... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, January 2, 2020

Laporan Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan 2020 (Sesi Pagi)

Tarikh: 2 Januari 2020
Hari: Khamis
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Pengacara Majlis: Cik Roslinda binti Mansor
Senarai Guru Bertugas:
Kumpulan A
1. Cik Roslinda binti Mansor
2. Puan Astina binti Mahad Nor
3. Puan Juli binti Mahbah
4. Puan Roseniza binti Setapa
5. Puan Norinna binti Mohamed
6. Puan Nik Kamisah binti Abd Aziz
7. Puan W.Rosmawati binti W.Ibrahim
8. Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
9. Encik Zurilazman bin Abdullah

Barisan guru bertugas sesi pagi minggu pertama 2020
Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Pn Astina binti Mahad Nor.
  • Bacaan Doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Roslinda binti Mansor.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri binti Wan Nurkihan
Pn Astina memimpin tiga rangkaian lagu: Lagu Negaraku,
Lagu Negeri Selangor dan Lagu SKTPP

Bacaan doa di bawah pimpinan Ustaz Zurilazman bin Abdullah

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya
di bawah pimpinan Cik Roslinda binti Mansor

Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri memimpin bacaan Ikrar Murid
2. Ucapan Pengerusi Majlis (Cik Roslinda binti Mansor)
  • Mengucapkan selamat datang kepada semua murid terutama murid-murid Tahun 4 yang baru melangkah ke sesi pagi. Diharapkan murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan masa dan situasi yang baharu.
  • Mengalu-alukan kehadiran wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) iaitu Koperal Mohd Hambali bin Khalid dan Konstabel Nuraqilah binti Jalil dari Balai Polis Putra Perdana atas kesudian meluangkan masa bersama-sama warga SKTPP pada pagi ini.
  • Mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan penjaga; khususnya murid-murid prasekolah yang hadir sama pada pagi ini. Semoga dapat memberi sokongan moral dan semangat keterujaan anak-anak bagi memulakan sesi persekolahan
  • Memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini.
  • Murid-murid yang menghadapi masalah, bolehlah berjumpa atau berhubung dengan guru bertugas yang telah diperkenalkan.
  • Tema pada minggu ini ialah Visi dan Misi Sekolah
Visi:
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi:
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Insan Memenuhi Aspirasi

Pengerusi Majlis: Cik Roslinda binti Mansor
3. Ucapan Guru Disiplin (Tuan Haji Tarmiji bin Sabali)
- Semua murid seharusnya memulakan tahun 2020 dengan azam dan semangat yang baru. Selain dari menimba ilmu, murid-murid juga perlu memartabatkan lagi mutu disiplin diri bagi mencapai cita-cita.
- Mengingatkan semula  tentang peraturan sekolah.

   i) Waktu persekolahan bagi sesi 2020.
  • Setiap hari semua murid perlu berada di kawasan sekolah pada pukul 7.20 pagi dan bersedia memulakan persekolahan dengan perhimpunan harian sama ada di Dataran Perhimpunan atau Dewan Perdana mengikut ketetapan yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Harap semua pihak mematuhi ketetapan ini dan dapat menguruskan pengangkutan datang dan balik dari sekolah demi meningkatkan lagi mutu disiplin sekolah.
   ii) Pakaian sekolah.
  • Setiap hari semua murid perlu memakai uniform sekolah mengikut ketetapan yang diberikan oleh pihak sekolah. Contohnya, baju putih dan berseluar biru gelap, berpakaian sukan semasa ada pelajaran PJK dan baju beruniform lengkap pada hari Rabu.
  • Lencana dan tanda nama perlu dijahit dengan sempurna mengikut tata cara dan garis panduan yang telah diberikan. Garis panduan tersebut boleh rujuk di blog sekolah, di pintu kedai buku dan cermin dinding pengawal keselamatan.
  • Semua murid boleh memilih kasut hitam atau putih lengkap berstoking yang sama warna.
   iii) Kedatangan sekolah
  • Semua murid perlu datang dan berada di kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Tidak hadir ke sekolah perlu bersebab dengan menyatakan surat dan serahkan kepada guru kelas atau menghubungi guru kelas bagi memudahkan semua pihak.
  • Murid-murid yang keluar dari kelas perlu mendapatkan pas keluar daripada guru semasa atau guru kelas.
   iv) Pintu masuk dan pintu keluar dari sekolah pada setiap hari:
  • Pintu Pagar A1: Kenderaan guru
  • Pintu Pagar A2: Murid berbasikal dan pejalan kaki dari kawasan berdekatan
  • Pintu pagar B: Khas untuk murid keluar dan masuk sekolah yang dihantar berkereta, bermotosikal, van dan lain-lain kenderaan.
Ucapan Guru Disiplin: Tn Hj Tarmiji bin Sabali
4. Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah (Koperal Mohd Hambali bin Khalid)
- Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Guru Besar, pentadbir sekolah kerana memberi peluang memberikan sepatah dua kata bagi meraikan murid-murid kembali ke sekolah bagi Tahun 2020.
- Pertemuan di antara pihak PDRM dengan guru-guru serta semua murid adalah merupakan platform terbaik untuk sesi berkenal rapat dengan warga sekolah di samping bertukar-tukar pandangan dalam memastikan suasana sekolah terus berada dalam keadaan yang baik.
- Penglibatan secara langsung Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di sekolah juga berupaya mendorong dan merangsang warga sekolah untuk turut sama memainkan peranan dalam mencegah salah laku disiplin murid

Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah: Koperal Mohd Hambali bin Khalid
5.Ucapan Guru Besar (Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali)
- Merakamkan kesyukuran dan syabas kepada semua murid yang hadir dengan penuh semangat lagi ceria
- Warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Perhubungan Sekolah yang sudi meluangkan masa melawat sekolah ini. Seorang lagi PPS sekolah ialah Lans Koperal Shah Iskandar. Semoga kolaborasi antara sekolah dan PDRM ini akan meningkatkan tahap keselamatan murid dan warga sekolah
- Memaklumkan terdapat perubahan nama kohort tahun 6. Tahun 2020 ini kohort Tahun 6 dijenamakan kepada Kohort Pekerjaan. Semoga dapat menanam semangat kepada murid-murid untuk mencapai cita-cita murni tersebut
- Mengucapkan tahniah kepada warga SKTPP di atas pencapaian-pencapaian cemerlang dan kemenjadian murid yang memang jelas terbukti pada tahun 2019 yang lepas. Di antaranya; dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah, Ujana Ilmu SKTPP telah mendapat Tempat Ke-4 terbaik di seluruh Malaysia. SKTPP juga telah menjadi Johan Champion School Kriket U12 Peringkat Kebangsaan. Semoga tahun ini lebih banyak kejayaan dapat kita cipta hasil usaha gigih murid-murid, para guru serta ibu bapa
- Memperkenalkan guru kelas dan Penyelaras Tahun

Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

Barisan Guru Kelas Tahun Empat serta Guru Penyelaras Tahun Empat

Barisan Guru Kelas Tahun Lima bersama Guru Besar serta Penyelaras Tahun Lima

Barisan Guru Kelas Tahun Enam bersama Guru Besar serta Pernyelaras Tahun Enam
Gambar-gambar kenangan yang lain semasa perhimpunan hari pertama persekolahan sesi pagi 2020:

Wajah-wajah murid Tahun Empat yang merupakan hari ini adalah hari pertama mereka  memasuki sesi pagi.

Aamiin Ya Robbal A'lamin

Membaca ikrar

Semua murid perlu mengikuti Bacaan Ikrar

Tema pakaian warga guru & staf pada hari ini.

Manisnya senyuman guru-guru SKTPP..

Suasana perhimpunan di hari pertama persekolahan sesi pagi tahun 2020

Di antara ibu bapa yang turut sama hadir semasa perhimpunan 

Adik-adik prasekolah yang sangat comel

Kami sehati sejiwa
Perhimpunan tamat pada pukul 8.40 pagi

No comments:

Post a Comment