan 2020 (Sesi Petang)

Tarikh: 2 Januari 2020
Hari: Khamis
Masa: 1.20 petang
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Pengacara Majlis: Encik Saifullah bin Mat Saupi

Senarai Guru Bertugas Kumpulan A:
1. Encik Saifullah bin Mat Saupi
2. Encik Muhamad Saiffol bin Ngabiah
3. Puan Suriyana binti Salim
4. Puan Norhidayu binti Sadri
5. Puan Nor Azian binti Ahmad
6. Puan Zalina binti Ismail
7. Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin

Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Puan Salmi Binti Amir.
  • Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Saifullah bin Mat Saupi
Nyanyian di bawah pimpinan Puan Salmi Binti Amir.

2. Ucapan Pengerusi Majlis (Encik Saifullah bin Mat Saupi)
  • Mengucapkan selamat datang kepada semua murid terutama murid-murid Tahun 1 yang baru melangkah ke sekolah rendah.
  • Diharapkan murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan masa dan situasi yang baharu.
  • Mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan penjaga; 
  • Memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini. 
  • Tema pada minggu ini ialah Visi dan Misi Sekolah
  • Visi:Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
  • Misi:Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Insan Memenuhi Aspirasi

Pengerusi Majlis : Encik Saifullah bin Mat Saupi



3. Ucapan Guru Disiplin (Encik Muhamad Saiffol bin Ngabiah)

  • Mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada murid-murid kerana berjaya melangkah ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan 2020.
  • Diharapkan agar semua murid gembira dan ceria sepanjang sesi persekolahan nanti.
  • Penerangan tentang peraturan  sekolah dan disiplin murid:

   i) Waktu persekolahan bagi sesi 2020.

  • Kehadiran murid sesi petang ke sekolah sebelum 1.10 petang dan bersedia memulakan persekolahan dengan perhimpunan harian di Dewan Perdana mengikut ketetapan yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. 
  ii) Pakaian sekolah.
  • Setiap hari semua murid perlu memakai uniform sekolah mengikut ketetapan yang diberikan oleh pihak sekolah. Contohnya, baju putih dan berseluar biru gelap, berpakaian sukan semasa ada pelajaran PJK dan baju beruniform lengkap pada hari Rabu.
  • Lencana dan tanda nama perlu dijahit dengan sempurna mengikut tata cara dan garis panduan yang telah diberikan. Garis panduan tersebut boleh rujuk di blog sekolah, di pintu kedai buku dan cermin dinding pengawal keselamatan.
  • Semua murid boleh memilih kasut hitam atau putih lengkap berstoking yang sama warna.
 iii) Kedatangan sekolah

  • Semua murid perlu datang dan berada di kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Tidak hadir ke sekolah perlu bersebab dengan menyatakan surat dan serahkan kepada guru kelas atau menghubungi guru kelas bagi memudahkan semua pihak.
  • Murid-murid yang keluar dari kelas perlu mendapatkan pas keluar daripada guru semasa atau guru kelas.
   
5.Ucapan Guru Besar (Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali)
  • Mengucapkan selamat datang kepada semua murid terutama murid Tahun 1 yang baru memulakan sesi persekolahan 2020.
  • Mengucapkan tahniah kepada warga SKTPP di atas pencapaian-pencapaian cemerlang sepanjang tahun 2019.
  • Memaklumkan kehadiran maskot MIckey Mouse dan Minnie Mouse untuk menceriakan dan memberi semangat kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah pada hari ini.
  • Memperkenalkan guru kelas dan Penyelaras Tahun 1, 2 dan 3.

Ucapan Guru Besar, Puan Hjh Rohaidah bt Mohd Ali


Guru-guru kelas dan Penyelaras Tahun 1

Guru-guru kelas dan Penyelaras Tahun 2

Guru-guru kelas dan Penyelaras Tahun 3

6. Ucapan YDP PIBG  (Tuan Haji Khairul Azhar b. Mohammad Suffian)
  • Kata-kata aluan dan selamat datang kepada semua murid sesi petang.
  • Menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa mengambil berat hal persekolahan anak-anak.
  • Memohon kerjasama para ibu bapa supaya membayar Sumbangan PIBG kepada pihak sekolah melalui guru kelas anak masing-masing atau bayar ke akaun PIBG SKTPP.
  • Sumbangan PIBG tersebut adalah penting untuk pembangunan sekolah dan program-program yang akan diadakan untuk murid-murid di sekolah ini.
Gambar-gambar sepanjang hari pertama persekolahan sesi petang 2020:

Guru-guru ceria duduk bersama dengan murid-murid semasa perhimpunan.

Murid-murid Tahun 1 yang baru melangkah ke SKTPP

 Murid-murid bergambar bersama maskot Mickey Mouse dan Minnie Mouse.

Murid-murid teruja dapat bergambar dengan Mickey dan Minnie Mouse.

Guru Besar SKTPP, PK1 dan guru-guru kaunseling menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah di Pagar B.

Laporan Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan 2020 (Sesi Pagi)

Tarikh: 2 Januari 2020
Hari: Khamis
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Pengacara Majlis: Cik Roslinda binti Mansor
Senarai Guru Bertugas:
Kumpulan A
1. Cik Roslinda binti Mansor
2. Puan Astina binti Mahad Nor
3. Puan Juli binti Mahbah
4. Puan Roseniza binti Setapa
5. Puan Norinna binti Mohamed
6. Puan Nik Kamisah binti Abd Aziz
7. Puan W.Rosmawati binti W.Ibrahim
8. Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
9. Encik Zurilazman bin Abdullah

Barisan guru bertugas sesi pagi minggu pertama 2020
Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Pn Astina binti Mahad Nor.
  • Bacaan Doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Roslinda binti Mansor.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri binti Wan Nurkihan
Pn Astina memimpin tiga rangkaian lagu: Lagu Negaraku,
Lagu Negeri Selangor dan Lagu SKTPP

Bacaan doa di bawah pimpinan Ustaz Zurilazman bin Abdullah

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya
di bawah pimpinan Cik Roslinda binti Mansor

Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri memimpin bacaan Ikrar Murid
2. Ucapan Pengerusi Majlis (Cik Roslinda binti Mansor)
  • Mengucapkan selamat datang kepada semua murid terutama murid-murid Tahun 4 yang baru melangkah ke sesi pagi. Diharapkan murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan masa dan situasi yang baharu.
  • Mengalu-alukan kehadiran wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) iaitu Koperal Mohd Hambali bin Khalid dan Konstabel Nuraqilah binti Jalil dari Balai Polis Putra Perdana atas kesudian meluangkan masa bersama-sama warga SKTPP pada pagi ini.
  • Mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan penjaga; khususnya murid-murid prasekolah yang hadir sama pada pagi ini. Semoga dapat memberi sokongan moral dan semangat keterujaan anak-anak bagi memulakan sesi persekolahan
  • Memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini.
  • Murid-murid yang menghadapi masalah, bolehlah berjumpa atau berhubung dengan guru bertugas yang telah diperkenalkan.
  • Tema pada minggu ini ialah Visi dan Misi Sekolah
Visi:
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi:
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Insan Memenuhi Aspirasi

Pengerusi Majlis: Cik Roslinda binti Mansor
3. Ucapan Guru Disiplin (Tuan Haji Tarmiji bin Sabali)
- Semua murid seharusnya memulakan tahun 2020 dengan azam dan semangat yang baru. Selain dari menimba ilmu, murid-murid juga perlu memartabatkan lagi mutu disiplin diri bagi mencapai cita-cita.
- Mengingatkan semula  tentang peraturan sekolah.

   i) Waktu persekolahan bagi sesi 2020.
  • Setiap hari semua murid perlu berada di kawasan sekolah pada pukul 7.20 pagi dan bersedia memulakan persekolahan dengan perhimpunan harian sama ada di Dataran Perhimpunan atau Dewan Perdana mengikut ketetapan yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Harap semua pihak mematuhi ketetapan ini dan dapat menguruskan pengangkutan datang dan balik dari sekolah demi meningkatkan lagi mutu disiplin sekolah.
   ii) Pakaian sekolah.
  • Setiap hari semua murid perlu memakai uniform sekolah mengikut ketetapan yang diberikan oleh pihak sekolah. Contohnya, baju putih dan berseluar biru gelap, berpakaian sukan semasa ada pelajaran PJK dan baju beruniform lengkap pada hari Rabu.
  • Lencana dan tanda nama perlu dijahit dengan sempurna mengikut tata cara dan garis panduan yang telah diberikan. Garis panduan tersebut boleh rujuk di blog sekolah, di pintu kedai buku dan cermin dinding pengawal keselamatan.
  • Semua murid boleh memilih kasut hitam atau putih lengkap berstoking yang sama warna.
   iii) Kedatangan sekolah
  • Semua murid perlu datang dan berada di kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Tidak hadir ke sekolah perlu bersebab dengan menyatakan surat dan serahkan kepada guru kelas atau menghubungi guru kelas bagi memudahkan semua pihak.
  • Murid-murid yang keluar dari kelas perlu mendapatkan pas keluar daripada guru semasa atau guru kelas.
   iv) Pintu masuk dan pintu keluar dari sekolah pada setiap hari:
  • Pintu Pagar A1: Kenderaan guru
  • Pintu Pagar A2: Murid berbasikal dan pejalan kaki dari kawasan berdekatan
  • Pintu pagar B: Khas untuk murid keluar dan masuk sekolah yang dihantar berkereta, bermotosikal, van dan lain-lain kenderaan.
Ucapan Guru Disiplin: Tn Hj Tarmiji bin Sabali
4. Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah (Koperal Mohd Hambali bin Khalid)
- Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Guru Besar, pentadbir sekolah kerana memberi peluang memberikan sepatah dua kata bagi meraikan murid-murid kembali ke sekolah bagi Tahun 2020.
- Pertemuan di antara pihak PDRM dengan guru-guru serta semua murid adalah merupakan platform terbaik untuk sesi berkenal rapat dengan warga sekolah di samping bertukar-tukar pandangan dalam memastikan suasana sekolah terus berada dalam keadaan yang baik.
- Penglibatan secara langsung Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di sekolah juga berupaya mendorong dan merangsang warga sekolah untuk turut sama memainkan peranan dalam mencegah salah laku disiplin murid

Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah: Koperal Mohd Hambali bin Khalid
5.Ucapan Guru Besar (Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali)
- Merakamkan kesyukuran dan syabas kepada semua murid yang hadir dengan penuh semangat lagi ceria
- Warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Perhubungan Sekolah yang sudi meluangkan masa melawat sekolah ini. Seorang lagi PPS sekolah ialah Lans Koperal Shah Iskandar. Semoga kolaborasi antara sekolah dan PDRM ini akan meningkatkan tahap keselamatan murid dan warga sekolah
- Memaklumkan terdapat perubahan nama kohort tahun 6. Tahun 2020 ini kohort Tahun 6 dijenamakan kepada Kohort Pekerjaan. Semoga dapat menanam semangat kepada murid-murid untuk mencapai cita-cita murni tersebut
- Mengucapkan tahniah kepada warga SKTPP di atas pencapaian-pencapaian cemerlang dan kemenjadian murid yang memang jelas terbukti pada tahun 2019 yang lepas. Di antaranya; dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah, Ujana Ilmu SKTPP telah mendapat Tempat Ke-4 terbaik di seluruh Malaysia. SKTPP juga telah menjadi Johan Champion School Kriket U12 Peringkat Kebangsaan. Semoga tahun ini lebih banyak kejayaan dapat kita cipta hasil usaha gigih murid-murid, para guru serta ibu bapa
- Memperkenalkan guru kelas dan Penyelaras Tahun

Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

Barisan Guru Kelas Tahun Empat serta Guru Penyelaras Tahun Empat

Barisan Guru Kelas Tahun Lima bersama Guru Besar serta Penyelaras Tahun Lima

Barisan Guru Kelas Tahun Enam bersama Guru Besar serta Pernyelaras Tahun Enam
Gambar-gambar kenangan yang lain semasa perhimpunan hari pertama persekolahan sesi pagi 2020:

Wajah-wajah murid Tahun Empat yang merupakan hari ini adalah hari pertama mereka  memasuki sesi pagi.

Aamiin Ya Robbal A'lamin

Membaca ikrar

Semua murid perlu mengikuti Bacaan Ikrar

Tema pakaian warga guru & staf pada hari ini.

Manisnya senyuman guru-guru SKTPP..

Suasana perhimpunan di hari pertama persekolahan sesi pagi tahun 2020

Di antara ibu bapa yang turut sama hadir semasa perhimpunan 

Adik-adik prasekolah yang sangat comel

Kami sehati sejiwa
Perhimpunan tamat pada pukul 8.40 pagi

Wednesday, January 1, 2020

Selamat Tahun Baru 2020

Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 buat semua murid, ibu bapa / penjaga serta seluruh warga SK Taman Putra Perdana. Semoga kita akan terus cemerlang dan berjaya demi memartabatkan pendidikan anak-anak murid. Semoga tahun 2020 memberi lebih keberkatan buat kita.. aamiin..